Igan Hand Book

张存卿,Anson Tiong Yswen King

    Terima kasih kepada Tuhan kerana memberikan saya peluang untuk menyertai misi Igan kali ini. Saya amat gembira dan bersyukur. Sudah tiga tahun saya tidak menyertai misi seperti ini. Sebab saya baru berumahtangga, kerja dan menjaga anak…menyebabkan saya tidak dapat meluangkan masa untuk menyertai misi-misi yang lain. Disebabkan halangan tersebut, jadi saya cuba untuk mengagihkan masa dengan sedaya upaya. Bila saya dengar kata ada misi pergi Igan, saya pun terus mengambil peluang keemasan ini dengan baik tanpa berfikir banyak.

    Saudara-saudariku sekalian, kita semua anak-anak Tuhan. Jadi, kita bertanggungjawab untuk menjalankan dan mengamanahkan misi utama ini. Marilah kita mengambil kesempatan dengan menyebarkan beritaNya. (Karena begitu besar kasih Allah akan dunia ini, sehingga Ia telah mengaruniakan anakNya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepadaNya tidak binasa, melainkan beroleh hidup yang kekal.『Yohanes 3:16』).


郑友煌,Tang Yew Huang

Kenapa saya hendak menyertai misi jangka pendek kali ini?

    Nama saya Eddie. Saya berasal dari keluarga sederhana, dengan 6 orang adik-beradik termasuk saya dan saya tinggal bersama dengan ibu saya. Bapa saya telah meninggal dunia pada tahun 2010. Misi jangka pendek ke Batang Igan ini merupakan misi yang keempat yang pernah saya sertai. Saya memperhatikan kehidupan orang berubah selepas mereka mendengar khabar baik, iaitu injil dan menerimanya. Bagi saya sendiri, semenjak saya menerima Yesus Kristus sebagai penyelamat saya, tabiat buruk saya iaitu selalu bercakap kasar telah dibuang. Sebelum itu, guru-guru di sekolah rendah selalu menegur saya atas tabiat yang tidak baik itu. Tuhan Bapa telah mengutus seorang guru dari sekolah minggu untuk mencabar saya menerima Yesus Kristus agar tabiat saya itu dapat dibuangkan. Dan keputusannya amat cerah selepas saya menerima Yesus. Justeru itu, sekiranya ada peluang, saya akan cuba untuk menyertai misi. Misi kali ini agak mencabar memandangkan prasarana kehidupan bukanlah sebaik mana berbanding dengan yang lalu, tetapi saya yakin dengan pimpinan Allah Bapa, segala rintangan itu dapat saya tembusi.


何琼芳,Melisa Ho Chung Fong

    Shalom…Saya berbangga dan bersyukur kepada Tuhan kerana dapat menyertai misi jangka pendek ke Rumah Panjang Batang Igan ini. Ini merupakan kali ketiga saya menyertai misi jangka pendek. Saya dua kali berturut-turut telah menyertai misi ke Pa’Adang pada 2012. Dan Saya merehatkan diri pada tahun 2014. Dan tahun ini, sekali lagi saya ingin bangkit semula untuk menginjilkan berita baik Tuhan dalam penyertaan saya dalam misi jangka pendek ini. Saya telah menerima Tuhan Yesus Kristus sebagai juruselamat saya semasa umur saya 9 tahun iaitu selepas ayah saya meninggal dunia. Kehidupan kami pada masa itu penuh dengan cabaran. Tetapi dengan kehadiran Tuhan dalam hidup kami, saya dapat nampak dan merasai perlindungan serta kekuatan daripada Tuhan. Kehidupan kami telah berubah dari kucar-kacir menjadi semakin stabil dan aman. Tuhan itu amat baik dan sayang kepada kita semua. Saya berharap dapat berkongsi berita baik Tuhan dengan penduduk di Rumah Panjang Batang Igan.☺


黄蓉蓉,Doreen Wong Lung Lung

    Sejak dahulu, saya selalu lihat abang dan adik saya menyertai Misi Jangka pendek, dalam hati saya telah menimbulkan persoalan apa sebenarnya itu Misi Jangka Pendek dan apa yang mereka lakukan dalam misi tersebut. Maka saya pun berazam untuk menyertai Misi Jangka Pendek sekurang kurangnya satu kali dalam hidup saya. Walaubagaimanapun, saya selalu melalui bulletin dan persekutuan muda-mudi mendengar berita yang berkenaan misi jangka pendek dan sebagainya. Jadi, pada tahun ini saya pun menetapkan satu matlamat untuk diri sendiri, sebelum saya pergi ke luar negara saya mesti menyertai Misi Jangka Pendek. Kemudian saya telah melihat berita gereja bahawa tahun ini ada mengemukakan beberapa rombongan Misi Jangka Pendek, tetapi saya tiada kesempatan untuk menyertai. Akhirnya, Saya telah berpeluang untuk menyertai Misi Jangka Pendek Igan kali ini, tapi saya menghadapi satu cabaran iaitu dalam berkomunikasi menggunakan bahasa melayu, ini sangat sukar untuk saya. Namun begitu, memilih untuk menyertai misi ini, saya yakin bahawa Tuhan Allah pasti akan membantu saya untuk menghadapi cabaran ini. Akhir sekali saya berharap melalui Misi ini, dapat melengkapi diri dan memberitakan Berita Baik.


刘蕙慈,Ivy Lau Hui Chi

    “But above all pursue his kingdom and righteousness, and all these things will be given to you as well.” (Matthew 6:33)This verse always remind me of God’s faithfulness that I experienced during my most stressful academic years while studying abroad. I was worried and depressed then with all the workloads and exams. Every night in my prayers, I would ask God what He can do for me to take away all my burdens and let me have peace in Him.

    And it was on a Sunday Church Service, which a very dearly sister in Christ shared her testimony with us. She, too, experienced God’s grace at her darkest days. And in her sharing, she encouraged us to volunteer at the winter shelter. It helps the homeless and needy as well as provides them with hot meal and a place to put up for a cold winter night at church. I was touched by then and joined.

    Winter shelter is the most rewarding thing I had experienced myself. Instead, thinking I am the one helping the homeless people. They were those that actually taught me that how lucky I am and my stresses and fears were nothing as compared to theirs. And what amazed me more, they could still embrace all the difficulties and hardships with a whole-heart. They taught me not to take things for granted.

    Through winter shelter, I felt that I am not alone. And God showed me that I was blessed to have so many brothers and sisters in Christ to be there and to care for me like angels. And all those less fortunate homeless people to tell me how bless I am. I know God will continue to guide and lead me in faith. At that moment, I realized one thing. It’s not what God can do for me, but I asked myself what I can do for God to continue to experience his peace, love and amazing grace.

    And just then, a few months ago, I got to know about this Igan mission trip in November through a friend. I never been to any mission trip before and I am really looking forward to it and to experience more of God’s faithfulness and be blessed abundantly and growth spiritually. That’s the true peace I find in God.


黄敬祥,Wong Khieng Siong

    Saya masih ingat, saat saya menerima Yesus Kristus, saya pernah terfikir satu soalan, iaitu jikalau seseorang itu tidak pernah mendengar Berita Baik, adakah dia akan pergi ke neraka, bukankah itu tidak adil bagi dia? Melalui satu kebaktian, Tuhan telah melalui Rev Grace Wong memberitahukan jawapan kepada saya tentang soalan ini. Dinasihatkan agar tidak membuang masa dalam membahaskan soalan keadilan ini, tetapi biarlah kita taruhkan lebih masa dan tenaga untuk menyampaikan Berita Baik. Mereka yang belum pernah mendengar Berita Baik itu sedang menunggu anda untuk menyampaikan kepada mereka, Tuhan ingin melalui anda menyebarkan injil kepada orang ramai. Ini adalah jawapan yang telah Tuhan berikan kepada saya. Mungkin pada masa ini saya tidak seperti Mubaligh, pendeta atau pastor sepenuh masa untuk menyertai pelayanan penginjilan, tetapi saya akan cuba sedaya upaya untuk menceburkan diri dalam kerja pelayanan penginjilan demi menyebarkan dan menginjilkan Berita Baik ini kepada lebih ramai orang lagi. Misi kali ini bukan hanya memberi peluang kepada saya untuk menyampaikan Berita Baik kepada suku Pribumi, malah boleh melatih saya berkerjasama dengan jemaah lain, dan melalui satu pasukan untuk memberitakan Berita baik. Terima kasih.


管智恩,Paul Kuon Chee Enn

    Tuhan memberi Rahmat kepada saya, dimana saya hanya mendengar tentang Dia, dalam pemikiran tahu ada seorang Allah, Dia terus melalui orang di sekitar menjemput saya untuk datang kepada-Nya, mengenal berkat ini. BerkatNya adalah sungguh baik, khasnya untuk peribadi, tiada orang boleh merampasnya. Iaitu kasihNya boleh meliputi segalanya. Tetapi…… “Saya asyik berfikir adakah saya sudah siap sedia?” Bersedia untuk berkongsi berkat itu? Pada suatu masa, saya alami lagi dan lagi, tahun demi tahun, melalui tayangan laporan misi, saya bertanya kepada Tuhan dan diri sendiri tentang soalan ini. Kawan saya pun bertanya, “Chee En, pernahkah anda menyertai Misi Jangka Pendek? Kali ini kamu akan pergi?” Apabila orang di sekitar terdapat jiwa yang hilang mereka merasa cemas, tapi saya masih ragu-ragu. Namun, setiap kali saya telah terlepas peluang menyertai Misi Jangka Pendek, atas alasan halangan masa dan keadaan yang tidak mengizinkan. Tuhan melalui pelayanan persekutuan muda-mudi, agar saya dapat menyertai misi dan bekerjasama dengan rakan sepelayanan. Saya berharap penyertaan misi kali ini, membolehkan saya lebih mengenali jiran kita suku Pribumi ini, dan berkongsi berkat dengan mereka, sama seperti rakan-rakan dulu yang pernah berkongsi dengan saya.


黄勤俊,Vincent Wong Kueng Jun

    Bila terdengar berita bahawa Persekutuan Muda Mudi akan menganjurkan Misi Jangka Pendek, dalam hati saya terfikir apa itu Misi dan apa yang perlu dilakukan dalam Misi itu? Walaupun pada permulaan saya telah teragak-agak tidak mahu menyertai, tetapi akhirnya saya pun menyertai Misi ini. Saya tidak pernah menyertai apa-apa misi selama ini. Ini adalah kali pertama menyertai misi jangka pendek yang dianjurkan oleh gereja Bidang pengalaman Misi ini agak asing kepada saya dan hati saya merasai ketakutan. Saya percaya pada misi kali ini merupakan satu pengalaman yang baru kepada saya, juga membiarkan diri saya keluar dari zon keselesaan, pergi ke Zon yang penuh cabaran. Semoga Tuhan memimpin dan menyediakan satu pelayanan Misi Jangka Pendek yang selamat dan kaya dengan curahan berkatNya.

谢育霖,Billy Sia Yiik Ling

Tuhan Yesus Kristus telah mengorbankan diriNya demi anda dan saya
Dia tidak pernah ada keraguan, apa yang perlu anda ragukan lagi?

    Dari misi terakhir iaitu dua tahun yang lalu, dengan sukacita saya berpeluang untuk menyertai Misi Jangka Pendek lagi, Kali ini dipimpin oleh Rev Jatan dan Ps Sency akan menjadi ketua rombongan Misi kami. Misi kali ini adalah di tempat yang baru dan tidak pernah ada rombongan misi sampai ke situ. Ini adalah satu pengalaman baru! Disebabkan kesibukan manusia yang sering lupa tentang peranan dan misi sendiri sebagai pengikut Yesus Kristus. Iaitu memikul salib sendiri untuk memberitakan Injil. Misi juga boleh menenangkan diri dan boleh memperluaskan pandangan dan minda kita, dari situ kita tahu bahawa kita sangat bahagia. Selain itu, dari segi rohoni kita dapat mengeratkan hubungan kita dengan Tuhan, ia juga akan memperkuatkan iman kita. Walaupun Misi Jangka Pendek hanya ambil masa yang singkat, saya harap kawasan misi ini boleh dijadikan satu penginjilan dan pelayanan dalam masa jangka panjang untuk Gereja Xin Fu Yuan. Hasil pelayanan yang baik perlu ambil masa yang panjang baru dapat melihat kesannya, kita seharusnya memberikan bantuan kehidupan kepada mereka terlebih dahulu, Kemudian barulah dapat kita memberitakan injil kepada mereka.

    Tuhan Yesus Kristus telah mengorbankan diriNya demi kita dan Dia tidak pernah ada keraguan, apa yang perlu anda ragukan lagi? Cepatlah kita bertindak kepada keinginan Tuhan, biarlah kita mempersembahkan usaha kita dalam ladang penginjilan dan berperang untuk Tuhan. Jangan biarkan sesiapa pun pandang rendah terhadap kamu kerana kamu masih muda, Orang Muda, Go Go Go!


林玲妃,Ling Lim Hee

    Saya pernah terharu oleh perkongsian yang dikongsikan oleh saudara saudari yang telah kembali dari Misi Jangka Pendek. Saya pernah terharu, namun saya masih tidak berani untuk menyertai Misi Jangka Pendek. Saya bersyukur kepada Tuhan kerana memberi saya peluang pada kali untuk menyertai misi ini. Saya pernah menonton satu wayang yang menceritakan seorang Guru telah mengorbankan masa, jiwa dan keberaniannya mengajar di sebuah Sekolah yang terletak di atas permukaan air. Apa yang dia lakukan adalah untuk membantu kanak-kanak ada peluang mendapatkan pendidikan, disebabkan kasih dan misinya dia terus berjuang di tempat yang kecil ini. Sama seperti Misi Jangka Pendek ini, kita akan menuju dan menjejaki tempat asing untuk menyebarkan Berita Baik kepada suku Pribumi yang belum mengenal Yesus Kristus supaya mereka berpeluang mengenali Tuhan yang maha kasih ini. Kita mengasihi, karena Allah lebih dahulu mengasihi kita. (1 Yohanes 4:19)


王是忠,Timothy Wong Sie Tiong

    Saya masih teringat pada tiga tahun yang lalu apabila saya menyertai misi, dengan hati yang gembira pada masa yang sama sukar untuk meninggalkan ahli keluarga. Kini, saya bersyukur kalau bukan kerana pimpinan Roh Kudus saya tidak akan menyertai misi ini. Saya yakin bahawa Inilah amanah Tuhan kepada kita semua sebagai pengikutNya untuk menyebarkan berkat yang Berita Baik ini kepada semua orang. Sebelum menyertai misi ini, saya diingatkan dua perkara penting iaitu “Melayani orang dengan rendah hati” dan “mengorbankan diri untuk Tuhan.” Dan akhirnya, hendaklah kamu semua seia sekata, seperasaan, mengasihi saudara-saudara, penyayang dan rendah hati. (1 Petrus 3:8) Pada hari tentaramu bangsamu merelakan diri untuk maju dengan berhiaskan kekudusan; dari kandungan fajar tampil bagimu keremajaanmu seperti embun. (Mazmur 110:3)


谢育珠,Sia Yiik Chuo

Tajuk: Melayani ke tempat yang tidak pernah dijejaki oleh penginjil,
disebabkan ladang misi memerlukan penabur injil.

    Pada tahun 2014 bulan November saya menyertai Kem Misi, dalam satu bengkel saya telah terdengar seorang pendeta memberi perkongsian. Ada satu rombongan Misi Jangka Pendek telah pergi ke satu kawasan pendalaman, dalam rombongan tersebut termasuklah satu pasukan perubatan dan pergigian. Apabila rombongan misi itu telah sampai ke situ, ada seorang budak lari menuju ke arah mereka, jadi salah seorang ahli rombongan itu pun menanya budak itu… “Kenapa awak lari dengan tergesa-gesa? Saya mahu cabut gigi”. Rupa-rupanya dia telah mengambil masa selama satu jam untuk berjalan kaki sambil berlari dari rumahnya, kerana tiada orang dapat membantu mengurangkan kesakitan giginya. Saya amat menyedari bahawa tidak ada yang datang kepada mereka.

    Perkongsian ini membuat saya sangat tersentuh hati. Saya bersyukur kerana tahun ini Misi Jangka Pendek akan menuju ke tempat pelayanan yang baru. Secara terus terang, apabila saya tahu, hati saya berazam untuk pergi. Selepas melalui doa, saya diberi keberanian untuk menyertai misi ini. Bagi saya, penyertaan Misi adalah satu cara meresponi rahmat Tuhan. Pada tahun 2015 saya telah banyak diberkati oleh Tuhan, banyak berkat dan doa telah ditunaikan oleh Tuhan, banyak kesusahan namun Tuhan pegang tanganku untuk melaluinya. Saya tiada apa-apa yang boleh diberikan kepada Tuhan Bapaku. Misi kali ini, semoga saya dapat menyumbangkan sedikit jasa ke atas kanak-kanak Pribumi yang belum menerima Berita Baik tentang Tuhan Yesus Kristus. Walaupun hanya sedikit dan tidak begitu mudah, tetapi selagi benih Injil disebarkan, saya rela dan sudi.


徐小媚,Christina Sii Xiao Mey

    Ini ialah kali kedua saya menyertai Misi Jangka Pendek, sebenarnya saya tiada persiapan untuk menyertai misi ini. Pada mesyuarat muda-mudi yang ketiga tahun ini, Pastor Sency telah berkongsi keperluan tempat misi yang akan ditujui pada kali ini dan berharap agar semua AJK boleh menyertai misi ini. Saya telah menggunakan tiga hari untuk membuat pertimbangan, akhirnya saya setuju menyertai misi ini. Ini membuat saya mengimbas kembali semasa menyertai Misi Pa Adang pada Tahun 2013, juga timbul dalam fikiran bahawa mengapa tidak mahu ambil bahagian dalam misi sedangkan saya masih muda? Jika suatu hari nanti saya berumahtangga agak sukar untuk menyertai sebarang misi. Saya bersyukur kepada Tuhan kerana akhirnya saya memutuskan untuk menyertai Misi Igan ini. Kali ini misi Igan tidak jauh dari kampung halaman saya dan hanya mengambil masa selama tiga hari pelayanan, ini juga salah satu sebabnya saya mahu menyertai. Saya yakin bahawa setiap langkah dan titik perjalanan misi akan membawa cabaran dan pengalaman yang berbeza, semoga Tuhan menyertai kami semua. Ini juga memperingatkan saya satu lagu rohani yang bertajuk “Utuslah Aku” dalam lirik lagu seperti berikut: Tuhan, beritahulah aku, bagaimana saya mempersembahkan hidupku untuk membawa harapan kepada orang ramai, Tuhan, beritahulah aku, bagaimana harus saya mencurahkan kasih untuk membawa keharmonian kepada dunia ini, saya melihat kesedihan jiwa yang menggigil kesepian dalam sudut hati mereka. Utuskanlah Aku, saya rela mengorbankan semua kepunyaanku, Utuskanlah Aku ke dalam golongan yang memerlukan, penuhi aku dengan kasihMu, biarlah kami menggenggam erat tangan mereka satu kali lagi.


余梓杰,Brian Yu Chiu Kiat

Hati Yang Sesal

    Walaupun sejak kecil saya telah digalakkan dan dipimpin ibu berjalan kaki ke Gereja yang berdekatan setiap Hari Ahad, tetapi saya masih tidak faham apa erti sebenarnya. Setiap minggu ahad saya menanti-nantikan untuk pergi ke Gereja, hanya semata-mata pergi alasan bahawa dia akan pergi bila dia sudah bersara nanti. Di luar jangkaan saya, ke sekolah minggu untuk bermain, bergaul dan bercakap dengan kawan sahaja. Sehingga saya masuk Sekolah Menengah, saya menghadiri satu program penginjilan yang dianjurkan oleh pihak Persekutuan ISCF di dewan sekolah yang bertajuk “Apa erti hidup ini?” Kemudian, melalui khutbah dan drama yang disediakan, saya membuat keputusan untuk menerima Yesus Kristus sebagai Juruselamat saya. Bapa saya adalah seorang yang agak degil, setiap kali jika ada jemputan daripada ahli keluarga ataupun kawan-kawannya untuk pergi menyertai kebaktian minggu, dia selalu menolak jemputan tersebut dengan bapa saya telah meninggal dunia dalam ketidurannya disebabkan serangan sakit jantung. Ini berlaku dalam tahun Kedua saya menerima Yesus Kristus sebagai Juruselamat saya. Sampai tahun ini, saya masih sesal kerana tidak mengambil kesempatan untuk menyebarkan Berita Baik kepada Bapa saya. Maka dalam hati saya masih terpendam rasa sesal saya. Kerja penginjilan haruslah cepat, serta-merta dan jangan bersikap bertangguh.


林泉源,Joshua Ling Chuan Yuan

    Sejak kecil, saya bercita-cita mahu menjadi seorang doktor. Ibubapa beritahu saya kalau mahu menjadi seorang doktor mesti dapat keputusan yang baik. Jadi, saya rajin belajar dan dari kecil mendapat keputusan yang lebih cemerlang daripada orang lain. Di dalam kelas saya biasanya mendapat tempat ketiga teratas. Saya telah mendapat A dalam semua mata pelajaran di dalam peperiksaan UPSR dan telah dianugerah sebagai murid cemerlang. Di sekolah menengah, saya masuk ke Kelas Genius iaitu saya telah menyiapkan pelajaran yang sepatutnya ambil masa tiga tahun tetapi dua tahun saya sudah selesai, keputusan peperiksaan pada tahun itu semua dapat A. Dalam peringkat tinggi Sekolah, saya masuk ke aliran sains, keputusan biologi dan kimia saya mencapai sepuluh teratas dalam rekod Negara. Dengan keputusan yang begitu cemerlang, Saya telah berjaya menyambungkan pelajaran perubatan di Taiwan. Di Universiti saya telah menghadapi kegagalan yang belum pernah berlaku. Dalam aliran perubatan kebanyakkan semua pelajar cemerlang yang datang dari tempat yang berlainan, saya sedar diri saya tidak lagi istimewa. Dalam kelas saya cuma seorang pelajar biasa, keputusan saya juga biasa saja, tidak lagi cerah. Saya berasa sedih dan kecewa, tapi tiada seorang pun dapat mendengar luahan perasaan saya kerana saya berada di luar negera. Mujurlah, saya selalu mengikuti Ibadah Gereja dan juga menyertai Kelompok sel. Walaupun pada mulanya tidak mengenali sesama dengan mendalam dan sukar untuk bercakap, tetapi disebabkan bersama-sama untuk melayani, begitu cepat menjalinkan hubungan yang erat. Dalam gereja saya belajar daripada perspektif Tuhan untuk menerima ketidaksempurnaan diri sendiri dan rela belajar merendahkan diri sendiri. Selama 7 tahun saya di Taiwan, tiada ahli keluarga di sisi saya, namun saudara-saudari gereja yang menjadi keluarga dan menemani saya untuk berkembang dan menerima tanpa syarat kekurangan saya. Gereja adalah seperti keluarga besar yang harmoni dan penuh kasih. Sudah pasti, ada juga terdapat kehadiran Tuhan yang saya kasihi, Tuhan tidak pernah meninggalkan saya berseorangan tak kira apa situasi yang saya alami, malah Dia selalu menemani serta melindungi saya siang dan malam. Semoga anda semua boleh mengenali Tuhan yang begitu mengasihi dan menyayangi kita ini.


刘琦琦, Jocelyn Lau Kee Kee

    Semasa saya darjah 6, pada masa itu saya berimpian belajar di England. Sejak itu sampai sekolah menengah, untuk belajar di England telah menjadi salah satu impian saya. Dengan matlamat ini, kehidupan saya hanya menuju ke arah impian tersebut. Tujuan saya pergi ke England untuk belajar kerana saya suka cara hidup penduduk England yang senang lenang itu ~iaitu minum teh waktu petang, baca buku di taman, melancong ke Europe dan sebagainya. Sehingga Tingkatan 5 melalui pelayanan misi di gereja, Tuhan telah membuka pandangan saya terhadap sebuah misi. Tuhan melalui pelbagai saluran memberitahu saya bahawa England amat memerlukan Berita Baik. Pada masa itu, ada satu berita yang mengejutkan saya bahawa terdapat sebuah gereja tempatan telah dilelongkan dengan harga satu paun sahaja. Berita ini telah memberi penglihatan yang baru-iaitu apabila saya sampai di England, saya mahu ke gereja tempatan untuk melayani. Mungkin saya tidak seperti mubligh untuk melayani Misi Jangka Panjang di negara asing sepanjang masa, tetapi saya boleh melayani Tuhan semasa menuntut pelajaran di luar Negara, ini juga telah menjadi doa dan sasaran sayadan Tuhan pun telah mendengar doa saya. Yang lebih menakjubkan dari Allah, iaitu sebelum saya pergi untuk belajar, saya mempunyai peluang untuk menjadi pembantu Sekolah Minggu dan menyertai misi Pa A'dang bersama Persekutuan Muda-mudi. Semua pengalaman ini telah melengkapi saya dalam pelayanan Tuhan di England. Malah pelayanan di England, membuat saya bertumbuh matang dan saya juga mencapai impian saya di England.

    Selepas tamat pelajaran saya kembali ke sibu dan bermulalah kehidupan pekerjaan saya. Ini merupakan satu pengalaman yang baru bagi saya, pada permulaan rasa ingin tahu dan hati yang berharap untuk bekerja. Tetapi, setelah bekerja selama satu tahun lebih, Tuhan telah memberi saya menghadapi banyak perkara kekecewaan dan kegembiraan dan membuat saya berasa letih, pelayanan juga menghadapi kesulitan dan kehilangan matlamat dalam hidup. Saya mula memerlukan masa renungan dan doa yang lebih panjang lagi untuk mendapat ketenangan hati berbanding dengan masa dahulu. Tetapi Allah yang Maha Kuasa, Dia tidak mengetepikan saya dalam kesulitan hidup ini, Tuhan melalui pelbagai saluran seperti lagu rohani, khutbah Pendeta dan orang di sekeliling saya, melalui perkara ini memberi saya pengajaran.

    Masih ingat, pada malam sebelum Hari Kemerdekaan, bapa saya buat keputusan untuk menyertai kebaktian di Nan Chun Gereja Methodist Sang IK. Kampung Nan Chun adalah kampung halaman bapa saya sebelum dia berpindah ke Sibu. Saya masih ingat sebelum tiba di gereja tersebut, kami akan melalui sebatang sungai kecil dan sebuah kedai runcit yang hampir runtuh. Dalam perjalanan, bapa telah menceritakan kisah kehidupan kampungnya dan gereja itulah yang mereka sertai untuk kebaktian. Bila masuk ke dalam gereja, barulah saya tahu bahawa kebaktian hari itu menyambut ulangtahun pembangunan Gereja Sang Ik ke 110. Tuhan melalui kebaktian ini memberi saya penginsafan dalam banyak perkara. Saya ternampak kenapa sebuah gereja mengalami pelbagai silih berganti dan Perang Dunia Kedua, gereja telah mengalami kebangkitan dan kejatuhan, dan menjadi tempat untuk berdiri teguh dalam hal ini, Ini kerana dibebani dengan misi untuk memberitakan Injil. Memanglah saya terasa dan benar bahawa nyawa dan badan saya semakin lemah, hanya firman Tuhan akan kekal selama-lamanya. Bersyukur kepada Tuhan Generasi sebelum kami, dimana mereka telah meninggalkan sesuatu yang berharga kepada generasi kami iaitu berita baik tentang Yesus Kristusa. Disebabkan keimanan kekal mereka, barulah kita memperolehi berkat ini iaitu hidup yang kekal. Ini juga memperingatkan saya untuk hargai peluang menyebarkan Berita Baik kepada orang yang belum mendengarnya serta mendorong saya dalam penyertaan Misi Jangka Pendek ini. Seperti lirik lagu rohani bertajuk “Soaljawab yang kekal” ?Banyak perubahan berlaku dalam kehidupan di luar jangkaan manusia, Betapa banyaknya kejayaan hari ini akan hilang sekelip mata pada keesokan hari, Hidup yang kekal hanya terkandung dalam Yesus Kristus, di dalam hati pengikut Yesus Kristus.

    Apabila saya imbas kembali, semua adalah berkat dan pimpinan dari Tuhan. Tangannya yang membawa saya langkah demi langkah berjalan dalam kehidupan, dan hanya Dia tempat saya bergantung seumur hidup. Semoga Tuhan terus membentuk saya untuk menjadi hamba yang berkenan olehNya. Amin


张维芝,Mandy Tiong Mee Tze

    Bersyukur kepada Tuhan kerana mengerakkan hati saya untuk berkongsi dengan kalian mengenai keselamatan dalam hidup saya. Semasa di Sekolah Menengah, saya sangat nakal dan tidak berminat untuk belajar dan asyik keluar dengan kawan saja untuk bermain. Jadi, ibubapa saya mendisiplinkan saya dengan ketat dan menghadkan masa keluar dan balik sebelum pukul 9 malam, kalau saya lewat balik akan dimarahi. Kadangkala saya keluar dengan kawan sepanjang hari dan belum balik, bapa saya akan hubungi dan memarahi saya, terdapat sesetengah kawan saya mengejek saya kerana pengawalan rumah yang ketat. Pada masa itu, saya tidak memahami isi hati ibubapa, saya berasa sedih kerana diejek oleh sebab saya tidak dapat seperti mereka mendapat kebebasan. Sehingga saya masuk Universiti, pada masa itu saya rasa bahawa saya sangat bebas tetapi sebenarnya tidak, disebabkan saya telah diikat oleh cengkaman dosa. Semasa saya belajar di luar, tiada kawalan ketat dan had masa dari ibubapa, apabila saya telah mengenali kawan yang tidak baik dan selalu keluar sampai larut malam dan pergi ke Kelab malam untuk minum, menyanyi lagu duniawi dan cari keseronokan sehingga saya tidak belajar dengan bersungguh sungguh. Sebenarnya saya juga ada pergi ke gereja, menyertai persekutuan remaja dan juga ada melayani. Oleh kerana saya pergi ke tempat lain untuk belajar, kadangkala saja saya ada pergi ke ibadah. Saya berasa tidak pasti dan tidak bermakna kerana tiada hadirat Tuhan dalam hidup saya, hati saya telah terpesong ke dunia dan lebih mencinta perkara duniawi ini. Hubuangan saya dengan Tuhan semakin jauh, telinga dan hati saya tertutup dan firman Tuhan langsung tidak memasuki ke dalam hati saya. Pada tahun 2012 saya menghadapi penderitaan dan kekecewaan sehingga menghalang saya menyertai Misi Jangka Pendek. Ada seorang Pendeta asyik menggalak saya untuk menyertai Misi Pa Adang dan saya pun memutuskan untuk pergi pada akhirnya. Pada suatu malam, saya telah berkongsi dengan pendeta tentang kehidupan saya yang lalu itu, saya macam mendedahkan diri sendiri di hadapan Tuhan saya menangis tidak berhenti-henti. Satu perkara yang ajaib ialah apabila saya mulakan renungan dan baca AlKitab, saya mendapati telinga dan hati saya dibuka luas oleh Tuhan dan firman Tuhan menjadi begitu menarik dan terharu kepada saya.

    Masih ingat semasa misi kami menyanyikan lagu rohani “Kau Bertakhta di syurga”, liriknya adalah seperti berikut: “Kau Raja Syurga, selama-lamanya, Ku tetap yakinMu, apa jua kesusahannya, Kau Raja Syurga, dengar seruan hatiku, Pulih roh aku, bangkitkan jiwa ku.” Semasa saya menyanyikan lagu ini, hati saya tersentuh oleh Roh Kudus sambil menangis di hadapan Tuhan. Hidup saya berubah kerana Injil Yesus Kristus, saya benar-benar mengalami keselamatan dan rahmat Allah, hubungan saya dengan Tuhan telah dipulihkan. Ada satu ayat firman Tuhan memberi saya dorongan yang tercatat di dalam Efesus 2:4-5 Tetapi Allah yang kaya dengan rahmat, oleh karena kasih-Nya yang besar, yang dilimpahkan-Nya kepada kita, telah menghidupkan kita bersama-sama dengan Kristus, sekalipun kita telah mati oleh kesalahan-kesalahan kita — oleh kasih karunia kamu diselamatkan. Saya dari masa lalu sehingga hari ini, selepas saya mengenal Yesus Kristus, kehidupan saya sentiasa berubah, diperbahurui dan ini adalah satu keajaiban. Disebabkan kasih Yesus Kristus disalibkan, saya telah memperolehi hidup yang baharu, dan bangkit semula bersama Yesus Kristus. Kerana kasihNya, saya mendapat kehidupan setiap hari yang penuh dengan Rahmat Tuhan. Walaupun kadangkala masih jatuh, kerana kita manusia yang lemah dan berdosa, tetapi Tuhan tetap mengasihi, menerima dan mengampuni kita. Hasrat Tuhan adalah untuk kita lebih dekat kepada-Nya, dan Dia mahu kita hidup setiap hari dalam rahmat-Nya. Berkat yang paling besar dalam hidup saya ialah dapat mengenali Yesus Kristus dan hanya Yesus Kristus satu-satunya yang boleh memulihkan jiwa dan hidup kita. Amin.