‘Aduan’ adalah kanser jiwa

Ada sebuah cerita yang lucu mengenai seorang pembalak. Dia berpendapat bahawa dia terpaksa berkerja lebih keras daripada orang lain baru memperolehi pendapatan yang cukup untuk menyara keluaarganya. Dalam hati, dia berasa amat dukacita. Pada suatu hari, dia berasa amat marah dengan keadaannya sendiri. Oleh itu, dia mengadu dengan isterinya yang pada waktu tengah hari. Aduan tersebut menyinggung perasaan isterinya. Isterinya pun memarahi anak perempuan yang tengah memasak dalam dapur. Oleh kerana dia dimarahi tanpa sebab oleh ibunya, anak perempuannya pun berasa marah. Dengan perasaan yang marah, anak perempuan tersembur garam yang lebih ke dalam sayur yang dimasaknya. Selepas pembalak makan sayur yang masin, dia menjadi lebih marah. Dia terfikir akan kehidupan sendiri. Sudahlah susah payah dia bekerja untuak menyara keluarganya, tapi kini, makanan yang sedap pun tidak dapat dia nikmati. Kehidupannya memang penuh dengan kesusahan. Selepas makan, dia turun bekerja dengan perasaan yang amat marah. Sambil dia bekerja, sambil dia meyampaikan ketidakpuas hatinya kepada pekerja yang lain. Lebih banyak yang dia suarakan, lebih marahlah dia. Tiba-tiba, kapak dalam tangannya terlepas kerana dia memotong kayu dengan terlampau kuat dan kapak itu tercampak ke arah seorang pelalu jalan. Pelalu jalan itu bukan orang biasa tetapi merupakan seorang putera negara jiran yang datang melawat ke negara pembalak. Raja negara jiran berasa amat marah dengan kejadian kepada anaknya. Raja pun mengarah askarnya untuk menyerang negara yang didiami oleh pembalak. Satu peperangan tercetus hanya kerana satu tengah hari yang dipenuhi dengan aduan.
Cerita ini mengingatkan kita bahawa aduan itu seumpama kanser jiwa. Anda mungkin tertanya-tanya akan sebab saya berkata demikian. Berikut adalah dua sebab saya mengatakan bahawa aduan itu kanser jiwa:
Pertama, kanser akan merebak jikalau mulut seseorang itu sentiasa penuh dengan aduan dan memaki apa-apa yang berada di sisinya. Maka perasaan orang itu akan menyebabkan perasaan orang di sisinya tersinggung dan juga menyebabkan suasana dalam kelompok tersebut menjadi teruk. Semua orang akan terpengaruh dengan aduan dan juga menjadi negatif apabila menghadapi apa-apa masalah.
Kedua, aduan akan merompak kebahagiaan anda. Perasaan yang dukacita akan mencuri perasaan gembira seseorang, populariti, keyakinan diri dan juga kekuatan seseorang. Aduan bukan sahaja mencuri apa yang mungkin akan anda miliki, tetapi juga merompak apa yang sudah anda miliki.
Kawan-kawan sekalian, janganlah sesekali membiarkan aduan itu mencerobohkan kehidupan anda.