Pengecut dan Tomboi

Baru-baru ini, semasa menonton rancangan hiburan di Taiwan, sangat menakjubkan! Disebabkan program ini, saya ingin berkongsi dengan anda topik semasa. Apabila orang muda era ini hairan dengan isu-isu gender mereka sendiri, guru tidak mengajar, ibu bapa tidak menjawab, dan akhirnya pergi ke mana untuk mencari jawapan?
Bagaimana lelaki boleh begitu mirip seperti perempuan, perempuan pula begitu mirip seperti lelaki? Apa yang terjadi? Para tetamu telah dijemput untuk meneka jantina sebenar orang yang datang membuat persembahan. Saya menganggap penglihatan diri saya tidak begitu baik, bagaimana lihat juga tidak dapat berfikir bagaimana wajah lelaki itu boleh menjadi begitu halus dan lemah lembut tetapi tubuh saiz gadis-gadis itu begitu gagah?
Semasa saya dimanifestasikan dalam percanggahan dengan jantina,apa yang harus saya lakukan? Adakah saya tidak normal? Seseorang pernah berkata bahawa ini disebabkan jiwa lelaki termasuk ke tubuh wanita atau sebaliknya, adakah ini benar? Terdapat kemungkinan perkara sebegini? Saya perlu mempertimbangkan pergi menukar jantina? Inilah kekeliruan ramai pemuda terhadap kehidupan seharian dan jantina mereka. Saya berharap melalui isu topik kali ini,dapat memberi bantuan kepada anda.
Siapakah diri saya? Lelaki atau perempuan? ------ berdasarkan pengalaman
Satu tempoh masa yang panjang, saya kononnya "perempuan" adalah "teman lelaki Ideal" dalam mata orang ramai. Sahabat-sahabat perempuan saya juga akan berkata,"Jika mahu mendapat teman lelaki, mestilah cari seorang seperti Abang Long." Ketika itu, hampir semua kawan tak kira jantina turut memanggil saya Abang Long! Terdapat banyak teman lelaki sahabat perempuan saya juga menganggap saya pesaing, tetapi ... Saya benar-benar seorang perempuan tulen.
Mengapa ini belaku? Ini disebabkan saya lebih berani berbanding lelaki, saya pandai bermain bola keranjang, dan yang paling penting, saya benar-benar tahu bagaimana untuk melindungi perempuan, dan sentiasa membiarkan sahabat perempuan terasa diri mereka selamat. Malah banyak gadis-gadis yang berusia lebih tua berkata, selagi saya bercampur-campur dalam suku mereka, kami amat gembira, bukan sahaja terasa selamat, bahkan juga boleh menumpukan perhatian untuk belajar! Malah jika saya hanya duduk diam di sana pun ada gadis-gadis suka mengeliling saya seperti rama-rama berterbang gembira!
Apatah lagi semasa di gelanggang, pasukan bola keranjang lelaki akan mencari saya, jika adalah latihan berlari sambil menjaringkan bola, saya lebih hebat berbanding Kebanyakan pemain lelaki, mereka sering berkata: "Abang Long, anda ada curi berlatih! Anda terlalu tepat! " Selepas latihan bola, mereka tidak perlu menemani saya seperti menemani teman wanita kerana biasanya saya berjalan perseorangan untuk memulangkan bola, sendiri meredah kampus , menunggu bas di pintu masuk utama.
Saya seorang lelaki atau perempuan? Saya sentiasa mempertanyakan diri sendiri, kerana masa berlalu, orang ramai sudah biasa dengan saya yang berperanan "lelaki". Apabila saya mendedahkan kelemahan, mereka bagai kehilangan arah, dan sesetengah orang akan kecewa dan mengatakan, "Tindakan awak bukan seperti Abang Long, saya mendapati ia sangat pelik!" seolah-olah untuk tidak mengecewakan mereka, saya terus bermain peranan abang long.
Walaupun saya juga ikhlas mencintai bola keranjang, saya juga segak, dan benar-benar bersedia untuk melindungi gadis-gadis, suka rakan-rakan lelaki, tetapi hati saya sentiasa sayu.
Suatu petang, semua orang sejabatan sudah bersurai,tinggal saya seorang di pejabat. Saya membelek-belek buku pelawat, tanpa disedari saya mengambil pena menulis kekeliruan hati ke dalamnya: Saya seorang lelaki atau seorang gadis? Abang Long.
Beberapa hari kemudian,rakan sekelas saya datang memberitahu saya untuk pergi melihat buku pelawat. Saya terlihat seorang senior membalas mesej saya dengan tulisan yang kemas: Anda –adalah – seorang – gadis. Saya terlihat perkataan itu, kaku seketika, dan kemudian terasa air mata jatuh, ketika itu saya sedar bahawa betapa saya berharap bahawa saya ingin jadi seorang gadis biasa.
Beberapa tahun kemudian, saya telah benar-benar tiada kekeliruan, diri saya semenangnya seorang gadis. Saya masih seorang gadis yang banyak berfikir dan suka berkongsi hal yang terpendam dalam hati. Saya akan memakai skirt panjang, juga berambut panjang, akan menangis. Walau bagaimanapun, saya masih suka bola keranjang, suka mengembara, masih bertegas pada pendirian untuk melindungi gadis-gadis, sering terdedah kepada hawa nafsu berterus-terang, kerana itulah saya ~ bebas jantina.
Artikel dari: Ray Bintang Syurga
Saya Kewanitaan? --- Guru Pulau
Kira-kira satu perempat orang lelaki lebih sensitif untuk menjauhkan diri, kelihatan sedikit berat sebelah dimanifestasikan perempuan, sesetengah kanak-kanak lelaki akan menyerlah terutamanya di tempoh akil baligh. Mereka telah dilabel sebagai "kewanitaan", ciri- ciri termasuk: tidak suka senaman perlanggaran badan, lebih jinak, kesabaran, kemahiran bahasa lebih matang daripada lelaki seraya.
Malah, kanak-kanak ini adalah seorang budak lelaki yang tulen! Jangan label mereka gay atau penakut. Menurut statistik, jeniskanak-kanak lelaki ini adalah orang biasa, tetapi kerana mudah diasingkan oleh lelaki lain, menyebabkan kemudaratan psikologi, seterusnya cenderung menjauhkan diri dan menjadi kurang normal.
Jika anda lelaki jenis ini,ada dua perkara yang perlu diberi perhatian: satu, ingat kembali hubungan anda dengan ibu bapa, disebabkan ibu bapa yang terlalu melindungi anak sehingga mereka berisiko menjadi pengecut , tidak sanggup menerima cabaran. Anda perlu banyak memberi peluang untuk mencuba, cuba sesuatu yang tidak permah lakukan, jangan terlalu bergantung kepada perlindungan ibu bapa supaya anda menjadi budak ceria dan berdikari.
Kedua, tidak terlibat dalam kumpulan selain lelaki, contohnya banyak menyertai aktiviti-aktiviti lelaki, jangan ambil hati walaupun prestasi kurang memuaskan berbanding dengan kanak-kanak lelaki lain. Ini disebabkan banyak lelaki yang sensitif dan penakut mudah melepaskan persahabatan sejantina, sehingga menjadi satu gangguan watak yang lebih serius! Sudah tentu, anda juga boleh berkawan perempuan,cuma jangan hidup bersendirian, menjadi orang yang hidup dalam sempit.
Akhir sekali, tidak menghadkan perkembangan diri sendiri, banyak lelaki yang bermanifestasi perempuan mudah mengundur, takut akan kerja yang berisiko. sebenarnya, terdapat banyak budak yang lebih sensitif dan suka menjauhkan diri akan melakukan perkara yang sangat berisiko! Contoh, angkasawan,lelaki jenis ini bukan disebabkan kebolehan jasmani yang baik menjadi angkasawan, tetapi mereka juga boleh menjadi seorang angkasawan yang cemerlang berdasarkan pencapaian profesional.
Lelaki dan wanita memang dilahirkan berbeza, mengikut keputusan, jika seseorang yang mengenal pasti jantina sendiri, ada keselamatan yang asas, sangat bermanfaat untuk pembangunan pada masa depan. Walaupun lelaki perlu mempelajari kelebihan perempuan dan sebaliknya, tetapi mesti berdasarkan sifat-sifat asal, belajar sesuatu yang baru, contohnya, kanak-kanak lelaki tahu bertimbang rasa apabila mereka besar, dia akan mengembangkan ciri-ciri kelakian, barulah mempelajari kelebihan yang lain. jika terlalu awal untuk memaksa seseorang lelaki untuk belajar sesuatu yang tidak tergolong dalam ciri-ciri jantina mereka sendiri, maka akan mengakibatkan krisis identiti diri, kekurangan keyakinan diri.
Artikel dari: Ray Bintang Syurga
Ringkasan
Lelaki dan perempuan yang dilahirkan dengan banyak perbezaan, tak kira anda menunjukkan sifat feminin atau maskulin, harus mengiktiraf jantina asal mereka, memahami sifat-sifat semulajadi diri, sanggup menerimanya, jika anda secara semulajadi mempamerkan rupa adalah tomboi, anda masih perempuan. Anda kelihatan secara semulajadi mempamerkan kewanitaan (lelaki), anda adalah lelaki. Jangan menjejaskan hubungan interpersoanal dan gaya hidup anda.
Tuhan mencipta kita, memberi kita personaliti yang unik, penampilan yang unik. Ini adalah bagaimana kita berlainan dengan orang lain, jangan menafikan nilai hidup anda disebabkan berlainan dengan orang lain. Di mata Tuhan, semua orang amat berharga. Saya adalah saya, kita perlu belajar untuk menghargai diri sendiri, hidup penuh keyakinan diri.
Video sambungan

Soalan
  1. Apakah pandangan anda terhadap jantina yang dimanifestasikan (lelaki atau perempuan)?
  2. Jika anda bertemu dengan kawan-kawan yang bercanggahan tentang jantina mereka sendiri, bagaimana anda akan melayan dia?