Kenapa hidup?

Tajuk ini telah lama saya tulis…
Apakah tujuaan orang hidup?


Sudah lama saya fikir tentang soalan ini, masih ada ramai orang masih berfikir tentang soalan ini. Ia sesuatu yang nyeri kalau orang mesti hidup tetapi tidak dapat mencari tujuaan hidup. Semasa sekolah tinggi, saya rasa kehidupan tiada makna (Ia jelas dilihat dalam buku [Monkey dan pokok roti]). Lihat! Malah (Kitab)(Amsal) juga berkata: sia-sia semuanya sia-sia sahaja. Semua perkara yang dilakukan oleh orang tiada gunanya. Zaman demi zaman berlalu, tiada perubahan, semuanya sama. Adakah kehidupan kita tiada makna?
Tajuk ini telah lama saya ingin menulis, saya rasa gembira dapat mengajak Koo membantu, saya berharap dapat memberi sedikit harapan kepada remaja yang mengalami kerisauan sedemikian…
Ya! Kenapa kita hidup? Adakah kamu pernah fikir tentang soalan ini?


Zhong:“Ayah, kenapa kamu menyuruh saya berusah belajar?”
Ayah:“Saya berharap kamu ada keputusan yang baik.”
Zhong:“Bagaimana kalau ada keputusan yang baik?”
Ayah:“Ada keputusan yang baik boleh menjamin dapat pergi sekolah yang baik!”
Zhong:“Bagaimana kalau pergi sekolah yang baik?”
Ayah:“Kamu dapat mencari kerja yang baik selepas tamat pelajaran.”
Zhong:“Untuk apa?”
Ayah:“Agar kamu dapat gaji yang lumayan!”
Zhong:“Kemudian?”
Ayah:“Kemudian dapat mencari teman yang baik, berkahwin dan beranak!”
Zhong:“Selepas berkahwin dan beranak?”
Ayah:“Kenapa kamu bertanya begitu banyak? Saya panggil kamu belajar kamu tanya begitu banyak! Pergi belajar!”


Zhong tidak mendapat alasan berusah belajar. Dalam hatinya, dia terus bertanya: kemudian apa? Kekayaan yang lebih banyak? Anak yang lebih banyak? Adakah berkahwin dan beranak adalah tamatannya? Kehidupan hanya begitu? Saya pernah mendengar orang tua berbaring di atas katil berkata dia sedang “tunggu mati”! Adakah ia begitu? Apakah yang dikejar dalam kehidupan saya? Apakah makna kehidupan?
Zhong dihantui soalan ini, bagaimanakah dengan kamu? Adakah kamu mengalami masalah ini? Ataupun kamu boleh membantu Zhong menjawab? Ramai pelajar yang dibebani kerja rumah akan tanya soalan ini. Saya pernah salah satu daripadanya, sehingga mengetahui Tuhan, baru saya dapat jawapan yang memuaskan.
Semua orang bertanya…
Sentiasa ada orang bertanya apakah makna kehidupan? Bukan sahaja pemuda betanya, orang pada pertengahan umur dan orang tua pun bertanya! Sila mengambil masa untuk memikirkan soalan ini:
Kamu rasa nyawa adalah_______. Kenapa?_______.
Kamu rasa kehidupan adalah_______. Kenapa?_______.


Saya rasa kehidupan seperti jadual indeks pasaran saham, ada turun naik, tiada penaikan berterusan, tiada penurunan berterusan, tiada kegembiraan yang kekal, tiada kesedihan yang kekal…tetapi saya percayai kehidupan ada harapan!
Pandangan seseorang terhadap kehidupan mesti akan mempengaruhi kehidupannya. Apabila kamu ingin memahami seseorang dengan lebih mendalam, kamu boleh tanya dia: “Apakah pandangan kamu terhadap kehidupan?” Kamu akan mendengar pelbagai jawapan.
Ada orang berkata…
Apakah makna hidup? Saya tidak pernah fikir tentang soalan yang begitu membosankan, walaubagaimanapun, tidak boleh mati, hidup sahaja!
Untung wang! Untung wang paling penting, tiada wang tidak perlu berbincang!
Ramai orang memarahi saya kerana berjudi! Ya! Tidak kita Toto, 4D, DaMaChai, semuanya saya beli, agar saya dapat menang hadiah utama, kamu lihat, akhbar hari itu telah memberitakan bahawa empat orang menang tujuh puluh lebih juta! Kalau saya yang menang…Wa…kayalah! Bekerja? Tiada harapan…


Adakah kamu pernah fikir apakah yang paling penting dalam kehidupan kita?


Kalau beri kamu 100 markah, bagaimanakah kamu akan bahagikan?
  1. Gembira:
  2. Wang:
  3. Keluarga:
  4. Pencapaian:
  5. Keuntungan dan kerugian:
  6. Kepercayaan:
  7. Persahabatan:
  8. Cinta:
  9. Air muka:
  10. Kesihatan:
  11. Pelajaran / Kerja:
  12. Hiburan / Keselesaan:
Hidup tiada makna!?
Mei hidup dalam keluarga biasa, rupanya biasa, keputusan biasa, tiada apa-apa yang disukai, sentiasa rasa kehidupan membosankan, selalunya mengadu kehidupan biasa, kurang senyuman. Dia tidak dapat mencari makna kehidupan.
Jen seorang yang mementingkan kejayaan, dia sangat mementingkan kejayaan dan kegagalan, sekiranya dia susah berhadapan dengan kegagalan. Sudah tentu, dalah satu faktor adalah kerana dia mementingkan air muka! Untuk mengekalkan status “menang” dia, kehidupannya sangat membebankan, tidak gembira…
Yun seorang yang mementingkan persahabatan. Suatu hari, apabila dia ketahui kawan yang dia pentingkan tidak mempedulikan dia, kawan yang biasanya bermain dengan dia mengkritik dia di belakangnya, dia rasa kehidupan tiada harapan…
Jing berharap ada cinta yang romantik seperti novel, siapa tahu puteranya tidak muncal setelah beberapa tahun, orang di sekelilingnya mengejek dia “tua dan tiada orang mahu”, dia rasa sedih selepas mendengarnya, lalu menganggap: tiada makna hidup tanpa cinta!
Keputusan Yi baik, tetapi selepas sekolah menengah, keputusannya terus menjunam, dia tidak dapat menerima nyata bahawa dia tidak dapat mengikut, malah pernah berfikir menamatkan nyawanya!
Ayah Ho ada hubungan sulit, ibu bapanya telah bergaduh selama sepuluh lebih tahun, akhirnya kini bercerai. Perkara ini merupakan tamparan yang besar bagi Ho, dia bersumpah tidak akan bercinta dan berkahwin, bagi dia, kehidupan adalah lebihan, dia tidak tahu kenapa dia hidup!


Ramai orang yang tidak ingin hidup atau tidak ada makna untuk hidup. Namun kita mesti mencari alasan untuk hidup! Tuhan mencipta kita untuk menikmati kehidupan, bukan menahan kehidupan. Apa yang kita inginkan adalah “kehidupan”, bukan terus hidup seperti haiwan sahaja!
Raja ketiga Israel Sulaimen adalah seorang yang sangat bijak. Semasa dia tua dan kerohanian rendah, dia meninggalkan Tuhan, dia rasa kekosongan dalam kehidupannya. Dia seolah-olah mendapati walaupun mempunyai segalanya, termaksud kekayaan, kuasa, gadis cantik, kebijaksanaan, tetapi dia tidak rasa gembira! Dua bab terakhir dalam , dia membuat kesimpulan: “Walau bagaimanapun, perlu taat kepada Tuhan, mematuhi perintah Tuhan, semuanya tugas manusia. Kerana segalanya yang manusia lakukan, termaksud yang dirahsia, tidak kira baik atau jahat, Tuhan akan menyoal.”


P/S: Apabila kita mengeluh kehidupan pendek, kita perlu mengingati diri sendiri lebih menghargai kehidupan, mengikut suruhan Tuhan, hidup untuk Tuhan!
Kehidupan siapa tiada bermakna?
Orang yang berfikiran negatif
Seorang kalau tidak ada fikiran yang positif, dia lihat segalanya sedih, kesian, tidak berdaya. Apa yang dia lihat adalah keburukkan orang terhadapnya, tidak suka dia, tidak memahami dia, tidak mementingkan dia, tidak menghargainya…hanya melihat kekurangan diri, tiada bakat, tiada kemampuan, tiada wang, tiada rupa yang baik, tiada latar belakang yang baik, rasa diri tidak comel, tiada apa yang hebat, orang sebegini memang tiada makna terus hidup!
Oleh itu, orang mesti hidup dengan lebih bermakna, yang pertama kita perlu belajar cintai diri sendiri, hormati diri sendiri. Membaca lebih banyak buku, mendengar lebih kata baik, melihat segalanya dengan fikiran positif, maka tidak akan mengadu kenapa ibu bapa melahirkan kamu. Jangan lupa, tidak kira kamu siapa, kamu kasih sayang Tuhan…
Orang yang tidak dapat keluar dari masalah
Ada orang tidak dapat melaluinya apabila menghadapi kemunduran hebat, sejak itu seumpama siput menyembunyi dalam cangkerang tidak ingin keluar, orang seperti ini tidak ingin menerima kegagalan, tidak dapat berhadapan dengan perkara yang menimba, atau pun tidak dapat keluar dari masalah orang lain. Saya pernah mengenali beberapa anak dari keluarga bermasalah, mereka membuat diri mereka percayai dan menyakinkan mereka adalah “orang bermasalah”, selalunya tidak cintai kehidupan, mengganggap kehidupan membebankan, biarkan diri membawa beban ini, seolah-olah tiada roh, hidup di satu sudut dunia…sudah tentu tidak akan rasa kehidupan bermakna!
Setiap peringkat susah tetapi tetap lalui, dunia tiada kegembiraan atau kesedihan selama-lamanya, sama sekali, tiada perkara yang tidak dapat diselesaikan! Tuhan mengurniakan kuasa kepada kita untuk berhadapan dengan semua kesukaran, bah kata pepatah: mesti ada cara menyelesai! Apabila berhadapan dengan halangan atau masalah dalam kehidupan, mesti mencari nasihat atau bantuan dengan positif, jangan menyusah payahkan sendiri, jangan bunuh diri.
Orang yang tidak puas hati mengejar kebendaan
Ada orang mengejar rupa baik bentuk badan baik di dunia; ada orang berharap boleh menjadi jutawan; ada satu almari baju, masih melihat baju dalam kaca yang belum dibeli; mengadu keputusan tidak cukup baik, rumah tidak cukup besar, isteri tidak cukup cantik, anak tidak cukup pandai…
Seorang yang tidak tahu puas hati selalunya bukan orang yang bergembira, mereka mungkin tidak kekurangan apa, tetapi masih terus mengejar lebih banyak, oleh itu, mereka sentiasa bimbang untuk ramai benda. Mengejar secara membutakan malah dipengaruhi, “ingin mempunyai” menjadi satu-satunya matlamat kehidupan, namun, akhirnya akan bertanya: “Saya hidup untuk apa?”
Nafsu dalam perkataan bahasa cina terdiri daripada “gunung”, “kurang”, dan “hati”. Manusia ada nafsu, hati manusia seperti gunung, sentiasa kurang, tidak dapat dipenuhi! Tabah kalau tiada nafsu, bergembira kalau puas hati! Manusia dicipta Tuhan, maka perlulah mendapat keamanan dan kegembiraan yang sebenar dari Tuhan.
Orang yang tiada harapan, tiada matlamat
Doktor Siboni (BernieSiegel) mendapati dia boleh meramalkan pesakit kanser yang bakal sembuh. Apabila dia tanya pesakit kanse: “Adakah kamu ingin hidup sampai seratus tahun?” Apabila pesakit menjawab: “Sudah tentu.” Orang sedemikian sering sembuh. Kehidupan orang sedemikian ada harapan, ada matlamat. Orang yang bunuh diri seringnya orang yang sihat tetapi kecewa terhadap kehidupan, mereka tiada matlamat hidup, tiada harapan, oleh itu memilih menamatkan nyawa mreka. Ada orang berkata: “Tragedi yang paling besar bukan kematian, tetapi hidup tanpa tujuan.”
Jika kamu juga hidup dalam kehidupan yang tiada matlamat, tidak tahu arah kehidupan, selepas melihat fasa ini, duduklah dan berfikir tentang soalan ini. Sudah pasti, apabila kita salah menetap tujuaan dan harapan, kehidupan kita akan menjadi susah.
Orang yang tidak mengenali Tuhan
Ada satu ayat dalam (Tujuan kehidupan) Tiada Tuhan, kehidupan tiada matlamat; tiada matlamat, kehidupan tiada makna; tiada makna, kehidupan tidak penting, tiada harapan. Orang yang tidak mengenali Tuhan sukar berkata “Kenapa saya perlu hidup?” Soalan ini baik, kerana dia tidak tahu kenapa dia dicipta! (Kitab) berkata Tuhan ada rancangan unik untuk setiap orang, orang tidak mengenali Tuhan, maka tidak tahu apa rancangan Tuhan untuknya!
Bagaimana boleh mengenali Tuhan? Yang pertama, perlu melalui doa menerima Yesus Kristus sebagai penyelamat dunia. Kamu boleh membuat doa ringkas di bawah: Ya Yesus, saya percayai kamu anak tunggal Tuhan, dan saya ingin menerima kamu sebagai penyelamat dalam hidup saya. Terima kasih kepada kamu kerana mengorbankan nyawa untuk saya, mengampuni dosa-dosa saya, agar saya ada harapan kekal. Tolong membantu saya, agar saya boleh lebih mengenali kamu, membimbing saya berjalan di jalan yang sepatutnya. Doa sedemikian, dalam nama Yesus Kristus, Amin.
Mencari makna kehidupan?
Cerita
Edison dan orang purba
Sejak Edison telah mencipta lampu, manusia tidak lagi hidup dalam kegelapan. Suatu hari, Edison tiba-tiba ingat tentang orang purba pada zaman batu. Lalu dia meminjam mesin masa dari Doraemon, mengambi cipta dia—lampu, balik ke zaman batu.

Kebetulan dia bertemu dengan beberapa orang purba yang mengelilingi beberapa keping daun, Edison memberi lampu kepada mereka, berkata: “Nah, lampu, untuk kamu!”, selepas cakap, terus balik dengan mesin masa. Memang perangai Edison aneh, sangat menghargai masa, tidak pernah bercakap perkataan lebih.

Orang purba rasa aneh, lampu ini untuk apa? Ada seorang menggigitnya, mulut berdarah; seorang menggunakannya sebagai bantal, kepala berdarah. Apakah benda ini? Tidak boleh makan tidak boleh tidur, tidak boleh digunakan untuk memburu binatang liar, untuk apa?

Hanya Edison tahu apa kegunaan lampu, hanya pencipta tahu makna kewujudan makhluk! Kalau memberi kamu satu ciptaan yang kamu tidak pernah lihat, kamu tidak akan tahu kegunaannya, benda itu juga tidak boleh memberitahu kamu, hanya penciptanya tahu kegunaannya.

Oleh itu, apabila manusia yang dicipta mencari erti hidup, jangan tanya orang, tanyalah Tuhan yang mencipta kita! Ya, kewujudan kita adalah kehendakan Tuhan, Tuhan mencipta kita, kita juga dicipta kerana Tuhan. Tuhan ingin kita menggunakan kehidupan kita untuk melakukan sesuatu! Seperti lampu yang dicipta tujuannya adalah menerangi manusia…

Tip: Kehidupan ramai orang tiada makna, kalau kita boleh membawa orang-orang ini mengenali Tuhan, mengenali makna kehidupan, agar orang-orang yang hidup tanpa makna menjadi orang yang menghargai kehidupan, hidup dengan kegembiraan, kan ini menjadikan kehidupan kita lebih bermakna? Jadi, cepatlah menyebarkan berita baik!

Membantu orang
Kalau kamu ada daya membantu orang, jangan menolak, hulurkan bantuan kepada orang yang memerlukan. Kalau kamu ada benda yang sedia ada, jangan memberitahu jiran: “Pergilah, datang esok, saya akan bagi kamu.” (Amsal 3:27-28)

Jika orang tahu perlu berbuat baik tetapi tidak melakukan, inilah dosa dia. (Jacob 4:17)


Jadi bagaimanakah kita perlu “hidup”?
Saya sangat gemar satu artikel yang dihantar oleh pembaca Jing: Pada satu malam, hujan lebat, seorang budak lelaki membawa paying, berjalan ke arah rumah. Dalam perjalanan, dia nampak seorang budak perempuan mencangkung dalam hujan. Ditiup angin dan hujan, budak perempuan menggeletar kerana kesejukan. Budak lelaki tanya Tuhan: “Ya Tuhan, kan Kamu kata kamu boleh digantung, penuh kasih sayang? Kenapa kamu biar perkara ini berlaku? Kenapa kamu tidak menjaga dia?”

Tuhan menjawab dengan kasih: “Ya, saya mencipta kamu!”

Adakah kamu memahami moral cerita itu? Tuhan membenarkan kita hidup di dunia ini kerana ada banyak tanggungjawab yang diberikan kepada kita, prihatin yng sebenar adalah melihat tanggungjawab kita di atas keperluan orang lain. Adakah kita telah lakukan? Biasanya kita meluangkan banyak masa untuk memikir kenapa orang hidup, tetapi telah terlepas peluang untuk membantu orang yang mermerlukan bantuan kita.

Memuliakan Tuhan
Kenara semuanya dari Tuhan, begantung kepada Tuhan, milik Tuhan, harap kemulian kepadaNya selama-lamanya, Amin. (Rom 11:36) Saya telah mendengar khotbah uru Yang sejak sepuluh tahun, selepas itu, saya akan tanya: “Apakah makna kehidupan?” Dia menjawab: “Memuliakan Tuhan.” Begitu senang? Ya, langit, tanah, bintang, bunga, rumput, pokok, segala yang dicipta memunjukkan kekuasaan Tuhan, Dia begitu hebat, penuh dengan bijaksana dan kasih sayang!

Kitab memberitahu kita bahawa Tuhan mah kita menyembah dia, memuliakan dia. Menyembah bukan sahaja menyanyi dalam gereja, berdoa sahaja, malah sanggup membiarkan Tuhan menggunakan kehidupan kita, agar badan kita menjadi alat kebenaran, memuliakan Tuhan.

Apakah Kamu mahu saya lakukan?
Kita patut sentiasa bertanya kepada Tuhan: “Ya Tuhan, atas perkara ini, apaka yang kamu mahu saya lakukan?” Kita mesti mengikut kehendakan Tuhan, menghabiskan kerja kita. Tuhan menetapkan orang berbeza di tempat yang berbeza agar kita boleh membuat kerja yang disuruh di tempat yang bebeza!

Ada seorang pemimpin gereja tidak disukai ahli-ahli gereja, sikap tidak baik, terlalu konservatif, malah kecil hati, tetapi dia hamba yang taat kepada Tuhan, hanya dia lemah di sifat. Ahli-ahli gereja selalunya berkumpul dan menentang dia, kalau kamu salah satu ahli gereja, mungkin kamu juga akan tidak akan bersetuju dengan perlakuannya, apakah yang kamu akan lakukan? Sebenarnya, jangan tanya diri sendiri: “Apakah yang saya ingn lakukan?” Tetapi perlu tanya Tuhan: “Ya Tuhan! Apakah yang kamu mahu saya lakukan atas perkara ini?” Mungkin Tuhan mahu kamu menjadi orang yang membantu membaiki hubungan pemimpin dan ahli gereja? Siapa tahu?

Manusia mahu mencari makna kehidupan, kalau hanya mengangkat tangannya, mencari dari atas tangan ke bawah tangan, tentunya tidak dapat mencari apa-apa. Kalau kita menghargai kehidupan, membantu orang sedaya upaya, membawa kegembiraan dan harapan kepada orang sekeliling, menggunakan kebolehan kita memanfaat masyarakat, inilah kehidupan yang bermakna.

“Kita masih perlu hidup, tidak kira memilih memandang makna kehidupan dengan sikap positif atau negatif. Jadi kenapa kita tidak hidup dengan lebih gembira?” Inilah perkataan saya kepada remaja yang rasa kehidupan tiada makna.

Sumber:The Youth Way Fasa 78