Peria

Seorang pakar yang berpendidikan tinggi memberi peluang kepada murid-murid mudanya belajar untuk mengikuti dia keluar ke tempat-tempat lain untuk meluaskan ilmu dan pengetahuan, pakar tersebut mengambil sebatang peria dan berkata kepada murid-muridnya, “Bawakan sebatang peria bersama dengan kamu, jangan lupa untuk rendamkan peria dalam setiap batang sungai yang kamu lalui, dan membawanya ke pelbagai tempat menarik yang kamu pergi, supaya peria ini boleh jadi luar biasa.”
Murid-muridnya menyeberangi banyak sungai, dan pergi ke tempat-tempat menarik, dan mengikuti arahan dan ajaran yang diberikan oleh pakar. Selepas pulang, mereka menyerahkan peria tersebut kepada pakar, pakar menyuruh mereka memasak peria itu sebagai hidangan makan malam.
Semasa makan malam, pakar itu makan sekunyah dan berkata dengan sesungguhnya: “Peliknya! Selepas melalui begitu banyak gunung, direndam dalam begitu banyak sungai, pernah pergi banyak monumen, tetapi semua ini tidak memaniskan peria.” Murid-murid mendengar, sesetengah daripada mereka sudah faham dengan serta-merta.
Ini benar-benar ajaran yang menyentuh hati. Peria asalnya pahit, rasanya tidak akan berubah disebabkan oleh gunung-ganang dan sungai-sungai, tempat bersejarah. Bagi orang yang tidak makan peria, dia tidak akan tahu peria itu pahit. Biasanya, kalau orang sudah bersedia mengalami kepahitan semasa makan peria, suap pertama akan rasa pahit, tetapi suap kedua dan ketiga tidak akan rasa begitu pahit lagi.
Dalam kehidupan kita pun seharusnya sedemikian, bukan mengharapkan peria menjadi manis, tetapi mengenali kepahitan asli peria, baru boleh ada sikap yang bijaksana. Bukan mengharapkan peria menjadi manis, tetapi memahami dan mengalami isi sebenar peria adalah pahit, ini adalah realiti dan kebenaran untuk peria. Menjadikan peria manis? Itu hanya khayalan kita sahaja. Hanya kita berhadapan dengan perkara yang sebenar dan wajab, barulah kita dapat memahami, kita haruslah menghadapi segala perkara dengan segera dan cuba menyelesaikannya, barulah mampu menyelesaikan dan mengendalikannya.
Kehidupan yang sempurna bukannya seumur hidup tanpa mengalami kepahitan, tetapi pernah mengalami dan merasai kepahitan dan kecintaan. Ini barulah kehidupan yang sebenar!