Kekeliruan dalam membezakan percintaan dan persahabatan

        Kadang kala kita memang keliru antara percintaan dengan persahabatan. Apakah itu percintaan? Apakah itu persahabatan? Apakah bezanya antara perasaan menghayati, menyukai dan mencintai? Bagaimana saya boleh pastikan dialah orang yang ditakdirkan dengan saya? Saya kena mencari jawapan ini dari mana memandangkan jawapannya saya tidak dapat cari jawapan dari buku di sekolah, dan tiada bimbingan dari guru-guru dan juga ibu bapa.

        Kawan-kawan, adakah ini suara hati anda? Dia seorang yang agak baik, bolehkah saya menjalinkan hubungan yang lebih lanjut dengannya? Siapakah yang boleh saya minta pendapat? Dan siapakah boleh beri jawapan yang paling baik kepada saya?

Perasaan cinta terdiri daripada sembilan jenis perasaan hati

Terdapat sebilangan orang mengatakan bahawa perasaan cinta adalah terdiri daripada Sembilan jenis perasaan hati yang berlainan.

  1. Perasaan hati pertama ialah perasaan cantik 
    Biasanya, kita akan berasa kekasih kita adalah orang yang paling cantik. Oleh yang demikian, anda akan rasa kekasih anda adalah orang yang paling cantik dan comel walaupun ini bukan hakikatnya. Manakala bagi anda, kekasih anda adalah orang yang paling cantik dan comel dalam dunia anda dan tiada seseorang pun yang dapat dibandingkan dengannya.
  2. Perasaan hati kedua ialah perasaan kasih sayang
    Apabila anda mencintai seseorang, anda akan berasa amat mesra dengan dia.Anda akan berasa sangat selesa dan harmoni semasa bersama dengannya. Anda boeh percaya dan berharap kepada dia. Dia serapat seperti ahli keluarga malahan lebih rapat lagi daripada ahli keluarga anda. Anda akan berasa amat lega dan harmoni dan inilah perasaan kasih sayang. Dalam dunia percintaan, dia sanggup menerima semua kekurangan anda
  3. Perasaan hati ketiga ialah perasaan hormat-menghormati
    Untuk menjalinkan perhubungan cinta yang sihat dengan kekasih anda, anda harus selalu berasa bangga deminya. Anda akan menghargai kekasih anda tanpa kira dari aspek luaran atau dalamannya dan juga kelebihannya. Di samping ini, anda juga berasa dihayati dan dihargai olehnya. Anda akan menghayati kebolehan dan bakatnya tanpa mengira dia mengalami kejayaan atau kegagalan.
  4. Perasaan hati keempat ialah perasaan memuji
    Apabila anda mencintai seseorang, anda akan selalu memujinya, dan ini bukan hanya menghayati atau memuji sebarangan sahaja, anda akan mengambil kesempatan memujinya di hadapan orang lain walaupun dia tiada di sana ada masa itu, walaupun perkara yang dia buat untuk kamu hanya perkara kecil seperti memasak semangkuk mi untuk anda sahaja. Yang paling penting, anda akan berasa gembira dan seronok semasa memuji kekasih anda.
  5. Perasaan hati kelima ialah harga diri
    Hubungan cinta dapat meningkatkan harga diri seseorang dan anda akan berasa kehidupan menjadi semakin bermakna. Ini adalah kerana anda akan berasa anda adalah seseorang yang istimewa dalam dunia ini dalam satu hubungan cinta. Walaupun anda juga mempunyai kelebihan dan kekurangan tetapi anda akan merasai keistimewaan anda apabila dihormati dan dihargai oleh orang lain, hidup anda akan menjadi semakin bermakna dalam keadaan ini.
  6. Perasaan hati keenam ialah posesif
    Cinta adalah eksklusif sebenar-benarnya, iaitu sejenis hubungan intim antara lelaki dan wanita yang tidak boleh berkongsi dengan orang lain. Oleh itu, apabila satu hubungan cinta melangkah dari ketidakpastian ke arah kestabilan, perkahwinan adalah diperlukan untuk melanjutkan hubungan ini. Jadi kita akan memberi perjanjian di antara satu sama lain semasa berkahwin. Dalam hubungan cinta, kesetiaan selalu terjamin adalah diperlukan.
  7. Perasaan hati ketujuh ialah kebebasan pergerakan
    Kebebasan pergerakan adalah diperlukan dalam satu hubungan cinta kerana ini menunjukkan anda menghormati kekasih anda dan ini tidak akan menjejaskan hubungan cinta di antara satu sama lain. Walaupun orang yang suka bertindak mengikut perasaan semasa adalah mudah menjadikan orang lain berasa risau dan marah demi mereka, batasan dan ikatan adalah tidak berkesan bagi mereka ini, manakala sekiranya anda memberi kebebasan dan ruang kepadanya, mereka tetap akan balik ke sisi anda kemudian itu.
  8. Perasaan hati kelapan ialah perasaan simpati
    Ramai orang akan berasa sayang dan simpati kepada orang yang mereka cintai dan selalu bertimbang rasa kepada mereka. Apabila orang yang kita cintai menghadapi sebarang rintangan, kita akan sanggup menanggung kesusahan dan penderitaan mereka dan meletak- kan diri dalam kesusahan ini malahan kesusahan diri. Ini sebab kita sanggup mengorbankan kebaikan diri demi mereka dalam satu hubungan cinta.
  9. Perasaan hati kesembilan ialah dorongan seksual fisiologi
    Apabila kita mencintai atau berminat kepada seseorang, kita ingin mempunyai sentuhan fizikal di antara satu sama lain. Keinginan ini adalah sentiasa ada dalam kehidupan cinta sebenar. Dorongan seksual bukan sahaja merujuk kepada tingkah laku sahaja, ia juga merangkumi sentuhan fizikal intim yang lain seperti memegang tangan, memeluk. Perasaan ini akan wujud dalam hati anda selama-lamanya.

        Apakah itu persahabatan? Saya percaya bahawa semua orang pernah memilik sahabat dan juga pernah kehilangan sahabat. Sebab kehilangan persahabatan adalah amat senang iaitu kita tidak memahami erti persahatan sebenar.

        Persahabatan adalah satu hubungan yang terbina di antara seseorang dengan orang lain setelah berada bersama dalam satu tempoh masa. Ia terbina atas dasar kepercayaan antara satu sama lain. Setiap orang memerlukan kawan dan kita boleh memilih kawan sesuka hati, iaitu bergantung kepada keserasian perangai dan sikap anda dengannya, adakah anda dapat menjalinkan hubungan yang mesra dengannya? Untuk membina satu hubungan persahabatan, kita perlu menunjukkan keikhlasan. Hubungan persahabatan yang baik adalah seperti bibir dengan gigi , iaitu tidak dapat dipisahkan dan dirobohkan semudah-mudahnya. Manakalanya, kadang kala perselisihan faham juga akan wujud dalam satu hubungan persahabatan tetapi ia dapat diselesaikan sekiranya anda sanggup memahami dan bertoleransi dengan kawan anda, dan hubungan persahabatan ini juga akan menjadi semakin kukuh.

        Dalam persahabatan yang sebenar, tidak akan wujud perasaan cemburu terhadap kawan anda, anda seharusnya menghayati kejayaan kawan anda apabila dia berjaya dalam kehidupan. Ini sebab perasaan cemburu akan menyinggung perasaan kawan anda dan akhirnya anda akan hilang kawan ini. Semasa kawan anda memerlukan bantuan, anda perlu memikul kesusahan bersama dengan kawan anda dan membantunya mengatasi batasan psikologi sebaik-baiknya. Semasa anda membantu kawan anda dalam aspek pembelajaran, anda perlu menganggap ia sebagai setu kewajipan dan tanggungjawab anda di samping tidak memandang rendah kepada mereka dan juga tidak bimbang kawan-kawan anda akan lebih Berjaya daripada anda. Persahabatan yang sebenar adalah satu hubungan saling bantu-membantu, saling belajar dan Berjaya bersama. Anda boleh meluahkan perasaan hati kepada kawan, saling berkongsi kesusahan dan pengalaman hidup dengan kawan dan ini menunjukkan anda menghargai persahabatan ini. Kehidupan yang penuh dengan rintangan dan cabaran akan menjadi lebih seronok sekiranya anda memiliki kawan seperti ini. Ini membuktikan persahabatan memainkan peranan yang penting dalam hidup kita.

        Kita memerlukan kawan kerana setiap orang mempunyai kelemahan dan kekurangan diri dan kita akan berasa sunyi apabila kekurangan kawan. Persahabatan memberi semangat dan kedayaan kepda kita, kita akan menjadi berani dalam keadaan lemah apabila kawan kita memberi sokongan kepada kita, kita akan berasa disokong apabila berasa tertekan dalam hidup, kita akan mendapat semangat dan daya dalam menilai diri-sendiri apabila kita melakukan kesalahan. Persahabatan yang sebenar tidak akan memberi pengaruh buruk kepada kita iaitu memberi kebebasan yang melampau kepda diri manakala ia akan membantu kita mendapati kelemahan dan kesilapan sendiri daripada pemahaman kawan kita. Persahabatan membantu kita membuat pilihan yang wajar apabila kita berada dalam ketidakpastian dan keraguan. Justeru ini, persahabatan adalah amat bernilai tinggi dan setiap orang perlu menghargainya.

Bagaimana membezakan persahabatan dengan percintaan?

        Tarikan antara jantina yang berlainan sememangnya fenomena yang semula jadi. Persahabatan antara pemuda-pemudi juga senang berubah menjadi percintaan. Kedua-dua persahabatan dan percintaan adalah bernilai. Persahabatan yang baik memberi manfaat kepada manusia sepanjang umur. Namun, jika persahabatan berubah menjadi percintaan yang kurang matang dan kurang bijak; ia bukan sahaja memusnahkan persahabatan maka menyebabkan parut dalam hati seseorang selama-lamanya.

Ciri-ciri persahabatan dan percintaan:

  • Persahabatan merangkumi hobi yang sama, saling mempercayai antara satu sama lain, hormat-menghormati, bantu-membantu, saling berkongsi pahit dan manis, saling memahami dan boleh bergaul mesra.
  • Percintaan pula memiliki tarikan yang kuat antara satu sama lain dan keinginan untuk mendekati sesama sendiri.

Persahabatan tidak semestinya akan dinaik taraf menjadi percintaan, namum percintaan yang kukuh mesti didasari dengan persahabatan.

Perbezaan Antara Persahabatan Dengan Percintaan

PersahabatanPercintaan
Setia kawanSetia cinta
KeadilanKeikhlasan
Boleh berlaku antara dua atau lebih individuTerhad kepada dua orang individu sahaja
Boleh berlaku antara individu yang sama atau lain jantinaHanya berlaku antara jantina yang berlainan
Bermula daripada kawan kepada teman sejatiBermula daripada percintaan kepada perkahwinan
Melaksanakan kewajipan sebagai seorang kawanMelebihi tanggungjawab dan kewajipan
Mempunyai minat dan kecendurangan yang sama

Merangkumi gabungan daripada aspek fizikal, mental, minat dan kecenderungan


        Terlebih dahulu, kita mesti memahami perbezaan antara jantina yang berlainan—Lelaki dan perempuan mempunyai banyak perbezaan dari aspek tingkah laku dan cara mereka menunjukkan perasaan mereka. Bagi golongan lelaki, mungkin berpendapat bahawa memegang tangan perempuan untuk melintasi jalan raya, mengiringi dia untuk balik ke rumah, menepuk bahunya, berbual-bual dengannya dan berinteraksi antara satu sama lain, adalah perkara yang biasa dan tidak semestinya kerana ingin memikatnya. Namun, kebanyakan golongan wanita di timur masih lagi berfikiran tradisional dan berpendapat bahawa lelaki dan perempuan seharusnya tiada sentuhan fizikal antara satu sama lain, tidak membiarkan lelaki untuk memegang tangan dan menyentuh tubuhnya sebarangan, terutamanya berbual-bual dengan lelaki secara bersendirian akan menimbulkan banyak fikiran yang tidak sepatutnya. Bagi segelintir lelaki yang berfikiran tradisional juga berpendapat bahawa sikap yang terlalu terbuka senang menimbulkan salah faham antara satu sama lain. Kini, perbezaan yang semakin ketara berlaku dalam menunjukkan perasaan setiap individu. Oleh itu, bertenang merupakan kaedah yang terbaik. Jangan sesekali senang jatuh cinta kepada seseorang, jika satu pihak tidak memberitahu dan menunjukkan keinginannya yang kuat untuk memikat, seharusnya kita mengekalkan hubungan setakat persahabatan sahaja, elakkan sendiri daripada keadaan cinta sehala.

        Seterusnya, kita harus mempelajari untuk mengenali seseorang secara lebih mendalam dari segi latar belakang, tabiat, sikap dan cara dia melayan orang lain. Jika terdapat peluang untuk berinteraksi dengannya secara individu, tambahan pula dia mendekati dengan imej pasangan impian kita, maka adalah senang mewujudkan hubungan yang diimpikan, menyebabkan seseorang itu kehilangan rasional dan jatuh dalam perangkap cinta sehala. Apabila menyedari keadaan sebenar yang bertentangan dengan impian, bukan sahaja perasaan yang tersinggung, kita juga mungkin kehilangan seorang kawan karib. Oleh yang demikian, jika mendapati kita jatuh cinta kepada seseorang, lebih baik kita bertenang terlebih dahulu.Cuba memahami dan mengetahui cara dia bergaul dengan orang lain, cara dia bertutur, latar belakangnya dan lain-lain lagi. Cubalah sedaya upaya untuk mengenal pasti tingkah lakunya yang sebenar apabila berada dalam khalayak ramai. Dengan itu, kita boleh menghindari diri daripada penderitaan cinta.

        Kita juga harus bijak mengenal pasti perbezaan yang ketara antara persahabatan dan percintaan. Mempunyai topik perbualan yang sama, bekerja bersama-sama, mempunyai hobi dan minat yang hampir sama dan lain-lain, adalah syarat yang baik untuk mewujudkan percintaan. Namun, kita tidak seharusnya mengabaikan bahawa ciri-ciri tersebut juga menjadi kehendak asas kepada persahabatan. Percintaan bukan sahaja memiliki ciri-ciri tersebut, ia mesti wujudnya perasaan “cinta”. Berpendapat bahawa dia merupakan individu yang terbaik, tidak dapat tidur lena deminya, merinduinya sepanjang hari, akhirnya memberanikan sendiri untuk meluahkan perasaan sendiri kepadanya. Melainkan dia telah meluahkan perasaan sendiri secara jelas, jika tidak, janganlah berfikir terlalu banyak sampai menyusahkan diri.

Had antara Persahabatan dan Percintaan

Dalam persahabatan, 1 individu + 1 individu = Dua dunia yang berlainan 

Dalam percintaan, 1 individu + 1 individu = Satu dunia yang sama

Rindu sekali-sekala ialah persahabatan

Rindu sepanjang masa ialah percintaan

        Perbezaan yang ketara antara persahabatan dan percintaan ialah kadar kekerapan perjumpaan, isi kandungan perbualan dan jarak antara dua pihak apabila berbual. Apabila masih berada pada tahap persahabatan, biasanya hanya berjumpa sekali setiap tiga bulan. Topik perbualan juga kebanyakan berkaitan dengan perkara yang rutin dan tidak penting, tambahan pula jarak semasa berbual biasanya sejauh sebuah meja. Tanpa penerangan lanjut, anda sudah tahu betapa mesra dan rapatnya jarak antara sepasangan teman lelaki dan perempuan yang tengah bercinta-cintaan.

        Persahabatan sebenarnya tidak boleh merebut apa-apa daripada percintaan. Dasar dan asas untuk persahabatan adalah saling memahami dan bertimbang rasa, ia setakat menghayati tetapi bukan berkeinginan untuk memiliki. Seseorang individu mungkin mempunyai ramai kawan dalam masa yang sama. Sebaliknya, percintaan merupakan hubungan yang paling rapat. Saling bermaafan dan mencintai adalah jaminan kepada satu percintaan yang kukuh. Percintaan, adalah saling memiliki antara satu sama lain di samping beranggapan bahawa teman lelaki atau wanita merupakan satu-satunya teman cinta kita. Seseorang individu tidak boleh memiliki lebih daripada satu percintaan pada masa yang sama.

Persahabatan dan Percintaan

        Persahabatan ialah hubungan antara kawan dan ia tidak terhad kepada jantina serta umur. Percintaan pula adalah hubungan antara sepasang lelaki dan perempuan. Ia mesti berlaku antara jantina yang berlainan. Persahabatan adalah sejenis gerak hati dan intuisi; manakala percintaan adalah sejenis kasih sayang dan perasaan. Persahabatan memerlukan keaslian, manakala percintaan memerlukan ketenangan hati. Persahabatan memerlukan keteguhan manakala percintaan adalah bernilai. Persahabatan adalah perkara yang mudah manakala percintaan adalah perkara yang kompleks.

Persahabatan adalah menghormati minat, hobi, tingkah laku dan budaya kawan kita, manakala percintaan adalah menyukai dan sujud kepada wajah, ciri-ciri peribadi, penampilan, perangai, sikap dan lain-lain sifat yang ada pada pasangan kita. Persahabatan bersifat umum, terbuka dan boleh menerima ramai sahabat yang berlainan jantina dalam masa yang sama, manakala percintaan bersifat peribadi, eksklusif dan merupakan perhubungan suci yang tidak boleh dikongsi dengan orang lain.

        Kerinduan terhadap kawan mungkin memberi dorongan kepada anda untuk melakukan sesuatu, namun dorongan ini adalah bersifat tenang, sementara dan tidak akan memberi pengaruh yang mendalam kepada kehidupan dan mental serta emosi anda. Namun, kerinduan terhadap teman anda akan memberi dorongan yang kuat dan kekal dalam diri anda sehingga anda tidur tak lena, makan tak berselera seterusnya menyebabkan anda berasa hidup adalah tidak bermakna tanpa teman tersebut. Apabila menghadapi ancaman, kawan anda mungkin akan menjerit nama anda dengan kuat supaya anda dapat mengelakkan diri daripada bahaya. Namun, teman anda akan berlari menuju ke arah anda dan melindungi anda dengan tubuhnya sendiri supaya anda tidak mengalami sebarang kecederaan.

        Apabila anda mengalami kecederaan dalam persahabatan, anda akan meninggalkan situasi tersebut tanpa mengambil peduli kawan anda. Namun, apabila anda mengalami kecederaan dalam percintaan, anda akan menunggu peluang untuk sembuh dalam percintaan walaupun menitis air mata dalam hati. Apabila kawan anda memantau ke tempat lain, anda akan menghantarnya dengan hati yang gembira dan berdoa supaya Tuhan memberkatinya sepanjang perjalanan. Namun, apabila teman anda meninggalkan anda, anda akan berasa berat hati dan berharap bahawa dia tidak akan melupakan anda.

        Persahabatan adalah apabila berjalan dengan memeluk pinggang, akan berasa kurang selesa dan memualkan, manakala dalam percintaan ia adalah tindakan yang menunjukkan bahawa pasangan tersebut mempunyai hubungan yang mesra. Persahabatan adalah tidak mengira kekuatan suara kawan apabila bercakap. Dalam percintaan pula, pasangan akan selalu bercakap dan bertindak secara lemah-lembut supaya tidak mengejutkan teman. Bagi persahabatan, tidak akan mengambil kisah walaupun tiga tahun tidak bertemu antara satu sama lain. Namum bagi percintaan, akan berasa terseksa jika tidak bertemu walaupun sehari sahaja. Dalam persahabatan, akan berdebat antara satu sama lain untuk sesuatu perkara demi kebenaran sendiri, manakala dalam percintaan, selalu berharap boleh berbaik-baik dengan pasangan sepanjang masa dan selalu berpendapat ia adalah benar. Kita boleh memaklum secara kuat bahawa kita ada ramai kawan, namun dalam percintaan, kita hanya boleh bercakap “I have only you”. Kita memberi berkat kepada kawan dengan hati yang gembira tetapi menangis kerinduan dalam percintaan.

        Persahabatan adalah ikhlas dan tulus hati; percintaan akan menggemparkan dan menyentuh hati. Sahabat yang baik susah didapati, percintaan pula amatlah berharga. Persahabatan boleh bersifat jangka pendek atau panjang. Apabila tamatnya sesuatu persahabatan tidak memberi kesan negatif yang teruk kepada kita. Percintaan adalah bersifat jangka panjang dan pasangan yang bercinta selalu mengharapkan percintaan mereka boleh kekal selama-lamanya seperti berlian. Percintaan akan membawa kesan negatif yang teruk dan mungkin menyebabkan kecederaan yang parah dalam hati kita buat selama-lamanya.

        Persahabatan diibaratkan lautan, lebih setitis tidak akan meluaskannya, kurang setitis pun tidak akan mencetekkannya. Percintaan pula diumpamakan sebagai matahari, lebih satu akan berasa terlalu terik, kurang satu pula terlalu sejuk. Persahabatan dapat diwujudkan sehari demi sehari, jika kita kehilangan seorang sahabat pada hari ini, boleh kita dapatkannya dari tempat atau pihak lain pada keesokan hari. Percintaan pula mengambil kira ketepatan waktu. Jika kehilangan percintaan pada hari ini, mungkin kita akan kehilangan peluang bercinta sepanjang hayat.

        Tiang untuk menyokong persahabatan adalah saling memahami antara satu sama lain. Namun dasar dan asas kepada percintaan adalah kasih sayang. Dalam persahabatan, semua sahabat adalah sama taraf, manakala dalam percintaan ia adalah sejiwa sehati. Persahabatan bersifat terbuka, manakala percintaan bersifat tertutup. Dasar kepada persahabatan adalah saling mempercayai. Bagi percintaan, ia selalu bersifat rumit dan kompleks. Kita boleh menyelesaikan masalah antara sahabat secara rasional, namun percintaan selalu tamat disebabkan masalah yang berbelit-belit.

        Apabila bersama dengan kawan, anda akan selalu bertengkar dengannya manakala apabila bersama dengan teman cinta, anda sanggup berkorban deminya. Anda berharap kawan boleh menghubungi anda pada bila-bila masa. Namun anda berharap boleh menghubungi teman anda pada setiap masa. Kepercayaan dalam kalangan persahabatan akan semakin meningkat apabila anda memiliki minat yang sama antara satu sama lain dan kekerapan anda bergaul bersama. Percintaan pula adalah kekal selama-lamanya dan tidak akan berubah dalam apa jua keadaan dan kedudukan.

        Dalam kehidupan seharian, kita mesti bijak membezakan persahabatan dengan percintaan. Ini membolehkan kita menyayangi orang lain dengan lebih mendalam dan lebih ikhlas dan memperkaya persahabatan kita supaya kekal lebih lama.

Sumber daripada: http://article.hongxiu.com/a/2006-6-29/1320688.shtml

Bilakah persahabatan sesuai dinaiktaraf menjadi percintaan?

Adakah saya boleh mula bergaul dengan teman berlainan jantina? Ini bergantung kepada tahap kematangan, umur dan peluang seseorang.

  1. Tahap kematangan
    -> Aspek fizikal – Mencapai kematangan selepas akil baligh
    -> Aspek mental – Ciri-ciri seorang yang matang termasuk:
        > tidak mementingkan diri sendiri dan selalu berempati terhadap orang lain
        > mempunyai emosi yang stabil dan tidak selalu mengadu
        > Berdikari, boleh membuat pertimbangan dan keputusan secara rasional dan bersifat fleksibel.
  2. Umur (Adakah saya mencapai umur yang boleh bercinta-cintaan?) Contohnya:
    -> Sudah mencapai umur dewasa, tetapi masih belum matang dari segi mental. Walaupun demikian, masih boleh mencuba untuk bercinta. Ini kerana fikiran kita akan semakin berkembang dan menjadi semakin matang menerusi pergaulan yang mantap.
    -> Walaupun matang dari segi mental tetapi umur masih muda tidak seharusnya untuk bercinta, sebaliknya harus menumpukan lebih perhatian dalam pelajaran demi masa hadapan mereka.

Berapakah sepatutnya jarak tempoh Bercinta dengan Berkahwin?

        Sebelum berkahwin, sepasang lekaki dan perempuan amat memerlukan suatu tempoh masa untuk bercinta supaya saling mengenali, memahami serta mempertimbangkan persoalan sama ada mereka saling bersesuaian ataupun tidak. Di samping itu, ini dapat mengukuhkan perhubungan antara satu sama lain demi kehidupan perkahwinan pada masa akan datang. Tempoh percintaan sebenarnya tidak semestinya terhad kepada tempoh panjang atau singkat. Jika kedua-dua mereka telah cukup matang dan telah membuat persediaan rapi, maka mereka boleh membuat keputusan untuk berkahwin dalam tempoh setahun. Oleh itu, janganlah bermula terlalu awal untuk bercinta kerana perasaan bercinta untuk tempoh yang lama tidak semestinya baik.

Adakah bercinta dengan seseorang bermaksud mesti berkahwin dengannya?

        Pada asasnya, kita harus berwaspada dan memandang berat kepada persoalan bercinta. Jika telah membuat keputusan untuk bercinta dengan seseorang secara individu, pastilah kita berhasrat bahawa dialah pasangan hidup kita pada masa depan. Dengan bercinta dengannya, kita semakin mengenali dan memahaminya. Jika didapati teman kita terdapat sifat yang tidak dapat diterima maka masih boleh memilih untuk berpisah dengannya, inilah sikap yang matang. Oleh itu, janganlah terlalu awal mengadakan hubungan fizikal dengannya dan janganlah memberi apa-apa janji kepadanya pada permulaan supaya tidak akan menyebabkan kecederaan kepada kedua-dua anda jika anda berpisah suatu hari nanti. Di samping itu, kita mesti mengelakkan amalan yang salah seperti:

  1. "main-main sahaja": berpendapat bahawa masih muda lagi dan tidak seharusnya berfikir tentang persoalan berkahwin, ataupun berpendapat bahawa cukuplah jika dapat menggembirakan kedua-dua kita.
  2. "Oh, Tuhan! Pastilah dia!": Perkahwinan seharusnya bersifat dua hala, jangan bercinta sehala sahaja, ambillah masa untuk mengenali dengan mendalam tentangnnya dan jangan terlalu cepat membuat keputusan.

Sumber daripada: http://article.hongxiu.com/a/2006-6-29/1320688.shtml


Kesimpulan

        Sahabat boleh dibahagi kepada beberapa peringkat, contohnya sahabat yang hanya dikenali namanya, sahabat yang mempunyai pengalaman yang sama dengan kita, dan sahabat yang mempunyai minat yang sama dengan kita. Sahabat sebegini boleh juga dikenali sebagai sahabat biasa. Kadang-kala, kita juga akan berpeluang mengenali sahabat sejiwa dalam kehidupan kita. Sahabat ini boleh mengetahui apa yang kita rasa dan apa yang kita fikir walaupun kita tidak menerang banyak dengannya. Sahabat sebegini dikenali sebagai teman sejati. Kita seharusnya mempelajari cara berkawan, mengetahui sahabat mempunyai pelbagai peringkatnya, dan menyedari bahawa berkenalan dengan teman sejati adalah perkara yang mulia dan penting dalam kehidupan kita. Menurut Louis, apabila dua individu yang bercinta berada bersama, mereka selalu bersemuka antara satu sama lain. Namun, apabila dua individu yang digelar sahabat sejati berada bersama, mereka selalu berganding bahu. Oleh itu, haruslah kita menyedari bahawa sahabat yang tidak dapat berganding bahu dengan kita adalah susah untuk menjadi teman percintaan kita. Untuk bercinta dan menjadi teman hidup, mestilah mempunyai hubungan yang berasaskan persahabatan yang kukuh. Lama-kelamaan, anda akan mendapati bahawa dalam kalangan sahabat anda, terdapat perhubungan persahabatan yang akan menjadi satu tarikan istimewa yang mengatasi tarikan persahabatan kepada anda, akhirnya ia akan berkembang menjadi percintaan.