Atlet Enggan Mengkhianati Nama Baik

Saya berani mengatakan bahawa kita sudah biasa melihat kanta iklan bintang sukan. Kita pun sentiasa berfikir bahawa orang yang ternama dalam dunia sukan sudah tentu akan mengiklanan barangan sukan. Tanpa disedari kita juga akan bertanya, mana ada seorang atlet yang tidak mahu pengiklanan?
Baru-baru ini, di Australia, terdapat seorang bintang sukan yang istimewa, namanya adalah Mark Taylor, adalah pemain hoki yang paling terkenal di Australia.Kita boleh mengelar beliau Michael Jordan Australia, namun dia tidak pernah membuat pengiklanan untuk pengeluar kasut atas alasan dia tidak mahu menjual kasut yang tidak mampu dibeli oleh anak-anak.
Yang paling menarik, bekas pemain hoki dunia,Brackman pernah mencapai pukulan sebanyak tiga ratus tiga puluh empat kali, tempoh hari, Mark Taylor telah memecahkan rekod yang sama dengan Brackman. Namun begitu, beliau segera mengumumkan persaraan beliau.
Walaupun beliau memberikan sebab untuk menambahkan masa untuk menemani keluarganya, tetapi sikap rendah dirinya jelas kelihatan, semua orang tahu bahawa dia tidak mahu melampaui yang lain, mencapai rekod yang sama sudah mencukupi.
Walaupun Mark Taylor tidak mengiklan untuk pengeluar kasut, tetapi dia bersedia untuk reputasi beliau dalam aktiviti perkhidmatan awam, kerana dia adalah tokoh yang disenangi oleh kanak-kanak Australia. Beliau sering melawat kanak-kanak yang sakit tenat di hospital, disebabkan penampilan beliau, akan membawa banyak kebahagiaan kepada mereka.
Atlet sebegini tidak mempunyai pendapatan yang tinggi, hidupnya adalah sangat biasa, nampaknya kerana dia tidak mahu mengkhianati reputasi sendiri, jika dia sanggup untuk menjual imej dan nama baiknya, sudah pasti dia boleh menjadi kaya.
Dunia kita mempunyai tabiat memuja atlet popular, kebanyakan atlet muda juga mempunyai imej yang baik, malangnya, atlet serta-merta menggunakan imej yang baik itu untuk mengaut keuntungan. Ramai atlet tahu bahawa komoditi yang mahal tidak mempunyai apa-apa makna yang sebenar, dan akan membawa keluarga berpendapatan rendah pergolakan, tetapi mereka masih banyak sekali untuk mengiklankan.Tindakan mengiklan dengan menggunakan imej yang baik mereka bukan setakat bintang sukan, industri-industri lain juga mempunyai fenomena sebegini.
Masyarakat umum memang percaya akan kata-kata dalam iklan yang ditayangkan oleh orang yang mempunyai imej yang baik. Peniaga juga menggunakan strategi psikologi ini untuk melariskan barangan mereka. Secara logiknya, kita harus merasakan bahawa terdapat masalah. Walau bagaimanapun, mencari orang yang berimej baik mengiklan jelas berkesan, jika tidak, kita tidak akan melihat mereka dalam pemasaran kopi.
Saya percaya bahawa tak kira sesiapa yang mempunyai imej baik, berulang kali pengiklanan, keberkesanan imej beliau pun tidak semestinya baik kerana pada akhirnya orang ramai juga akan berasa pelik, mengapa beliau hari ini menjual telefon bimbit dan esok pula menjual mi segera.Bukan sahaja imej beliau akan terjejas, keberkesanan barangan yang dipromosinya akan didiskaunkan secara beransur-ansur.
Kita tidak harus semata-mata untuk wang menyebabkan imej kita terjejas. Kita harus menghargai imej baik kita, jangan pula menjual imej seperti pedagang barangan.
Pada masa yang sama, kita seharusnya mengambil kesempatan daripada imej yang baik untuk melakukan aktiviti perkhidmatan awam.
Mark Taylor ke hospital berkenaan untuk melawat seorang kanak-kanak yang sakit tenat adalah tingkah laku yang boleh kita belajar. Jika anda tidak boleh berbuat demikian, orang yang mempunyai imej baik sekurang-kurangnya perlu melakukan iklan perkhidmatan awam.
Baru-baru ini, saya sering melihat di televisyen ada pihak remaja kumpulan mengiklan untuk badan kebajikan awam. setiap saat, hati saya tersentuh,dan berbangga terhadap mereka kerana selagi mereka muncul, badan kebajikan awam itu akan mampu menerima dermaan wang yang banyak. Kadang-kala, saya juga ingin membuat pungutan derma untuk badan kebajikan awam,namun siapa yang sanggup menderma wang apabila terlihat orang tua seperti saya?
Kadang-kadang kita berasa kecewa, dan menyoal kenapa dunia telah menjadi begitu kesat?
Selepas melihat cerita Mark Taylor, kita akan berasa baik sedikit kerana di dunia ini masih terdapat beberapa orang yang tidak mahu mengkhianati imej mereka sendiri. Bagi diri mereka, imej yang baik adalah bukan untuk dijual.