Tanda lahir

Lewat malam, seorang budak kecil yang bernama Yusuf mengeluarkan salib dari beg kotornya, mencium Yesus di atas salib, dan merungut, 'Nabi Isa, saya masih seorang budak yang baik, memberkati saya selamat sepanjang malam, Jangan biarkan orang jahat membunuh saya. '
Yusuf adalah salah seorang kanak-kanak jalanan di Rio de Janeiro,Brazil. Di sana, beribu-ribu orang kanak tidak berumah, mengembara di luar pada waktu malam. Mereka akan tidur dengan satu sama lain sebagai jagaan bersama.
Mengapa Si Yusuf mempunyai doa yang pelik sebegini? Jika seseorang kanak itu tidur di bangunan bersebelahan,kanak-kanak itu sering ditembak dan dibunuh kerana membunuh kanak-kanak jalanan telah menjadi trend di Brazil. Di Brazil, menurut statistik rasmi pada tahun 1991, setahun ada 1500 orang kanak-kanak jalanan dibunuh.
Kira-kira pukul satu pagi, ketika Yusuf dan kanak-kanak lain masih tidur, tiba-tiba ada sebuah kereta datang, tiga orang bertopeng mengambil senjata api automatik terus menembak kanak-kanak itu. Hal sebegini terdapat lima puluh kanak-kanak kena tembak, 13 mati di tempat kejadian, Yusuf ajaib melarikan diri, mengikut nalurinya mencarikan salib kesayangannya. Begitu juga sahabat lain yang terselamat..
Disebabkan tindakan ini, pembunuh itu mendapati mereka masih hidup. Pembunuh menyeret kanak-kanak yang masih hidup ke dalam kereta. Setelah beberapa kilometer, kanak-kanak itu ditolak keluar kereta, terus ditembak dan dibunuh di sana. Mayat kanak-kanak juga tertinggal di sana.
Seorang penyapu jalan telah menyaksikan keseluruhan pembunuhan itu. Dia tidak terlihat nombor plat kereta, tetapi mengenal jenis model kereta, disebabkan kereta adalah kereta asing, jarang ada orang memandunya. Polis cepat mendapati ketiga-tiga suspek, salah seorang daripada mereka ada kereta jenis ini. Lebih kurang pukul satu pagi, mereka berjalan ke bar iaitu di tempat pembuangan Yusuf, seolah-olah meraikan sesuatu sambutan, pelayan bar dapat mengesan mereka. Bukan setakat itu, salib kepunyaan Yusuf dan cap jari Yusuf juga didapati dalam kereta mereka. Bukti mencukupi, mereka terpaksa mengakui.
Ketiga-tiga pembunuh itu merupakan polis khas Brazil. Kumpulan yang sangat pelik dan kejam.
Bantahan awam di seluruh dunia telah mengutuk perbuatan ketiga-tiga polis khas. Ketua polis khas telah menyebelahi mereka, dan mengatakan bahawa kanak-kanak jalanan adalah satu tumor ketenteraman, tindakan polis cuma bertindak demi kepentingan sesetengah undang-undang. Bagi kebanyakan orang kaya di Brazil, mereka bersetuju dengan idea ketua polis, mereka hanya mahu keadaan bandar Rio de Janeiro, terang dan bersih. Mereka tidak pedulikan sebab begitu ramai kanak jalanan.
Isteri ketua polis adalah jenis orang tipikal yang acuh tak acuh terhadap kanak-kanak jalanan. Dia tinggal di dalam sebuah bangunan apartmen tingkat 50, hidup tenang dan selesa. Dia tidak dapat bayangkan keadaan tidur di jalan-jalan. Anaknya setiap hari dihantar oleh polis ke sekolah, jarang terlihat kanak-kanak jalanan yang sebaya dengan anaknya.
Keesokan hari selepas Ketua Polis membuat temu bual di kaca televisyen, isterinya menerima surat had, surat itu ditulis seperti ini:
'Puan, jenis darah anak anda adalah A. Anda mungkin mahu pergi ke hospital dia dilahirkan untuk memeriksa jenis darah yang didaftarkan semasa kelahirannya.'
Puan segera menelefon pihak hospital. Setelah disemak, didapati darah anaknya adalah jenis B.
Isterinya agak hairan dengan maklumat baru ini. Dia memutuskan untuk sementara mengabaikan hal itu. Anaknya mirip dia dan ayahnya, tak mungkin ada kesilapan.
Tetapi dia menerima surat lagi:
'Puan, anak anda tiada tahi lalat, tetapi anda boleh pergi mencari rekod kelahiran, lihat permukaan dalaman pergelangan tangan kanan sama ada ada rekod tahi lalat atau tidak. '
Puan cepat memanggil untuk bertanya.Tanpa diduga, semasa anaknya dilahikan semenangnya ada tanda lahir di permukaan dalaman pergelangan tangan kanan.
Isterinya hampir panik, dia tidak berani memberitahu suaminya. Tetapi Puan masih terima surat ketiga:
'Puan, orang miskin seperti kami sering menukarkan anak-anak. Anak abang saya yang baru dilahirkan telah bertukar dengan anak puan. Hal ini tidak boleh salahkan abang saya kerana dia terlalu miskin.
Abang saya dan kakak iparnya melayan baik terhadap anak puan.Kakak ipar sendiri tidak tahu hal itu. Malangnya,mereka semua meninggal dunia disebabkan tiada wang untuk berjumpa doktor dan mengubati penyakit mereka. Kini anak anda mungkin jadi kanak-kanak jalanan, yang tidak tahu di mana dia berada.
Saya pernah mahu mencarinya, tetapi di mana untuk mencari? Apatah daya diri saya, seorang yang miskin, apa boleh buat setelah mencari dia? '
Tanpa membuang masa, puan itu segera memberitahu suaminya.
Diperintahkan oleh ketua polis polis bandar untuk memulakan carian sekitar di ibu negara. Mereka telah diarahkan untuk mencari kanak-kanak jalanan lelaki sekitar umur 13 tahun dan ada tahi lalat di permukaan dalaman pergelangan tangan kanan.
Polis bawahan tidak tahu sebab ketua polis mengarahkan mereka mencari kanak-kanak jalanan. Mereka sangka mencari pesalah, jadi memberi layanan yang kasar terhadap kanak-kanak yang dijumpai.Mereka telah mendapati dua orang kanak lelaki yang mempunyai tahi lalat.
Ketua Polis sendiri keluar untuk melihat kedua-dua orang kanak itu. Kanak-kana itu ketakutan dan menyangka mereka akan mati. Setelah melihat dua orang kanak yang kurus, biadap dan kotor, beliau terus berbisik, 'Oh Tuhan, tak mungkin anakku sebegini ? '
Apabila Ketua Polis teragak-agak, anak buahnya berkata ada seseorang berkeras untuk dia menjawab telefon. Menerus telefon, orang itu memberitahu dia perlu pergi periksa rekod, seorang kanak lelaki yang telah diheret oleh polis serta dibunuh dan ditinggalkan mayat, berusia kira-kira 13-tahun, juga mempunyai tanda lahir pada permukaan dalaman pergelangan tangan kanan.
Ketua polis terus pengsan dan telah mengalami gangguan mental. Apabila terlihat kanak lelaki, dia akan memeluknya dan mengatakan 'Anak saya'. Sudah tentu, beliau terpaksa bersara.
Isteri ketua polis dengan hati yang tenang menghantar dua orang kanak itu ke pusat perlindungan. Dia masih anaknya sekarang sebagai anak sendiri. Bukan sahaja ini, isteri ketua polis juga melibatkan diri dalam usaha menyelamatkan kanak-kanak jalanan.
Dua bulan kemudian, isteri ketua polis telah menerima sepucuk surat.
'Puan, kami tidak menukar anak anda.Anda usah bimbang.’
Saya adalah seorang pakar komputer, saya boleh menyerang hampir mana-mana komputer, dan mempunyai keupayaan untuk mengubah suai mana-mana maklumat. Maklumat anak anda telah saya ubahsuai.
Anda boleh memeriksa maklumat yang kemudian disimpan dalam pita, saya tidak boleh menukar maklumat tersebut, anda akan mendapati bahawa darah anak anda jenis A,dan tiada tahi lalat.
Rakan saya terlihat kes pembunuhan kanak-kanak jalanan, dan terlihat suami anda bercakap di televisyen, kami memutuskan untuk membiarkan dia merasai rasa anak-anak mereka sendiri dibunuh. Kita lihat dia telah menjadi gila, juga berasa sedih terhadapnya.
Kami amat mengagumi usaha anda untuk menyelamatkan kebajikan kanak-kanak jalanan. Oleh itu, kami memutuskan untuk memberitahu anda kebenaran. '
Selepas polis membaca surat itu, Isteri ketua polis berasa lega, tetapi dia tidak terlalu teruja. Malam sudah larut, dia pergi ke balkoni, dia tahu di bawah sana, masih ada ramai kanak yang tidak mempunyai penjagaan ibu bapa, bimbang bahawa seseorang akan datang untuk membunuh mereka. Puan itu melepaskan surat itu ke bawah. Surat itu pun hanyut dari tingkat 50 ke bawah.
Puan itu mendapati sebuah salib lalu mencium nabi Isa di atas salib, berdoa dan berkata, 'Nabi Isa, mohon Isa memberkati anak-anak saya yang tidur di jalan-jalan, jika mereka melakukan sesuatu yang buruk, anda tidak boleh menyalahkan mereka. Sekurang-kurangnya tidak membiarkan mereka dibunuh mana-mana pihak, juga meminta anda memberkati kesihatan badan saya agar dapat terus perkhidmatan untuk anak-anak saya. Amin!