Keberanian membuat kesalahan

Ada seorang isteri yang baru berkahwin merungut secara lemah lembut kepada suaminya: "Anda bernasib baik kerana anda memperolehi cinta yang suci. Anda mendapat cinta pertama saya. Saya tidak pernah bercinta dengan orang lain. Oleh itu, saya berharap agar anda akan menghargai kesucian saya."
Suami tersebut menenangkan hati isterinya dengan kebijaksanaan: "Anda diberkati kerana anda memperolehi cinta yang matang. Anda mendapat cinta terakhir saya. Jika saya tidak pernah bercinta, manakah kematangan yang saya ada pada hari ini? Saya berharap agar anda menghargai kematangan saya."
Percintaan satu kali sahaja sudah berhasil, Peperiksaan satu kali sahaja telah mencapai kelulusan yang cermelang, Perniagaan satu kali sahaja telah membuat keuntungan yang lumayan, Kebenaran yang didengar satu kali sahaja telah masuk akal, Belajar memandu kereta satu kali sahaja sudah pandai memandu di jalan raya, Tesis yang ditulis sekali sahaja telah diterima, Pelajaran kelas sekali sahaja sudah pandai diaplikasikan. Genius! Genius?
Minta maaf, kerana kehidupan anda telah kekurangan sejenis perasa: Anda tidak pernah menikmati & mengalami kegembiraan kemajuan dan pertumbuhan.
Penahanan terserong, Ejaan tersilap eja, Percakapan tersilap kata, Perjalanan terpesong, Percintaan menemui kegagalan adalah satu perkara yang sangat biasa.
Kadang-kala pahlawan juga merasa ketakutan, Para Ilmuwan juga membuat kesilapan, Pakar-pakar turut mengalami perkara yang memalukan, Lidah ahli debat juga terbelit, dan inilah hidup yang sebenar!
Apabila melihat orang lain membuat kesalahan, kita tidak perlu menyalahkan mereka kerana ini merupakan perkara yang biasa. Apabila tersedar akan kesalahan diri, kita juga tidak payah marah akan diri kita sendiri kerana ini adalah perkara yang biasa juga. Para Juara selalu menganggap pengalaman kesalahan itu sebagai 'guru yang terbaik'. Yang paling penting ialah kita harus belajar dan membuat pembetulan daripada kesalahan yang telah kita amalkan.
Jadi, janganlah takut berbuat salah kerana:
  • Hanya sejenis orang tidak pernah berbuat salah iaitu orang yang tidak pernah rajin mencuba.
  • Orang yang tidak pernah berbuat salah tidak dapat membuat sesuatu yang Berjaya atau berhasil.
  • Setiap orang akan berbuat salah tetapi hanya orang yang kurang berakal fikiran akan melakukan kesalahan yang sama berulang kali.
  • Dalam sepanjang hayat seseorang manusia, kesalahan yang paling besar mungkin kita lakukan ialah sikap tidak mahu mencuba kerana berasa takut akan membuat kesalahan .
Perekacipta Bub yang terkenal Edison juga mengalami kegagalan. Dia membuat seribu kali kesalahan dalam eksperimen, menggunakan seribu jenis bahan yang tidak sesuai untuk mencipta bub lampu. Seorang wartawan bertanya kepada beliau : "Apakah perasaan anda selepas kegagalan engkau buat sebanyak seribu kali?" Perekacipta yang penuh ketekadan pun menjawab: "Lampu ialah kejayaan selepas percubaan ciptaan yang ke-1001."
Para Juara tidak takut berbuat salah. Yang mereka takut ialah sikap tidak mencuba kerana takut akan kegagalan yang akan dibuat.