Utusan Surat Daripada Tuhan kepada Wanita

Tuhan Allah berfirman: “ Tidak baik, kalau manusia itu seorang diri saja. Aku akan menjadikan penolong baginya, yang sepadan dengan dia. ” (Kejadian 2:18)
Dan dari rusuk yang diambil Tuhan Allah dari manusia itu, dibangun-Nyalah seorang perempuan, lalu dibawa-Nya kepada manusia itu.i Lalu berkatalah manusia itu: “Inilah dia, tulang dari tulangku dan daging dari dagingku. Ia akan dinamai perempuan, sebab ia diambil dari laki-laki. ”
Ini adalah merupakan surat Tuhan kepada golongan wanita.
Apabila Aku mencipta dunia, Aku berkata ada dan ia pun wujud. Apabila Aku mencipta lelaki, Aku menciptanya dan menghembus nafas ke dalam hidungnya Kemudian, semasa Aku menciptamu-Wanita, Aku memberi lelaki nyawa barulah menciptamu kerana anda perlu direka dengan teliti dan halus. Aku menjadikan lelaki tidur supaya Aku dapat bersabar menciptamu dengan sempurna, menjadikan lelaki tidur supaya dia tidak akan mengganggu ciptaan-Ku. Aku memilik sebatang tulang rusuk untuk menciptamu, iaitu tulang yang melindungi nyawa lelaki. Oleh itu, tugas melindungi hati, peparu dan menjadi sokongan kepada ‘rusuk’nya merupakan misi anda. Melalui tulang rusuk ini, aku membentukmu, menciptamu dengan sempurna dan cantik. Keistimewaan anda seperti batang rusuk yang teguh, halus tetapi mudah pecah.
Anda, melindungi organ lelaki yang paling halus iaitu jantung dan peparu. Jantung merupakan teras keseluruhan lelaki, peparu pula merupakan nafas hidupnya. Pada masa kemalangan, seluruh sangkar rusuk akan membenarkan dirinya patah untuk melindungi jantung Anda haruslah melindungi lelaki seumpama tulang rusuk menyokong badan.

Anda, bukan diambil daripada tulang kakinya, yang membuatkan kedudukan anda lebih rendah daripadanya;
Anda juga bukan diambil daripada tengkoraknya, yang membuatkan anda lebih hebat daripadanya;
Anda diambil daripada bahagian tepi, supaya anda akan menyebelahinya, mendekati hati lelaki.
Anda merupakan malaikat-Ku yang sempurna, merupakan gadis-Ku yang cantik.
Anda membesar menjadi seorang gadis yang cemerlang. Semasa Aku melihat hatimu yang mulia, mata-Ku telah berpuas hati.
Janganlah anda mengubah kebaikan anda.
Apabila anda menggunakan bibir untuk berdoa, mereka kelihatan begitu comel!
Hidungmu dicipta dengan begitu sempurna!
Kedua-dua tanganmu dicipta dengan lembut untuk menyentuh.
Apabila anda tidur dengan nyenyak, Aku membelai mukamu, mendekati hatimu dengan hati-Ku.
Dalam semua ciptaan dunia, andalah yang paling mirip kepada-Ku.

Apabila hari sejuk dan berangin, Adam berjalan-jalan dengan-Ku. Namun, dia berasa sunyi. Dia tidak dapat melihat-Ku mahupun menyentuh-Ku. Dia hanya dapat merasakan kehadiran-Ku.
Oleh itu, segala hasrat keinginan berkongsi pengalaman dan personaliti dengan Adam dikurniakan-Ku kepada mu- Kekudusan-Ku, Kekuatan-Ku, Keaslian-Ku, Perlindungan dan sokongan-Ku. Anda adalah yang istimewa kerana anda merupakan pelanjutan-Ku.
Lelaki menjadi imej-Ku, dan anda menjadi perasaan-Ku.
Pergabungan anda berdua, melambangkan keseluruhan Tuhan.
Oleh itu, wahai lelaki! Anda haruslah melayani wanita dengan baik. Cintailah dia, hormatilah dia kerana dia lemah. Apabila anda melukai dia, ini bermakna anda melukai Aku. Segala-gala yang anda lakukan terhadap dia bermakna dilakukan terhadap Aku. Apabila anda menindas dia, ini bermakna anda sedang melukai hati sendiri dan juga hati Tuhan.