Tatu

Ada yang mengatakan bahawa tatu adalah sesuatu yang indah, misteri, seksi dan simbol glamor, juga merupakan cara menunjukkan keunikan sendiri serta untuk menunjukkan kepercayaan peribadi. Banyak orang tertarik dengan kecantikan yang penuh dengan kesakitan ini, menikam pelbagai tatu di permukaan badan mereka. Dengan berbuat demikian, mereka mempunyai harapan baru, pergantungan baru dan permulaan baru.
Tatu sebagai sebahagian daripada sejarah dan budaya manusia telah bersinambung selama dua ribu tahun. Dalam kehidupan, tatu mendatangkan imej luar biasa, secara langsung terfikir tentang kongsi gelap. Sebenarnya fikiran ini tidak sesuai pada zaman moden yang semakin berfikiran terbuka sejak tahun-tahun ini. Sejak kebelakangan ini, orang ramai mula menerima maklumat dan budaya dari luar negara seperti Europah, Jepun. Orang ramai sekarang tidak lagi menganggap tatu sesuatu pantang larang. Ada yang mentatu bercorak rupa pasangan, kekasih di permukaan badan untuk menunjukkan kecintaan.
Menurut data yang telah dikumpul, banyak unsur tatu yang boleh dikaji. Yang pertama adalah ajaran yang dituruni orang Maori, mencelup gigi yu dan tulang haiwan yang diikat pada kayu dalam dakwat dan memukulnya ke dalam kulit dengan perkusi tukul. Yang kedua adalah menyikat beberapa batang jarum pada kayu, menikamnya ke dalam kulit dengan tangan. Ketiga ialah menikam kulit dengan mengunakan motor. Kaedah ini biasa digunakan pada hari ini. Pengenalan orang ramai pada zaman ini terhadap tatu amat berbeza dan merangkumi personaliti sendiri. Tatu-tatu ini akan menemani seluruh kehidupan. Tatu yang menampilkan monumental, insentif, kebebasan adalah berbeza berdasarkan perfahaman setiap individual.
Dari sudut perubatan, tatu adalah suatu perlakuan yang membahayakan kesihatan. Kulit merupakan baris pertahanan pertama terhadap pencerobohan bacteria dan mikroorganisme. Kulit memainkan peranan yang amat penting dalam menjamin kesihatan manusia. Tatu melemahkan barisan pertahanan ini dengan melemahkan keupayaan kulit dalam menghalang pencerobohan dari luar badan. Dengan pendedahan secara langsung, manusia mudah dijangkiti bakteria.
Asal tatu dan tujuannya
Tatu pada asalnya untuk kehidupan. Orang primitive yang hidup bersama-sama dengan binatang liar di hutan perlu menutup tubuh badan mereka dengan warna yang seiras persekitaran demi penyembunyian. Perbuatan ini lama-kelamaannya telah menjadi kepercayaan. Ada yang percaya bahawa tatu yang bercorak haiwan atau gambar yang istimewa dapat menghindari kejahatan atau meningkatkan kekuatan badan. Sama seperti ada penganut Buddha yang mentatu “Nan Well Amitabha”, ada pula yang mentatu patung Avalokitesvara. Ada segelintir kaum yang tidak bertamadun mempunyai adat mentatu. Yang paling jelas adalah totem agama di mana semua orang mempunyai tanda totem agama yang sama. Totem digunakan untuk membezakan agama sama seperti persatuan-persatuan lain.
Ada yang dipaksa mentatu, contohnya banduan. Mentatu di muka merupakan hukuman pada zaman purba. Tujuannya adalah untuk membezakan penjenayah dengan orang ramai. Terdapat tatu untuk peringatan. Tatu sebegini amat popular pada masa ini. Orang suka mentatu nama atau rupa kekasih di permukaan badan. Ada orang guna tatu untuk kecantikan, ada wanita yang menggunakan tatu untuk menyembunyikan kenipisan kening. Ada pula menggunakan tatu untuk menyembunyikan parut akibat kemalangan.
Ada orang menatu untuk kesedaran perwiraan. Orang sebegini selalunya orang yang mempunyai semangat kewiraan yang kuat. Kewiraan tersebut dikemukakan melalui tatu. Sesetengah orang menggunakan tatu untuk mengingatkan diri untuk berupaya. Salah satu contoh terbaik ialah pada Dinasti Song, ibu Yue Fei mentatu di belakang badannya dengan perkataan “Setia Kepada Negara” untuk mengingatkan Yue Fei untuk berkhidmat untuk negaranya.
Keburukan mentatu
Mentatu ada keburukannya, menurut sudut perubatan, mentatu sebenaranya membawa mudarat. Kulit merupakan baris pertahanan pertama terhadap pencerobohan bacteria dan mikroorganisme. Kulit memainkan peranan yang amat penting dalam menjamin kesihatan manusia. Tatu melemahkan barisan pertahanan ini dengan melemahkan keupayaan kulit dalam menghalang pencerobohan dari luar badan dan menyebabkan manusia mudah dijangkiti bakteria.
Orang yang mentatu biasanya tidak memahami perubatan, tidak membuat pembasmian kuman atau pembasmian kuman yang dibuat tidak mencapai standard. Apabila jarum menusuk kulit, bakteria dan pathogen lain akan turut menuruti, menyebabkan pelbagai jenis penyakit berjangkit seperti bisul, karbunkel, api luka dan impetigo. Jika perlukaan besar, bakteria mungkin membiak dalam darah dan mengancam nyawa. Risiko tatu menyebabkan jangkitan adalah salah satu factor terbesar Persatuan Bank Darah Amerika memberitahu penderma untuk menunggu setahun sebelum dibenarkan menderma darah.
Jika kita memberi perhatian kepada berita dalam akhbar, kita akan mendapati ada yang ketagih dengan tatu, mentatu di seluruh badan. Saintis menyatakan bahawa dakwat yang digunakan untuk mentatu mengandungi karsinogen yang boleh merosakkan buah pinggang dan organ-organ utama yang lain, selain membahayakan badan serta melemahkan keupayaan badan dalam pembersihan kekotoran, mungkin membawa kepada kanser.
Di samping itu, orang yang mempunyai tatu tidak boleh berkerja di mana-mana agensi kerajaan atau dilantik sebagai pemimpin negara di China. Sekiranya ingin menghapuskan tatu, maka satu-satunya cara adalah melakukan pembedahan plastik. Tetapi oleh kerana pada masa itu, mentatu menggunakan laser atau menggunakan perubatan yang telah merosakkan kulit, kini belum ada kajian perubatan yang boleh menyembuhkan dengan sempurna. Satu-satu caranya adalah dengan melakukan pembedahan plastik.
Pigmen mentatu berbagai, banyak mengandungi bahan-bahan kimia dan boleh mengakibatkan dermatitis, alahan, gatal, kesakitan, kebas dan lain-lain. Mentatu mungkin menyebabkan kerosakan kulit, contohnya, alergi, pembentukan keloid, granuloma, komplikasi lain yang disebabkan pengimejan resonans magnet.
Keburukan mentatu kepada individu adalah sekiranya mentatu di tempat yang amat ketara, mungkin lebih sukar untuk mencari kerja kerana terdapat syarikat yang tidak mengupah orang yang ada tatu. Ini kerana tatu membawa impresi yang tidak begitu sihat dan mungkin memberi perasaan negatif.
Kesimpulan
Seseorang perlu mempertimbangkan baik buruknya sekiranya ingin mentatu kerana mentatu memerlukan pengorbanan. Mentatu sesuatu yang menemani seumur hidup. Berdasarkan maklumat yang dikumpulkan, tatu tidak begitu mudah dihapuskan. Tatu yang menemani seumur hidup turut membawa impresi yang tidak baik. Kerana kami mempunyai begitu banyak saksi, mengeliling kami seperti awan, harus meletakkan beban, menjauhi dosa-dosa, sentiasa bersabar, sedaya upaya berusaha. Kami bukan hanya hidup bersendirian, kami masih ada orang yang cintai kami dan orang yang kami cintai. Kadang-kala, kami patut memahami orang di sekeliling, sama ada apa yang dilakukan akan menyakiti mereka. Badan dikurniai ibu bapa, malahan kami bukan sahaja ada bapa duniawi, kami masih ada seorang ayah di syurga. Jika kamu ingin tahu lebih banyak mengenai bapa di syurga, sila berhubung dengan kami.