Hubungan Kabur

Katakan apa yang wajar, lakukan perkara yang sesuai
Ramai ibu bapa dan guru-guru mengadu kepada saya: “Remaja sekarang memang berani, walaupun masih muda, berani menggunakan ‘Suami’ dan ‘Isteri’ sebagai panggilan, memang ‘menyeramkan’”. Sesungguhnya ramai pemuda pemudi suka mempunyai hubungan istimewa dengan seseorang, ataupun menganggapnya sesuatu yang menyeronokan. Namun, adakah ianya sesuatu yang ‘bersesuaian’? Akankah ia mengaburkan hubungan tanpa disedari?
Saya rasa, hubungan kabur dan tingkah laku samar-samar tidak boleh diabaikan. Apabila seseorang dalam hubungan yang lebih mendalam, satu lagi membalas: “Saya hanya bergurau sahaja”. Ini bukan sebarang percederaan! Oleh itu, kami harus memberi perhatian kepada setiap tingkah laku dan perkataan, tidak boleh bercakap sewenang-wenangnya dan bertindak sesuka hati.
Tidak apa terlibat dalam hubungan kabur?
Mengikut Baidu, hubungan kabur didefinisikan: smar-samr, merujuk kepada sikap yang samar-samar antara lelaki dan wanita, hubungan yang tidak menentu. Satu hubungan teman yang sangat istimewa, wujud dalam persahabatan, tetapi pada masa yang sama, wujud di luar persahabatan. Terdapat pelbagai ungkapan hubungan kabur, boleh dilihat dari percakapan serta perlakuan.
Hubungan kabur berada di kawasan kelabu, sekiranya kedua-dua pihak masih “tunggal”, maka hubungan ini boleh berkembang menjadi pasangan. Sebaliknya, sekiranya salah seorang daripada mereka telah berkahwin atau memiliki pasangan, maka hubungan kabur ini mungkin diringkaskan sebagai tidak bermoral, agak “berbahaya”. Kalau tidak menghentikan hubungan kabur ini, ia mungkin membawa mudarat.
Jadi, wahai pembaca, kita perlu bertanggungjawab terhadap perasaan kita! 
Li: “Mei, aku nampak kamu semakin berdekat dengan Ah Ho kebelakangan ini.” 
Mei: “Apa? Mana ada?” 
Li: “Bukankah? Semua orang kata kamu berdua sedang bercinta” 
Mei: “Kami berdua hanya ‘kawan baik’, mana ada bercinta? Lebih-lebih lagi dia sudah mempunyai teman wanita!” 
Li: “Yakah? Saya tidak pernah nampak dia bersama dengan teman wanitanya, tetapi sering nampak kamu berdua bersama-sama.”

Dalam kumpulan kawan, dialog seperti ini atau hubungan sebegini agak biasa dilihat. Ada tingkah laku dalam kumpulan kawan tidak lagi seperti “kawan biasa”. Namun, apabila kamu pergi mengesahkan, mereka tidak akan mengaku. Hubungan itu misteri dan sukar difahami.

Pelbagai jenis hubungan kabur…
Kes pertama Abang adik perempuan? Kakak, adik?

Jun Han kacak, berkebolehan, adalah seorang mahasiswa. Sering ada perempuan berhampiri dia. Kebelakangan ini, rakan sebiliknya mendapati seorang pelajar sekolah tinggi yang berusia lebih kurang 17 tahun sering dating mencari dia. Jun Han kata dia adalah “adik perempuan angkat”. Adik peremepuan angkat tidak mahir dalam pelajaran, jadi harus “khasnya” menjaganya. Tetapi, nada suara dia bercakap dengan dia sangat lembut, tidak seperti cara bercakap dengan adik perempuan. “Adik perempuan angkat” ini sangat memuja Jun Hao, menjadikan Jun Hao amat menikmati identiti “Abang angkat” ini.

Sherry adalah seorang guru matematik di pusat tuisyen. Baru sahaja berkahwin dengan teman lelakinya yang telah berdating selama lapan tahun. Suaminya penolong pengurus syarikat, sering perlu pergi luar Negara untuk berkerja. Bulan lepas, datang seorang pelajar sekolah tinggi yang cemerlang ke pusat tuisyen, Yee Hong. Sherry amat mengagumi kegagahan Yee Hong, amat prihatin terhadapnya. Tidak lama kemudian, Sherry dan Yee Hong kerap berinteraksi atas talian, satu perasaan yang telah dilahiri. Kadang-kadang, mereka akan minum teh dan berbual-bual. Suatu hari, Yee Hong kata dia berharap Sherry boleh menjadi “kakak angkat” dia. Sherry rasa idea ini baik lalu bersetuju. Dengan itu, dia boleh lebih terbuka bergaul dengan Yee Hong.
Analisis
Bagi “abang”, mempunyai seorang “adik perempuan” di sisi boleh membangkitkan keinginan melindungi, Kekaguman dan keperluan “adik perempuan” terhadap dia membuatnya berasa nilai kewujudan. Dan kan ia perkara yang baik sekiranya ada seorang “adik perempuan” berada di sisi menjaga dan berprihatin? Bagi “adik perempuan”, kan ia lebih baik sekiranya lebih orang yang menyayangi? Bagi “kakak dan adik” pula, situasi lebih kurang sama. Dari pandangan “adik”, “kakak” sering merupakan wanita yang menawan.
Merujuk kepada contoh-contoh di atas, tiada hubungan darah di antara mereka. Tetapi, hubungan sebegini kadang-kadang lebih erat berbanding hubungan darah. Namun, perhubungan yang terlalu dalam menjadikan ia sukar dipisahkan, hubungan menjadi kabur, kadang-kala menjadi hubungan keliru.
Terdapat sebuah lagu Meng Ting Wei yang menerangkan hubungan abang dan adik perempuan (kakak dan adik):
Adakah setiap wanita di sekeliling kamu akhirnya menjadi adik perempuan kamu

Adakah kesedihan dia serta kesedihanku kerana kepahitan yang kamu kumpul

Adakah setiap teman karib akhirnya menjadi adik perempuan kamu yang penuh dengan kesedihan

Adakah kesedihan dia serta kesedihanku kerana perbuatan kamu

Sebenarnya kamu ada berapa adik perempuan, kenapa semuanya begitu lesu

Sebenarnya kamu ada berapa adik perempuan, kenapa semuanya begitu sedih

Sebenarnya kamu ada berapa adik perempuan, kenapa semuanya begitu lesu

Sebenarnya kamu ada berapa adik perempuan, kamu sebenarnya cintai siapa

Tidak dapat diteka, tidak dapat diketahui, saya juga adalah adik perempuan

Kes kedua Teman karib?

Ah Ho mempunyai seorang teman wanita yang telah bergaul selama lima tahun. Mereka kerap bergaduh atas isu perkahwinan. Ah Ho telah pun gelisah tentang pembayaran perkahwinan, leteran teman wanitanya menjadikan dia lebih gelisah. Anna adalah rakan sekerja Ah Ho, juga merupakan kawan karib teman wanita Ah Ho. Anna amat memahami keadaan mereka. Setiap kali Ah Ho bergaduh dengan teman wanitanya, dia akan bercakap dengan Anna. Kadang-kadang, dalam hati Ah Ho berasa lebih senang bercakap dengan Anna dan Anna lebih memahaminya berbanding dengan teman wanitanya.

Jing Wen dan Guo Qiang adalah kawan baik. Mereka masing-masing mempunyai teman. Setiap kali Jing Wen mengalami sesuatu yang tidak senang hati, dia akan panggil Guo Qiang untuk bercakap tentangnya. Jing Wen pernah bercakap dengan teman lelakinya, tetapi setiap kali teman lelakinya memintanya untuk bersabar, rasa perkara itu hanya perkara yang kecil. Lama kelamaan, Jing Wen rasa Guo Qiang lebih memahaminya. Dia boleh rasai kefahaman dan prihatin Guo Qiang, Guo Qiang juga memberi beberapa nasihat yang baik.

Analisis
Apabila seseorang rasa murung, orang sering mencari seseorang yang memahami dan dapat menyokongnya. Hubungan di atas merupakan hubungan sebegitu. Secara amnya, hubungan ini tidak merosakan hubungan yang asal. Teman karib di atas telah meluahkan perasaan mereka. Sebaliknya,tiada orang tahu hubungan sebegini boleh kekal beberapa lama. Sekiranya tidak sengaja “melintasi sempadan”, mungkin menyebabkan krisis dan pembentukan “pihak ketiga”.
Kes ketiga Hubungan kabur atas talian

Ah Yun berasa bosan lalu melayari Internet. Tiba-tiba seorang yang bernama “Si Kacak” bersapa dengannya. “Si Kacak” memanggilnya “Si Cantik” . Walaupun ia tidak benar, namun Ah Yun bersuka ria berbual dengan “Si Kacak”. Lama-kelamaan, berbual dengan “Si Kacak” selepas pulang dari sekolah telah menjadi sebahagian dari kehidupannya.

Analisis
Dalam zaman Internet di mana rangkaian semakin maju, hubungan kabur atas talian senang dilihat. Selalunya hubungan itu memenuhi keinginan cinta, tiada sesiapa perlu bertanggungjawab atau perlu jelaskan kepada sesiapa.
Namun, hubungan atas talian baru-baru ini telah menjadi salah satu teknik penipuan. Ada yang tipu cinta dan ada yang tipu wang. Merujuk kepada akhbar: seorang wanita yang telah bercerai menggunakan 1.02 juta untuk “menyelamatkan” kekasih atas talian. Akhirnya, kehilangan wang dan cinta. Mungkin kita rasa perkara sedemikian tidak akan berlaku pada kami. Namun, penipu akan menggunakan pelbagai helah untuk mencapai tujuan mereka. Justeru, jangan bergaul sesuka hati dengan orang yang tidak dikenali apabila berada di atas talian.
Kes Pertama
Mei berusia 16 tahun, suka ketua pasukan bola keranjang sekolah, Jun. Setiap kali pertandingan bola keranjang sekolah diadakan, Mei akan menyokong dengan kawannya. Mei juga menyediakan minuman, tuala serta bekalan lain. Jun tidak menolak, malah menepuk bahunya sebagai tanda penghargaan, kadang-kadang akan berbisik dengan dia. Mei sangat prihatin dengan pengerakan Jun, tahu setiap gerak gerinya. Jun juga menyatakan kata-kata baik, membuat Mei gembira, namun hubungan antara mereka tidak jelas. Apabila kawan tertanya: “Adakah kamu berdua sedang bercinta?”. Mei tidak dapat menjawab. Mei tidak tanya, Jun tidak kata, kedua-duanya macam tidak tahu sahaja.
Kes Kedua
Jay dan Carrie adalah kawan karib sejak kecil. Mereka membuat kerja bersama-sama sejak kecil. Mereka sangat memahami hobi, tabiat dan minat satu sama lain. Kadang-kadang, mereka boleh mengetahui keperluan masing-masing dengan senang. Secara semula jadi, semua orang menganggap mereka berdua sepasangan. Jay juga menganggap Carrie sebagai isteri masa depannya. Carrie tidak menjelaskan setelah ketahui fikiran Jay. Namun, dalam hati Carrie, Jay bukan teman ideal dia! Carrie hanya berharap terdapat seorang boleh sentiasa berada di sisinya, seorang yang mementingkan dia, bersedia berkhidmat. Carrie rasa menjalinkan hubungan kabur dengan Jay sebelum teman idealnya ditemui tidak apa.
Kes Ketiga
David baru sahaja berpisah dengan teman wanitanya, Wei Qi amat mengambil berat tentangnya, mengaturkan beberapa program untuk David sertai. Selepas beberapa bulan, David telah ceria kembali, bersemangat. David amat menghargai pertemani Wei Qi sejak bulan-bulan ini, lalu memberitahu orang di sekeliling bahawa Wei Qi seorang gadis yang baik, sangat sesuai untuk dijadikan teman wanita. Wei Qi amat bergembira selepas mendengarnya. Wei Qi memang berharao dapat menjadi teman wanita David. David selalu melaporkan tempat dia berada kepada Wei Qi, kadang-kadang juga menghantar mesej yang berisi, menyebabkan Wei Qi rasa dia amat penting kepada David. Akan tetapi, pada suatu hari, David berkata kepada Wei Qi, dia seolah-olah telah mencintai seorang gadis di pusat tuisyen, memuji kebaikannya. Selepas Wei Qi mendengar, hatinya telah patah hati.

Ketiga-tiga kes di atas menjelaskan hubungan kabur di antara lelaki dan wanita. Pasangan dalam hubungan kabur memberi perasaan seperti hubungan pasangan, tetapi sebenarnya tidak. Hubungan sebegini lebih daripada hubungan persahabatan tetapi masih belum menapai tahap hubungan pasangan, hubungan itulah yang kami anggapnya sebagai hubungan kabur. Ada situasi di mana hubugan kabur lebih baik daripada hubugan pasangan, lebih memahami antara satu sama lain, persoalannya adakah teman kamu boleh menerimanya?

Sebelum memasuki hubungan formal teman, hubugan kabur di antara lelaki dan wanita memang perkara yang biasa. Walaubagaimanapun, jika kamu tidak berniat untuk terus mengembang hubugan, namun, tetapi ada hubungan kabur, inilah tidak sepatutnya. Sekiranya satu pihak telah ada teman atau telah berkahwin, hubungan kabur memang tidak boleh diabaikan, kami tidak sepatutnya diri sendiri atau orang lain terjerut dalam godaan. Kalau masalah berlaku akibat pihak lain, kamu harus mengekalkan jarak tertentu dengannya.

Tips
Tidak kira apa hubugan kabur yang kamu dahulu pernah ada, ingatkan dalam kitab di bab 10 kata 9 berkata “jalan di jalan yang betul, stabil; berjalan di jalan yang melengkung, akan menyebabkan kemudaratan.” Perkara yang tidak baik sekiranya terdedah, selalunya memalukan! Oleh itu, kita mesti sentiasa berjalan di jalan yang betul, mematuh arahan Tuhan, tidak mengabaikan pergerakan roh suci, perbuatan yang tidak menemui sejahteraan dari Tuhan, jangan buat. Menjaga diri dengan baik, jangan menyakiti orang yang disayangi!
Adakah menjalin hubungan kabur salah?
Sesetengah orang kata, “Saya hanya ingin mengikut perasaan saya, kenapa tidak? Saya tidak mahu, atau tidak boleh bercinta secara rasminya, tetapi saya suka memahami antara satu sama lain, kalau begitu kenapa tidak melibatkan diri dalam hubungan kabur?” Apakah yang dilakukan tidak melanggar undang-undang, mengapa begitu membantahnya?

Marilah kami lihat sebab-sebab berikut

 A.Tidak menggembirakan Tuhan

Di dalam bab 12 kata 9: “Cinta pada orang jangan berpura-pura, jauhi yang buruk, dekati yang baik”. Sini merujuk cintai orang dengan ikhlas, jangan berpura-pura. Semua orang berharap mempunyai cinta yang ikhlas, sekiranya kami cinta orang dengan tidak jujur, hubungan berkabur, Tuhan tidak menyukainya. Oleh itu, cinta sehati ada harapan, ada masa depan dan secara terang. Kristian tidak seharusnya terlibat dalam kelakuan kabur.

bab 5 kata 16 juga berkata: “Demikianlah, perbuatan kamu harus terang, perlakuan baik kamu dapat dilihat, agar Bapa di Syurga dapat dimuliakan.” Kami rakyat Tuhan, bercahaya di dunia, Tuhan sentiasa mengingati kami bahawa ada perlakuan yang baik dalam kehidupan, menjadi saksi Tuhan. Hubungan kabur yang tidak sepatutnya selalunya akan menjatuhi diri sendiri atau orang di sekeliling. Tuhan tidak menyukai, kamu masih berdegil?

 B. Hubungan yang tidak bertangggungjawab

Hubungan kabur yang mengandungi maksud: Saya tidak perlu menjelaskan apa-apa kepada pihak lain. Manifesto mereka adalah “bersama kalau suka, pergi kalau tidak suka!” Bagi mereka yang takut atau tidak suka bertanggungjawab: hubungan kabur boleh memenuhi kekosongan minda, malah tidak perlu bertangungjawab, kenapa tidak? Hubungan sebegini tidak perlu banyak usaha dan masa, kedua-dua pihak adalah secara sukarela! Namun, hubungan kabur akhirnya mengakibatkan kemudaratan, memecahkan harapan, menyakiti teman. Tuhan mahu kami menjadi seorang yang bertanggungjawab. Oleh itu, kami haruslah bertanggungjawab atas percakapan dan perlakuan kami.

 C. Hubungan yang tiada hasil

Kerana tidak perlu bertanggungjawab, tidak perlu menjelas, hubungan ini tidak akan berhasil. Sekiranya salah satu pihak berharap ada penghasilan, itu permikiran yang bodoh. Bagi sesetengah orang, satu hubungan yang tiada berhasil, main-main sudah mencukupi, namun tidak menyangka keadaan akan menjadi teruk!

Ramai orang yang berada dalam hubungan kabur tidak menyedari diri sendiri telah menyukai pihak lain, dan dengan itulah mula mempunyai harapan terhadap pihak lain! Sekiranya tiada orang untuk berdating, maka hubungan mungkin berkembang menjadi pasangan. Namun, sekiranya salah satu pihak sudah ada teman, maka mungkin terlibat dalam hubungan segi tiga, menjadi “pihak ketiga”. Tidak berbaloi sedih untuk satu hubungan yang tiada hasil. Ada hubungan kabur dengan orang mungkin juga terlepas satu hubungan yang mungkin berkembang.

Lebih serius, sekiranya terjalin hubungan seksual, hamil secara tidak sengaja, akibatnya tidak dapat dijangka! Lelaki kalau ingin bertanggungjawab ianya baik! Kalau kerana sebab “main-main sahaja”, katakan tiada asas emosi, tidak ingin bertanggungjawab, wanita perlu menanggung tanggungjawab sebagai ibu tunggal atau kesan pengguguran. Ia adalah satu tanggungjawab yang besar bagi wanita, juga menyebabkan kecederaan dan tekanan yang amat besar kepada jiwa.

 D. Tinggalkan “kegembiraan dalam dosa”!

Interaksi antara manusia kadang-kadang secara tidak sengaja terjatuh ke dalam perangkap hubungan kabur. Biasanya ia adalah sukar untu mengawal atau menolak. Sesetengah orang kerana itu terasa bersalah, menyedari tingkah laku ini salah, tetapi tidak dapat menghalangnya, walaupun hanya sedikit harapan, masih ingin mencuba, berharap dapat menjumpai kebahagiaan! Walaupun kebahagiaan yang singkat juga berpuas hati. Sesetengah orang mencuba kerana tidak mahu kesal, tidak harap putus asa tanpa pencubaan. Perkara yang berkaitan dengan perasaan kerap membuat orang tidak dapat menolak, walaupun mungkin mendapat panggilan “pihak ketiga”, tidak mengambil hati kerana berasa diri tidak boleh kehilangan pihak lain, terus bersalah. Bak kata cinta membutakan!

Jadi kenapa kita tidak boleh terlepas? Sebenarnya boleh, kerana Tuhan mengurniakan kita kemampuan untuk terlepas daripada kejahatan, asalkan kita sedia melepaskan “kegembiraan dalam dosa”! Kita mempunyai keupayaan untuk memilih, dan ia akan berjaya sekiranya berusaha!

Apakah yang perlu dilakukan apabila menghadapi dengan hubungan kabur?
  1. Ikuti Yusuf-“larikan diri”
  2. Dalam kitab ada seorang yang bernama Yusuf. Dia berhadapan dengan satu cabaran yang besar iaitu godaan isteri majikannya. Dari segi situasi, ia satu peluang, memenuhi kehendakan isteri majikan boleh mendapat banyak manfaat. Boleh mendapat kenamaan, kekayaan dan seks, siapakah tidak mahu? Dan Yusuf sedang menghadapi godaan ini.

    Apakah yang dia lakukan? Adakah dia berbincang dengan isteri majikan? Tidak, dia meninggalkan tempat itu dengan serta-merta! Dia jelas bahawa apa yang patut dilakukan dan apa yang tidak patut dilaksanakan. Walaupun pergorbanan besar, dia sanggup. Dia sanggup menyinggung perasaan orang daripada menyinggung perasaan Tuhan. Ini adalah apa yang kita perlu lakukan, taat kepada Tuhan daripada orang, termasuk diri sendiri! Tuhan menggunakan dia, dia bukan sahaja dibebaskan, malah menjadi perdana menteri Mesir.

    Oleh itu, apabila kita mendapati kita berada dalam hubungan kabur, kita mesti meninggalkan dengan segera, jangan biarkan diri sendiri terjerut dengan lebih dalam! Mesti terus berkekal!

  3. Alihkan perhatian
  4. Sering mendengar orang berkata: “Saya telah meletak banyak perasaan dalamnya” Betul, menarik balik perasaan amat menyakitkan. Saya setuju dengan itu, memang menyakitkan, memikir seseorang setiap hari, orang yang tidak pernah mengalaminya sukar faham. Apakah yang boleh dilakukan?

    Pada masa ini, bertanya kepada Tuhan, agar kita boleh berfikir dengan rasional. Berfikir rasional sebelum membuat suatu keputusan-adakah terus mengejar suatu perasaan yang tiada hasil, atau berani keluar daripadanya? Apakah yang Tuhan fikirkan? Adakah mengekalkan hubungan ini akan menyinggung perasaan Tuhan? Mengikut ajaran Kitab, kalau perlu kita meletakan hubungan yang tidak disukai Tuhan, maka kita perlu berfikir macam mana boleh keluar daripadanya.

    Yang pertamam kita boleh mencari jalan untuk mengalihkan perhatian. Boleh dianggap sebagai menetapkan matlamat kecil untuk diri sendiri, membelanjakan masa dan tenaga dalamnya. Sebagai contoh: Mulai minggu ini, saya hendak pergi berlajar melukis, saya hendak lebih memberi perhatian kepada kerja sekolah, saya hendak mematuhi perkataan Tuhan, membaca lebih banyak buku. Ini adalah apa yang saya sering ingin lakukan tetapi belum lakukan, habiskan masa untuk melakukannya! Mungkin langkah yang pertama susah, namun tidak bermaksud tidak boleh dicapai! Selepas itu, memberi perhatian kepada matlamat-matlamat kecil yang ditetapkan, biar ia memenuhi masa dan permikiran kita.

    Kita perlu belajar membuat keputusan dengan rasional. Mungkin kesedihan dan kepahitan akan menghantui kita, tetapi percayai diri sendiri, semuanya akan berlalu!

    Jika boleh, carilah seseorang atau beberapa orang yang memahami keadaan kamu dan kawan sama jantina yang bersedia untuk menemanimu. Kamu boleh memberitahu dia. Terdapat seseorang menemani sepanjang perjalanan memudahkan.

  5. Menjalin hubungan yang disukai Tuhan
  6. Dalam banyak situasi, hubungan kabur biasanya tidak keterbukaan, maka jangan memilih jalan ini. Daripada menghabiskan masa pada hubungan yang tiada hasil, lebih baik menjalinkan hubungan yang keterbukaan. Sesetengah orang mungkin berkata, dia adalah orang yang terbaik saya temui, bijaksana, bertimbang rasa, aktif, ceria……dia memenuhi semua syarat ideal saya. Ya, walaupun dia nampaknya baik, namun kalau dia bukan teman yang boleh dipilih, atau kerana pelajar perlu mementingkan pelajaran, jangan terus berdegil!

    Bagi Kristian, saya ingin memberitahu kamu, Tuhan pencipta alam semesta, pati akan menyediakan yang terbaik untuk kamu. Yang menunggu dengan sabar akhirnya akan bersorak. Ini adalah janji Tuhan kepada kita.

    Dalam proses menunggu, menggalakkan kamu dalam menjalin hubungan yang sihat dalam kumpulan. Hubungan yang sihat bermakna menghormati perbezaan masing-masing, saya bertanggungjawab atas emosi saya tidak menyenangkan, saya tidak ,tidak menyalahkan, tidak terlebih rasional dan tidak menggangu, saya tidak bergantung kepada kamu, saya faham terdapat had antara satu sama lain……hubungan antara manusia memerlukan masa dan kesabaran.

    Selepas ada tujuaan, mula bercinta, kedua-duanya perlu berlajar cara komunikasi yang lebih dalam, memberi sokongan dan saling memerhati. Mesti boleh sehati berkembang dalam kepercayaan. Kata-kata Tuhan mesti menjadi pusat dalam menjalin hubungan yang disukai Tuhan.

  7. Mencari sumber
  8. Apabila kamu sedar bahawa bergantung kepada keupayaan sendiri tidak dapat keluar daripada hubungan kabur yang tidak disukai Tuhan, kamu mungkin ingin mencari seseorang untuk meluahkan, ataupun mencari seseorang menemani melalui hari-hari yang sedih ini. Tetapi kamu mungkin tidak ingin orang di sekeliling kamu ketahui, ataupun riada kawan yang boleh dipercayai, masa ini, kamu boleh mencari pusat kaunseling untuk membantu. Mencari bantuan bukan sesuatu yang memalukan, malah adalah perkara yang boleh dipuji dan digalakkan, kerana kamu bertanggungjawab terhadap nyawa sendiri, kamu juga mencintai diri sendiri, berharap dapat memberi kehidupan yang lebih baik kepada diri sendiri. Keberanian kamu amat membanggakan!

    Bilik kaunseling Bridge sanggup menemani kamu melalui setiap hari yang sedih! Talian khas kami adalah: 03-92877251, setiap Isnin hingga Jumaat, 9 pagi hingga 12 tengah, 1 petang hingga 4 petang, sila memanggil!

Sumber: The Youth Way Fasa 107