Facebook

Tahun Baru Keadaan Baru
Penulis: Ting Ting
Apalah, tahun baru keadaan baru? Amat ketinggalan masa! Tahun baru tahun barulah, makan minum sahaja, bersatu dengan kawan dan saudara, yang paling penting adalah angpau banyak, wang banyak...

Walaubagaimanapun, haraplah para pembaca berfikir secara mendalam: pada tahun baru ini, harap kita jangan hanya makan minum sahaja! Pada tahun yang baru ini perlu ada harapan baru, tujuaan baru, fikir tentang perkara yang perlu iperbaiki? Bagaimana boleh lebih maju? Terutamanya perkembangan dari segi agama dan jiwa, bagaimana boleh terus kukuh? Bagaimana boleh evangelism, membawa lebih banyak orang kepada Tuhan?

Minta Tuhan membukamata kita, marilah kita bersma-sama pada tahun baru, memberi tumpuan pada Yesus Kristus, focus pada perkaraNya...

Di sini, (The Youth Way) ingin mengucap selamat menyambut tahun baru! Pernah ada kawan yang bergurau dengan saya, dia tanya saya: “Buku” apa yang kini paling banyak orang baca? Saya terus berkata: “Tentulah Kitab!” Tetapi saya telah salah! Kawan saya beritahu ianya Facebook.

Saya masih ingat pada masa yang lalu terdapat seorang kanak-kanak bercakap dengan saya: “Cikgu, kalau kamu mengajar dalam Facebook, dan kami juga menyiapkan kerja rumah dalam Facebook, ia begitu baik!” Saya terfikir: Betulkah? Terdapat seorang ibu yang mengadu kepada saya: “Anak saya setiap hari pulang dar sekolah beriahu saya dia pelu ‘membaca buku’, beritahu saya jangan mengganggunya, saya sangka dia telah berubah, akhirnya saya ketahui buku yang dia katakan itu Facebook!”

Sebenarnya apakah itu Facebook? Nenek yang berusia 70 tahun juga mugkin ada Facebook! Sekiranya kamu takut tiada orang memberi perhatian kepada kamu, atau ingin dikenali, kamu boleh cuba tanya orang di sekeliling: “Apakah sebenarnya Facebook? Saya tidak pernah dengar…” Sudah pasti orang akan terkejut! Cubalah!

Facebook, rangkaian sosial yang paling popular pada masa ini. Sebelum ini, orang bertukar nombor telefon apabila bertemu sebagai cara berhubung, namun, kini banyak oang akan tanya: “Kamu ada akaun Facebook?” Orang yang tiada seperti bukan orang yang tinggal di bumi! Tak tahu adakah kerana takut kalah, tertinggal zaman, atau ingin ikuti trend, banyak orang membuka akaun Facebook, ada yag mempunyai banyak akaun.

Apakah daya tarikan Facebook? Orang tua, orang dewasa, pemuda, kanak-kanak pun tertarik kepadanya? Kami akan berbincang tentangnya tidak lama kemudian, mendedahkan misteri Facebook! 

Profil Facebook
Rakan-rakan, saudara-saudara, bapa saudara, ibu saudara, semua orang baik! Nama saya ialah Facebook, adakah nama saya hebat? Ya, nama keluarga saya “muka”! Jadi, semua orang panggil saya Facebook! Kalau kamu dengar orang berteriak “buku muka”, “muka book”, jangan rasa ragu, semuanya nama samaran saya...

Saya lahir pada 4 Februari 2004, kira-kira, saya telah berumur selama tujuh tahun (boleh pergi sekolah rendah satu). Pencipta saya seorang mahasiswa Universiti Harvard, belia dipanggil Mark Zucherberg. Adakah kamu tahu? Saya telah mempunyai 7.5 ratus juta pengguna yang aktif, dan semakin meningkat, semua orang suka saya, ada yang kehidupan terjejas akibat saya (Adakah kamu salah satu daripadanya?). Lihat, saya begitu hebat? Saya rasa, tentu pencipta saya pun tidak sangka saya begitu popular!

Berapa dalam kamu cintai saya?
Saya sangat sedari keutamaan saya dalam orang ramai khasnya pemuda, secara serius: saya tahu popularity saya sekarang telah mencapai cintaan semua orang, adakah kamu pun salah daripadanya?

Fikirlah, berapa dalam kamu cintai saya? Cari sebatang pendan jawab beberapa soalan yang senang! Kamu hanya perlu jawab “Ya” atau “Tidak”, dan kamu akan tahu tahap cinta kamu terhadap saya! (Oh, benar-benar ingin ketahui!)
  1. Perkara pertama yang difikir selepas bangun setiap hari adalah saya, sehari tidak nampak saya akan rasa gelisa.
  2. Masa yang digunakan setiap kali untuk membaca saya lebih daripada masa yang dijangka.
  3. Setiap hari pagi dan malam menemani saya.
  4. Kerap membaharui berita, termasuk apa yang dimakan pada sarapan pagi, ataupun menekan “Like”, kadar penggunaan sangat tinggi.
  5. Chat Box sentiasa dibuka, banyak bercakap dengan orang, menikmatinya.
  6. Sekiranya berasa bosan, atau ada peluang melayari internet, tentu datang menjenguk saya dulu.
  7. Untuk menemani saya, kamu selalu tidur lewat, ataupun tidak menyertai aktiviti luar.
  8. Selalunya berharap kawan boleh menekan “Like” pada pos, gambar, video yang kamu pos.
  9. Setiap kali melayari internet mencari maklumat untuk menyelesaikan tugas, tidak dapat dikawal melihat saya secara rahsia.
Permarkahan:
Cara mengira, tambah semua markah, 1 markah untuk “Ya”, 0 markah untuk “Tidak”.

0-2 markah:
Kamu sangat bijak, tahu bagaimana gunakan saya, tidak terlalu ketagih dengan saya, ianya bik kami mengekalkan jarak.

3-5 markah:
Kamu bijak juga, walaupun kadang-kadang melayari saya melebihi masa yang dijangkakan, tetapi kamu tahu ianya tidak baik, tahu mengawal diri sendiri.

6-8 markah:
Kamu peminat saya, saya gembira kamu selalu menemani saya, tahu mengawal diri sendiri, walaupun tidak keberatan, namun akan menekan “Ctrl+W” untuk meninggalkan saya.

9 markah dan ke atas:
Kamu peminat besar saya, hanya memberi tumpuan kepada saya, taat kepada saya, sehingga kekurangan tidur dan maka, membaca setiap rekod dengan teliti setiap pos, gambar, video, artikel. Tetapi secara jujurnya, tahap cinta kamu terhadap saya membuat saya rasa menakutkan! Sudah sampai masa untuk sedar diri!

Apakah kebaikan Facebook? Senarai kebaikan saya.
Percayailah saya-Facebook begitu popular kerana ada sesuatu kebaikan. Sebenarnya, saya bukan sombong, tetapi, sekarang saya masih ingin memperkenalkan kebaikan saya~

  1. Saya dapat membolehkan kamu berhubung dengan ahli keluarga atau kawan yang telah lama tidak berhubung.
  2. Saya percuma, hanya dengan talian dan sambungan internet, kamu boleh berhubung dengan kawan di seluruh dunia, boleh berbincang tentang kerja rumah, perkara dalam hati, menjimatkan kos telefon.
  3. Saya boleh menjadi “Diari atas talian”, menyediakan kamu engan platform untuk berkongsi perasaan. PAda masa yang sama, kamu juga boleh menemui kawan kamu dengan lebih baik.
  4. Saya juga ada banyak halaman berkaitan dengan hobi, membolehkan kamu menemui kawan yang ada sama hobi dengan kamu, bertukar-tukar idea antara satu sama lain.
  5. Penghiburan dan cara meluangkan masa merupakan apa yang dicintai orang ramai.
  6. Saya menjadi sampaian berita, orang ramai dapat menerima berita terkini, termasuk berita di mengenai dunia dan negara. Bah kata “Orang cerdik tidak keluar dapat mengetahui perkara yang berlaku di sedunia.”
  7. Saya membantu kamu menjimat banyak masa, membuat kamu bekerja lebih berkesan, kerana kamu boleh menyebarkan maklumat aktiviti selain mengiklankan diri sendiri atau kumpulan.
  8. Saya juga boleh menjadi penggera jam kamu yang percuma, mengingatkan kamu tentang hari jadi kawan, atau acara yang kamu pasti hendak menghadiri.
  9. Saya mempunyai banyak halaman maklumat yang untuk kamu belajar pengetahuan baru, aktiviti seperti Hari Bumi, Gerakan Hijau yang bermakna, membolehkan kamu berusaha dalam perliharaan bumi.
Malangnya
“Air boleh membawa bot, juga boleh karam bot”. Saya membawa kebaikan yang banyak, tetapi, saya tidak sangka ada pengguna yang tidak menghargai saya, tidak menggunakan saya dengan baik, malah menggunakan saya untuk melakukan perkara yang tidak sepatutnya, perkara yang menyalahi undang-undang. Ada orang beritahu saya bahawa terdapat orang yang ketagihan dengan saya, mengakibatkan pelbagai masalah, saya hendak menjelaskan: ini bukan tujuan kewujudan saya! Apabila terfikir reputasi saya dimalukan, saya berasa sedih, kecewa, sedih...
Cinta secukupnya baik
Lihat Facebook meninggal dengan sedih, saya rasa sudah tiba masanya kita fikirkan, adakah kita meninggalkan banyak perkara yang penting dalam kehidupan kerana ia, membuat Facebook menjadi “pihak ketiga”? Facebook boleh mengembangkan bulatan sosial kita, juga boleh menggunakannya untuk berkongsi artikel, video, menambah ilmu. Tetapi, kita patut berkawal, bagi Facebook, kita mesti tahu cinta secukupnya baik! Kalau tidak mudah ketagihan, malah menyebabkan kita menolak menyertai aktiviti luar, menjejas kemahiran sosial, masa, kerja rumah dan lain-lain.
Walaupun Facebook membawa banyak manfaat kepada kita, tetapi sekiranya kita mengalami “ketagihan Facebook”, berinteraksi dengan komputer setiap hari, sehingga tidak cukup tidur, akn mengakibatkan keruntuhan mental. Jadi, sekiranya Facebook telah menjejaskan kehidupan keluarga kita atau penglibatan aktiviti sosial, kita perlu berfikir dengan teliti.
KISAH BENAR
Suara dalaman seorang ibu

Cikgu, saya bimbang untuk anak perempuan saya. Perkara pertama dia bangun setiap hari adalah membuka komputer, dia melayari internet sepanjang hari, katanya melayari Facebook! Sepanjang hari dia tidak bercakap dengan saya, saya tanya apakah kelebihan Facebook daripada ibu? Kamu tahu apakah dia jawab? Dia kata: “Ibu, kamu ikut trend sikit, ada akaun Facebook baru bercakap dengan saya. Kamu tidak tahu zaman ini zaman apa!”. Kata dia menyakiti hati saya. Saya bersembunyi di dalam tandas dan menangis, susah-payah membawa dia, tetapi tidak dapat berbanding dengan Facebook? Beritahu saya, apakah yang boleh saya lakukan?.
Sejak permasaran Facebook, semua orang kegilaannya. Banyak pemuda suka berkongsi cerita mereka melalui Facebook, seperti Diari: Ada yang boleh bersembang dengan orang yang tidak dikenali selama beberapa hari, sehingga menjadi teman lelaki teman wanita. Dari semasa ke semasa, ia menjadi tabiat meletak pos di Facebook, ini mengurangkan perhubungan physical manusia. Adakah ia membawa apa kesan? Pada pendapat saya, ia sekurang-kurangnya mengurangkan keupayaan untuk berkomunikasi dengan orang secara langsung, keupayaan meneliti.
Apabila kita bersandar dalam Facebook, hubungan kita dengan ahli keluarga khasnya ibu bapa akan terjejas. Ini kerana kita akan meluangkan masa yang banyak dalam penggunaan Facebook, mengabaikan ibu bapa kita. Beberapa ibu bapa akan beasa lega dengannya? Kitab mengatakan: “Kamu perlu mengembirakan ibu bapa, mengembirakan orang yang melahirkan kamu.” Bab 23 kata 25. Sekiranya kita menumpu tumpuan pada Facebook, adakah kita boleh mengembirakan ibu bapa yang melahirkan kita, membesarkan kita?
Ketagihan tanpa diketahui?
Kesan Ladang Gembira

Seorang nenek yang bakal mati bercakap dengan cucunya, “Saya akan mati selepas beberapa minit, saya berharap kamu boleh mewarisi harta saya, termasuk rumah, bangsal, lading dan semua haiwan serta wang tunai sebanyak $322,389,630.” Cucunya terkejut: “Wa! Terima kasih enek, saya tidak tahu kamu ada sebuah ladang, di manakan asset-aaset ini?” Nenek dengan nafas yang terakhir, berkata: “Dalam Facebook, kata laluan adalah xxx xxx”.
Ini adalah satu jenaka yang bersebar di internet. Walauun hanya jenaka, tetapi saya percayai ia mebawa satu gambaran kepada kita—adakah kita tanpa diketahui telah ketagih? Walaupun kita boleh mendapat maklumat melalui skrin komputer, tetapi tidak dapat dinafikan, banyak perkara yang berlaku dalam Facebook adalah maya.
Kalau kamu bertanya, bagaimananya? Fikir dengan teliti, permainan yang ditawarkan di Facebook, tidak kira memelihara binatang peliharaan, tanam sayur, mengendali restoran, semuanya diaturkan, kekurangan penglibatan manusia. Kita boleh memerlihara binatang peliharaan kita dengan baik, tetapi harus tahu, tidak kira bagaimana, masih ada berjuta-juta orang di dunia sedang melakukan perkara yang sama. Adakah kamu masih ingat, bagaimana membantunya mandi? Dengan air? Dengan sabun? Bukan!
Kamu hanya duduk di hadapan komputer, menekan tetikus, binatang peliharaan akan menjadi bersih. Kamu mungkin akan berasa berbangga dan berkata: “Saya telah membersihkan binatang peliharaan saya!” Tetapi kalau suatu hari, seekor binatang peliharaan yang sebenar berda hadapan kamu, adakah kamu tahu membantunya mandi?
Sama dengan situasi di atas, kalau suatu hari, seorang memberi kamu benih, baja, cangkul…adakah kamu tahu bagaimana melonggarkan tanah, menanam sayur, menyuburnya? Ataupun, satu restoran yang baru dibuka untuk kamu kendalikan, semua pekerja termasuk tukang masak dan pelayan, adakah kamu tahu mengaturkan?
Sila ingatkan, Facebook hanya membekalkan permainan untuk kita, sebenarnya hanya untuk hiburan, untuk meringankan beban badan, bukan mengakibatkan kehidupan kita terjejas. Ada orang yang berkata dia seitap hari pagi malam bimbang tanaman yang ditanam dicuri. Suatu hari, tanaman dia telah dicuri kawan baik dia, dia rasa marah, lalu memutuskan hubungan dengan kawan dia…Saya nampaknya begitu marah, saya berfikir: “Permainan boleh mengelirukan fikiran diakah?”
Selain itu, kita perlu berhati-hati mencegah permainan yang tidak baik, khasnya permainan yang mengandungi isu keganasan, pergaduhan, perjudian. Kalau boleh, pilihlah permainan teks, di samping meluangkan masa, boleh belajar, kan baik?
Maklumat tidak disulitkan—Facebook berbahaya?

Sejak Facebook dipasarkan, kebanyakan gerak geri orang bukan lagi rahsia. Akademi Cina Sains Social menerbit laporan penyedikan pada 7 Julai 2010 yang menunjukkan bahawa lama neb sosial seperti Facebook membocorkan maklumat peribadi, perdagangan dan ketenteraan. Keselamatan Facebook akan membimbangkan, akaun mudah disalahgunakan oleh penjenayah, juga perlu bimbang penipuan foto, dan juga kecurian maklumat.
Walaupun kita telah menetapkan maklumat hanya dihadkan kepada sekumpulan, tetapi kami tidak boleh menghentikan orang lain meyebarkan maklumat itu. Tetapi, ramai pengguna masih tidak sedari, meletakkan maklumat peribadi, foto, pergerakan terkini, tabiat, pergerakan di Facebook, menjadikan maklumat peribadi tidak lagi peribadi mungkin juga diperolehi oleh orang lain, penculikan dan pecah rumah berlaku. Cable News Network (CNN) di Amerika mendapati, 25% keluarga menetapkan perlindungan maklumat, seperti mendedahkan gambar dan nama anak. Pengguna akti pada mulanya tidak keberatan, tetapi lama-kelamaan mereka mendapat nama mereka ditag di banyak gambar iklan, mula berasa letih. Ada juga pengguna yang mengadu bahawa nama ditag di pelbagai gambar erotic, memalukannya. Selain itu, ada pengguna yang mengadu kerana satu tekanan yang tidak sengaja mengakibatkan dia pos di dinding semua kawan dia, dia perlu memadamkannya satu demi satu.
Rahsia

Sebenarnya Facebook bukan tidak mempunyai privasi, hanya peneapan privasi agak tidak mesra. Pusat privasi Amerika megingati, semua pengguna Facebook atau rangkaian sosial lain, jangan mendedahkan atau mengisi enam maklumat di bawah, termasuk:
  1. Tahun kelahiran dan tempat kelahiran
  2. Jika kamu ingin menerima hadiah dan ucapan tarikh lahir yang lebih banyak, bolehlah letakkan tarikh lahir, tetapi jangan letakkan tahun kelahiran, bagi mengelakkan ada orang mengunakan maklumat-maklumat ini untuk meneka kata laluan akaun-akaun kamu.

  3. Alamat
  4. Kalau kamu tidak mahu penjenayah melawati rumah kamu, jangan mengisi ruang ini.

  5. Rancangan Perlancongan
  6. Orang yang secerdik kamu, jangan membesar-besarkan apabila hendak pergi melancong.

  7. Foto yang berisiko
  8. Laman sosial juga menjadi saluran rujukan kepada industry insurans untuk menilai kadar keselamatan, sekiranya orang itu lebih suka aktiviti berisiko tinggi, ia akan memberi kesan kepada pampasan masa hadapan kamu. Gambar intim atau gambar bogel perlu ditapiskan sebelum dimuatkan agar tidak menjadi gambar mencari pelanggan oleh industri erotik.

  9. Taubat kamu
  10. Jangan membuat akuan di internet termsuk ketidakpuasan terhadap syarikat, bos, dan rakan sekerja kamu, ataupun kesilapan kamu, untuk mengurangkan kecederaan pada masa hadapan kamu. Melainkan jika kamu telah membuat penyediaan mental.

  11. Petunjuk kata laluan
  12. Ini ungkin membantu kamu mengingati kata laluan kamu, tetapi juga memberi peluang kepada penjenayah, berhati-hatilah.

Semakin banyak maklumat erotik di Facebook?
Kebelakangan ini, industri erotik menceburi laman sosial Facebook pun tidak dikecualikan. Cable News Network (CNN) mendapati, perkongsian sambungan yang berkaitan dengan seks di Facebook 90% lebih tinggi berbanding dengan sambungan yang lain.
Banyak jenaka yang mengandungi unsur erotik disebarkan. Banyak ibu bapa yang mengadu bahawa banyak filem lucah bersebar di Facebook, menyeru pihak berkuasa menapiskan video-video ini. Yang paling melampau adalah kanak-kanak pun menjadi sasaran, menyebabkan Facebook dan Microsoft bekerjasama membanteras pornografi kanak-kanak. Ada laporan yang mengatakan bahawa kanak-kanak yang berusia sekecil dua belas tahun telah mencati pasangan seks melalui Facebook, matang mengejutkan.
Berwaspada dengan pembohong
Faceook semakin popular, pembohong semakin banyak. Semakin banyai penjenayah mengunakan Facebook untuk mengenali gadis, memenangi kepercayaian, mengerjanya dengan alasan mengambil berat, menipu wang dan badan, melarkan diri selepas Berjaya.
Tidak lama dahulu, media melaporkan seorang lelaki gay berusia 20 tahun yang bernama Kevin, menipu wang dan badan. Kevin akan mencari mangsa di Facebook, mengajak mangsa keluar selepas mengenalinya, dengan makan malam yang romantis, mangsa terperangkap. Selepas mendapati badan mangsa, mencuri telephon bimbit, komputer riba, wang tunai dan harta lain; yang paling membimbangkan ialah Kevin yang “lemah lembuh” ini disyaki pembawa AIDS.
BERITA: 28 Januari 2011
Progol Facebook
(New York, 28 Laporan Penyatuan)—New York Amerika, pesalah yang berusia 24 tahun, Brad, mempersona 700 orang gadis bawah umur untuk menjadi kawan di Facebok, menjemput mereka ambil ganja, kemudian merogol. Brad mengaku kesalahan merogol sekurang-kurangnya 4 orang gadis pada hari Rabu di mahkamah, dihukum penjaraan selama 12 tahun. Mengikut pihak polis, pesalah menggunakan Facebook untuk mengenali gadis, mengajak mereka keluar bertemu, kemudian merogol mereka. Pegawai mendapati bahawa dia mempunyai seramai 700 “kawan” di Facebook.
Dia memulakan dengan berkawan dengan seorang gadis, kemudian mencari mangsa dalam senarai kawan gadis itu, dengan itu meningkatkan bilangan “kawan”.
Bah kata pepatah: “Niat mencederakan tidak boleh ada, Niat mencegah tidak boleh tiada”. Sekarang semakin banyak orang “palsu” di Facebook. Selalunya kita tidak mengetahui orang dengan sempurna, jadi dalam dunia maya Facebook, kita harus lebih berhati-hati!
Saya ingin menjadi orang terkenal
Adakah kamu pernah berfikir apakah motivasi mengemaskini status kamu, atau menampal gambar, video? Adakah semata-mata mahu mendapat “Like” kawan? Pakar British Greenfield berkata, pengguna Facebook menikmati perhatian orang, seperti kanak-kanak yang baru belajar berjalan, berharap dapat mendapat perhatian orang, mendapat pembalasan mereka.
Ramai orang tidak disedari mengalami status cintai diri sendiri, malah menjadi sombong, mengalami “krisis identiti”. Mereka berharap dapat menjadi tumpuan orang setiap hari; tetapi mereka kurang memahami diri sendiri, hanya boleh menentukan kedudukan dan nilai mereka melalui “orang yang kenali mereka”.
Pakar juga percaya bahawa persahabatan yang bersebar di dunia internet, sebenarnya mengurangkan tumpuan pengguna, kerana mereka mengharapkan kepuasan segera, hanya berkomunikasi melalui visual, kemahiran komunikasi lisan menjadi teruk.
Pakar Facebook
Lihatlah beberapa ramai orang dalam senarai kawan kamu? Ada seratus hinga seribu kan? Setiap hari, sekiranya setiap orang mengemaskini starus, kamu akan mendapati beberapa ratus maklumat. Ini tidak termasuk artikel, video, gambar yang dikongsi. Ia memerlukan banyak masa kalau ingin membacanya satu demi satu.
Kira dengan berhati-hati, beberapa lama kamu luang di Facebook? (Secara jujur!) Pakar doctor physco berkata, sekiranya kamu meluangkan masa lebih daripada empat jam sehari di Facebook, kau akan berasa gelisa sekiranya satu hari tidak menggunakan Facebook. Hadkan masa melayari Facebook dalam masa jangka setengah jam hingga 2 jam, ia masih dikira menggunakan Facebook dengan berhemah!
(Kitab) “Segalanya boleh dilakukan, tetapi bukan semuanya mendatangkan manfaat” (Korintus Bab 10 kata 23) dan juga berkata: “Hargai masa, pada zaman yang gelap ini. Jangan menjadi orang yang konyol, perlu memahami hati Tuhan.”
Facebook seperti pisau dengan dua permukaan, membawa kesan positif dan juga kesan negative. Selagi kita tahu membahagi masa, menggunakannya untuk menambah kawan, tidak ketagih, tidak melakukan perkara yang tidak sewajarnya, tidak dipengarui oleh maklumat butuk, maka kita boleh menjadi pakar Facebook, tidak membenarkan Facebook menguasai kehiupan kita.
Sumber: The Youth Way Fasa 111