Pelbagai pilihan untuk kamu

Seni, sains, kedua-dua pun popular
Dua ekor angsa tinggal di tasik putih, seekor hitam, seekor putih. Orang ramai selalunya berbincang sama ada angsa putih lebih cantik atau angsa hitam lebih cantik? Orang yang sukai angsa hitam katanya lebih mulia, orang yang sukai angsa putih pula katanya suci. Dua kumpulan ini masih berdebat, bagaimanakah dengan kamu? Mana kumpulan yang kamu berpihak?
Sama dengannya, ramai orang yang berbincang adakah orang yang belajar seni ada masa hadapan yang luas? Atau orang yang belajar sains ada masa hadapan yang lebih baik? Semasa saya belajar di sekolah menengah, masalah ini telah wujud. Ada pelajar yang berkata doktor, jurutera adalah pelajar sains, mereka seakan sangat sombong; ada orang kata doktor, jurutera ada boss, dan boss selalunya merupakan orang yang belajar seni…
Apabila dewasa, saya rasa tidak kira seni atau sains, kedua-dua ada masa hadapan yang baik, semua kerja adalah sama, dan setiap kerja adalah kelebihannya! Ia hanya bergantung kepada bagaimana kamu belajar dengan baik, melakukan kerja yang sepatutnya!
Apabila berada di tingkatan empat, ramai pelajar mengalami masalah memilih subjek. Saya masih ingat saya juga mengalami masalah yang sama. Mana subjek yang sesuai untuk saya? Saya patut pilih subjek apa? Bagaimanakah kalau salah pilih?
Semasa membuat pilihan, saya berharap dapat mendengar pandangan orang lain, kadang-kadang takut pandang orang lain banyak, merisaukan! Sangat menyusahkan!
Ling:“Dong, saya mahu belajar perniagaan, tetapi ibu bapa mahu saya belajar sains, amat menjengkelkan!”
Dong:“Kenapa begini? Kenapa ibu kamu mahu kamu belajar sians?”
Ling:“Kerana mereka rasa perniagaan tiada masa hadapan, susah mencari kerja kelak.”
Dong:“Apakah pendapat kamu?”
Ling:“Sudah tentu saya takut tidak dapat cari kerja, tetapi saya tidak suka sains…”
Dong:“Jadi apa subjek yang kamu ingin belajar?”
Ling:“Saya tidak tahu, kalau saya tahu saya tidak perlu tanya kamu! Tetapi, semua kawan saya memilih belajar sains…”
Dong:“Senanglah kalau begitu, ikutlah!”
Ling:“Tetapi saya tidak mahu…Apakah yang boleh saya lakukan?”

Ramai orang seperti Ling, tidak pasti pilihan sendiri, selalu dipengaruhi oleh orang di sekeliling. Selain itu, ada orang yang takut membuat keputusan yang salah, takut gagal kerana satu keputusan yang salah! Namun, adakah memilih subjek begitu menakutkan?
Sebenarnya, akibatnya tidak begitu serius! Subjek sekolah menengah selalunya amat rendah, kalau rasa tidak sesuai dengan kamu selepas belajar, kamu masih boleh menukar ke subjek lain. Tetapi secara umum, ia susah menukar dari seni atau peniagaan ke sains; namun ia lebih senang kalau menukar dari sains ke seni atau perniagaan, ini adalah kerana sains lebih kompleks dan memerlukan lebih banyak masa untuk mengkaji dan memahami.
Tengok apa pilihan mereka!
Kes 1:
Keputusan PMR telah dikeluarkan, keputusan Jiao Jiao sederharna, cikgu membahagikan Jiao Jiao ke sains untuk belajar. Selepas Jiao Jiao mengetahuinya, dia rasa sangat gembira, kerana dia dengar pelajar yang belajar sains merupakan pelajar cemerlang, dia berasa bangga kerana dapat masuk sains. Ibu ketahui sikap Jiao Jiao, rasa dia tidak berminat pada sains, malah mungkin tidak dapat mengikut kursus. Jiao Jiao tidak puas hati, tidak ingin mendengar nasihat ibu untuk menukar ke kelas seni dan perniagaan, dia ingin masuk kelas sains. Siapa tahu, dua keputusan peperiksaan yang dia dapat amat teruk, tiada yang lulus, bagi dia sains terlalu membebankan! Akhirnya, cikgu terpaksa memindahkannya ke kelas seni dan perniagaan, ini merupakan tamparan yang besar bagi dia. Jiao Jiao bukan sahaja kecewa, malah mengalami kemurungan…


Kamu dengar apa yang saya katakan
Sebenarnya, ada keputusan yang cemerlang, minda matematik yang fleksibel, baru ada keupayaan belajar di kelas sains, menangani kerja rumah yang banyak. Sekiranya mendapati diri anda tidak dapat menanganinya, lekas membuat pengagihan. Pemikiran Jiao Jiao pada permulaannya sudah salah, dia ingin menunjukkan (iaitu untuk air mukanya) dengan masuk dalam kelas sains, apabila ketahui dia tidak berupaya, dia tidak ingin menukar subjek, akhirnya mendatangkan banyak masalah kepada diri sendiri.


Kes 2:
Jing sangat benci ibunya mengganggu dia membuat pilihan. Dia bertengkar dengan ibunya pada permulaan sekolah. Ibu mahu Jing masih kelas sains, kerana dia rasa masa hadapan sains cerah, mudah mencari kerja. Namun, Jing suka seni, gemar melukis, reka pun berbakat. Melalui kenalan kawan ibu, Jing dan ibu datang ke bilik kaunseling, melaui ujian bakat dan perbincangkan kaunseling, Jing lebih ketahui apa subjek yang dia sesuai. Kerana Jing berkeras, ibu akhirnya membenarkan Jing mengambil seni.


Kamu dengar apa yang saya katakan
Apabila ketahui tujuan sendiri, kita perlu belajar berpegang kepada pilihan diri, berjuang untuk apa yang kita mahu. Yang dikatakan “jalan sendiri dijalan sendiri”, tetapi kita tidak mendorong anak bertengkar dengan ibu bapa demi impian sendiri, menyakitkan hati ibu bapa, walaup bagaimanapun, bertengkar bukan cara komunikasi yang baik! Yang perlu diketahui, selain bertengkar, kita masih ad acara penyelesaian yang baik! Akan tetapi, jangan lupa, berpegang kepada pilihan sendiri, belajar dengan bersungguh-sungguh!


Kes 3:
Abang dan kakak semua masuk kelas sains, mereka memberi amaran supaya tidak membuang air muka mereka, mesti masuk kelas sains. Zhong rasa sangat tertekan, walaupun tahu dia boleh menangani kerja rumah sains, tetapi dia ketahui dia tiada minat. Dipaksa berada dalam kelas sains selama beberapa bulan, rasa tertekan, Zhong tidak mempeduli mereka yang membantah, menukar ke kelas seni, inilah yang dia benar-benar mahu!


Kamu dengar apa yang saya katakan
Kemudian, Zhong belajar di university tempatan, berjaya mendapat ijazah sarjana kaunseling! Dia mendapat apa yang diingini, belajar dengan gembira, dan ada peluang untuk menunjukkan keupayaannya. Memilih subjek tidak semestinya mengikut orang lain, perlu memahami minat dan keupayaan diri, barulah boleh membuat pilihan yang betul!

Kajian
Semasa memilih subjek seni atau sains, kamu akan mempertimbangkan…? Dalam kehidupan, ada beberapa benda yang sangat penting kepada kita, ada pula yang tidak penting. Penilaian sama ada benda ini penting atau tidak mesti akan mempengaruhi kita semasa kita membuat pilihan. Semasa memilih subjek seni atau sains, apakah yang kamu fikirkan? Sekarang, tanyai diri sendiri, bagi kamu, apakah yang paling penting? Apakah yang kurang penting? Apakah yang tidak begitu penting?
Dengan jumlah mengutamakan, satu merupakan yang paling penting, 12 merupakan yang paling tidak penting.
  1. Mudah difahami
  2. Untuk kerja masa hadapan
  3. Mudah melanjut pelajaran
  4. Mencabar
  5. Diyakini
  6. Gaji tinggi
  7. Selamat
  8. Pencapaian
  9. Keputusan
  10. Ibu bapa
  11. Kawan
  12. Minat
Saya patut lakukan apa?
Apakah minat/hobi saya?
Semasa kecil, hobi pertama saya ialah mengumpul setem, kedua menyanyi, selepas menghadiri kelas nyanyian, saya berminat untuk menjadi bintang. Apabila sampai tingkatan dua, kawan di sekeliling saya mendapati saya adalah seorang pendengar yang baik, lalu menggalakkan saya belajar kaunseling. Semasa tingkatan empat, saya mula berminat pada subjek ini, lalu mengenali subjek kaunseling, lama-kelamaan, saya rasa saya patut terus berkembang dalam sector kaunseling. Apabila orang ada minat terhadap sesuatu, tentu akan berasa hairan, belajar baru dapat berkekal. Sudah tentu, sesetengah minat akan kita ada, tetapi ada minat juga akan berubah.
Berminat? Kalau saya tidak berminat kepada buku, adakah saya tidak perlu membaca?
Jangan lupa, minat boleh dipupuk.
Ah! Saya suka doktor, saya juga berminat menjadi doktor, adakah ia bermaksud saya boleh menjadi doktor?
Minat bukan yang paling hebat!
Sudah tentu kita perlu lihat keupayaan kita!

Apakah keupayaan saya?
Hanya bergantung kepada minat tetapi tidak berkeupaya, sudah tentu tidak dapat mendapat subjek yang persaingannya kuat, malah, walau boleh, selepas mendapat subjek itu, keputusan mungkin tidak baik. Sebenarnya, pelajar boleh menggunakan kemajuan masa lalu, kuiz dan ujian sebagai petunjuk untuk mengetahui keupayaan mereka.
Seni
Secara umumnya, syarat untuk memilih subjek seni:
  1. Ada kemahiran Bahasa, boleh menganalisis, menganjur (bukan semata-mata ingat dan membaca).
  2. Boleh melihat dari pelbagai sudut, perasaan kaya, imaginasi kuat.
  3. Suka membaca prosa, sejarah, menganalisis social, buku etika.
  4. Berminat pada etika, fenomena social, hal ehwal politik, suka membuat kesimpulan, memberi pandangan.
  5. Boleh berbanding, merumuskan fenomena perkara.
  6. Suka kehidupan berkumpulan, suka berbincang, menukar pandangan.
Pelajar yang memilih subjek seni perlu berminat pada manusia (contohnya kebudayaan, aktiviti mental, pemikiranan manusia dan lain), kerana subjek seni merangkumi perkembangan dan pencapaian sejarah, sastera, falsafah, seni.

Hua:“Wah! Rupa-rupanya belajar subjek seni ada begitu banyak syarat? Saya ingat sangat senang…”
Hui:“Tentunya, sebenarnya, setiap subjek perlu berusaha!”
Sains
  1. Kemampuan menganalisis dengan logik, handal mengaji soalan, ada gerak hati dalam matematik.
  2. Pengetahuan tidak semestinya luas, tetapi mesti dalam. Ada minat kepada dunia material dan perbincangan tentang abstrak.
  3. Sanggup berusaha, suka kajian dan pemerhatian, tidak takut mengira, ada ingatan baik, ada keyakinan untuk mengatasi masalah.
Pelajar yang memilih subjek sains patut ada kemampuan meneliti, keputusan matematik, sains dari tingkatan satu hingga tiga baik, berminat pada fizik, kimia, biologi, lebih baik kalau boleh memahami dengan sepenuhnya. Kalau asas baik, belajar subjek sains bukan sesuatu yang susah!
Selain beberapa subjek yang boleh dipilih, ada subjek lain yang ditetap oleh kementerian pendidikan Malaysia yang mesti diambil. Contohnya: Bahasa Melayu, Bahasa English, sains umum, matematik, sejarah, moral/agama.
Ying:“Memilih beberapa subjek utama sudah cukup, kenapa kementerian pendidikan Malaysia mahu kita belajar begitu banyak subjek?”
Dee:“Makan nasi sudah cukup, kenapa masih perlu makan sayur?”
Ying:“Khasiat sayur tidak sama dengan nasi, kita perlu lebih khasiat yang berbeza.”
Dee:“Belajar satu subjek yang lebih maka lebih banyak pengetahuan, semuanya pengetahuan asas!”

Tidak kita kamu memilih subjek apa, sekurang-kurangnya perlu ada pengetahuan am sebagai asas kehidupan. Pengetahuan ini dapat digunakan di mana-mana perkerjaan. Contohnya: menggunakan Bahasa English untuk berkomunikasi, tahu mengira, dan ada kefahaman asas tentang geografi, maka tidak akan sesat! 
Fahamilah setiap pekerjaan
Saya masih ingat semasa gred tiga, esei pertama yang saya tulis ialah “cita-cita saya”. Pada masa itu, ramai pelajar lelaki menulis: polis; pelajar perempuan pula menulis: cikgu. Semasa sekolah menengah, ramai pelajar perempuan bercita-cita menjadi akauntan, penyanyi, model. Pada masa itu, saya menulis sebagai kaunselor, ramai pelajar berasa hairan, apakah kerja ini?

Semasa kecil, kerja yang ditahui tidak banyak, hanya: cikgu, guru besar, doktor, polis, penjaja. Apabila dewasa, ramai kerja yang diketahui. Dunia ini ada ramai kerja, apabila saya ketahui satu kerja yang baru, maka saya ada satu peluang yang lebih! Peniaga, tukang masak, pelancongan, media, doktor, jurutera, jurutera elektrik, jurutera perisan komputer, jurusolek, akauntan, seniman, pengumpul maklumat, peguam, pengajar, pemuzik, pemeriksa kesihatan, jurujual, ahli terapi fizikal, jururawat, pakar radiologi, pembantu farmasi, aktuari, kakitangan pengiklanan, pelayan penerbangan, pelukis kasar kaunselor, sumber manusia, pakar pemakanan, farmasi, pemandu pelancong, doktor haiwan, pembangunan laman web, penerbit televisyen, anak kapal, jurugambar, pengurusan perniagaan, petani, ahli sukan, pereka fesyen, setiausaha, ahli politik, editor, wartawan, penari, pelukis dan sebagainya.

Selain kerja yang disenaraikan di atas, apakah kerja lain yang kamu dapat fikir?

Sebagai seorang pelajar, perhatikan setiap kerjaya melalui surat khabar, saudara-mara, dan kawan pada masa lapang. Fahamkan kandungan setiap kerja, kenali syarat yang diperlukan. Bagi kerja yang diri berminat, beri perhatian, kenalinya, semuanya boleh menjadi rujukan semasa memilih subjek.

Lima puluh lapan hari lagi akan tamat pengajian, sangat gembira! 
Lima puluh lapan hari lagi akan tamat pengajian, sangat menakutkan!
Selepas tamat pengajian
Bagi mereka yang akan tamat pengajian, pelajar yang tidak sama ada perasaan yang berbeza, ada yang gembira dan ada yang risau! Sudah tentu, pelajar mungkin ada berbagai perasaan pada masa yang sama…
Sebab pelajar gembira
“Akhirnya telah terlepas dari kawalan sekolah, boleh mewarnai rambut, ada kuku panjang…”
“Boleh mengaut keuntungan, membeli baju cantik, tidak perlu meminta wang dari ibu bapa lagi!”
“Boleh bercinta dengan sesuka hati!”
“Sangat gembira apabila fikir perlu ke England atau Australia untuk melanjutkan pelajaran.”
“Tidak perlu risau tentang peperiksaan yang menghampiri setiap hari!”

Sebab pelajar takut
“Saya masih tidak tahu masa hadapan, tidak tahu apa yang perlu dilakukan, jalan mana yang sesuai?”
“Memilih untuk bekerja? Umur ini, ada apa kerja yang boleh dilakukan? Ada masa hadapan yang cerah?”
“Melanjutkan pelajaran? Apakah yang patut diambil?”
“Melanjut pelajaran di luar negara? Adakah keluarga saya boleh menanggung beban kewangan? Bolehkah saya menyesuaikan diri?”
“Masuk kolej yang mana lebih baik? Ataupun terus ke tingkatan enam, bersedia masuk university tempatan? Tetapi saya dengar orang kata tingkatan enam susah…”

Bekerja
Kalau kamu mahu bekerja, semasa memilih kerja, kita mesti mengenali perbezaan kerja “profesional dan bukan profesional”. Kalau tingkatan lima keluar bekerja, ramai orang bukan profesional, tetapi bukan profesional bukan bermakna tidak pakar! Kerja yang tidak perlu taraf profesional, biasanya hanya memerlukan pengetahuan dan keupayaan berkaitan. (Contohnya: perlu tahu menggunakan komputer, pelajaran sampai tahap SPM, tahu Bahasa Mandarin, Bahasa English, Bahasa Melayu), tidak perlu layak pakar. Kerja: peniaga, penjaja, artis, wartawan, insurans, pelancongan, setiausaha, pembantu perniagaan, promoter dan sebagainya.
Melanjut pelajaran
Kalau kamu ingin belajar, kamu ada ramai pilihan, profesional atau tidak bukan masalah!
Pergi mana belajar?
Pada asasnya, terdapat empat saluran untuk melanjut perlajaran:
  1. Pendidikan awam tempatan
  2. Pendidikan teknikal tempatan
  3. Pendidikan awam swasta
  4. Belajar di luar negara
Berkaitan dengan pendidikan teknikal—fahami lebih banyak
Pendidikan teknikal merupakan pendidikan untuk mengajar pelajar yang keputusan tidak baik kerana tidak dapat menyesuaikan diri dalam kaedah pembelajaran tradisional, merupakan pendidikan berlatih, agar pelajar dapat menguasai pengetahuan dan kemahiran. Selain itu, pendidikan teknikal juga membolehkan pelajar yang kurang sokongan kewangan melanjutkan pelajaran, mempunyai satu kemahiran dan dapat mencari kerja yang sesuai pada masa yang akan datang.
Sekiranya ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang saluran melanjut pelajaran, boleh membeli majalah yang berkaitan di kedai buku atau melayari laman web www.fsi.com.my.
Penerbit mahu berkata
Sering mendengar beberapa pelajar yang hampir habis perlajaran berkata: Belajar hanya untuk mendapat satu ijazah, saya tidak peduli! Ramai orang yang ada ijazah kerjanya buruk…orang yang tidak mempedulikan ijazah tanpa diketahui semakin disingkirkan dari masyarakat yang semakin maju.
Saya tidak menafikan bahawa ramai orang yang tiada ijazah berpakar, tetapi dalam masyarakat yang realiti, apabila orang tidak tahu berapa pakar kamu, ijazah boleh membuktikan nilai kamu.
Sebenarnya, saya sering nampak orang yang berpakar, kerana tiada ijazah, dihina orang yang ada ijazah!
Oleh itu, saya menasihati semua pembaca, selepas tamat pengajian di sekolah tinggi, sekiranya ada peluang, lanjutlah perlajaran! Ia sangat penting, selain ijazah, melanjutkan pelajaran juga mendatangkan banyak faedah! Mari kita lihat dengan lebih jauh…
Sudah tentu, mereka yang sudah mendapat ijazah: Jangan bersuka ria, sombong kerana mendapat ijazah! Kamu mesti terus berusaha, maka orang lain tidak akan memandang rendah pada ijazah yang kamu ada.
Jalan yang tidak sama
Semua orang ada jalan yang perlu dijalan, orang yang tidak sama berjalan di jalan yang berbeza. Seterusnya, mari kita lihat pengalaman orang lain!
Temu bual 1:
Tanya Yi, adakah pereka fesyen merupakan cita-citanya sejak kecil? Dia menggelengkan kepalanya, walaupun sejak kecil suka melukis, tetapi tidak pernah berfikir menjadi pereka fesyen. Selepas tamat tingkatan lima, dia bekerja sebagai jurujual di kedai mak cik dia. Pada masa itu, mak cik dia berharap dia boleh belajar reka fesyen, agar dia boleh membantu di kedai pada masa kelak. Oleh itu, di bawah sokong kewangan mak cik dia, Yi telah masuk institut untuk belajar subjek reka fesyen, berusaha untuk masa hadapan.

Temu bual 2:
Oleh kerana gemar menulis skrip, selepas tamat sekolah menegah, Lin telah menjadi seorang wartawan. Pada mulanya, dia bekerja sebagai koresponden, bertanggungjawab menemu bual dan mengambil gambar; kemudian, dia bekerja sebagai wartawan dan jurugambar. Sekarang dia adalah wartawan khas, sudah dua puluh tahun! Selama bertahun-tahun, dia tidak pernah kata letih, kerana dia terlalu menyukai kerja ini!

Temu bual 3:
Kai belajar kejuruteraan kimia semasa universiti; selepas tamat pengajian, tetapi kerja yang pertama dia dapat adalah kerja insuran. “Walaupun saya belajar kejuruteraan kimia, tetapi saya tidak suka bekerja di kilang. Sebelum masuk industri insuran, saya langsung tidak ketahui sektor perniagaan, oleh itu, semasa saya mula bekerja, syarikat menyediakan latihan sepanjang dua minggu.” Dengan itu, dari langsung tidak tahu masuk secara rasmi, dia telah menjadi salah satu pekerja yang paling hebat dalam masa yang singkat. Kemudian, Kai bekerja sebagai pengurus di syarikat baru, mengetuai dua puluh pekerja. “Pada masa itu saya percaya, sekiranya berusaha, tidak kita dalam industri apa, boleh dapat ganjaran yang diingini.”

Takut pilihan yang salah

Jinyi:“Ramai orang yang bekerja di industri yang tidak sama dengan apa yang dibelajar, adakah ini bermaksud mereka telah membuat pilihan yang salah?”
Hong:“Ya! Memilih subjek merunsingkan saya, kerana takut salah pilih!”
Cikgu Fang:“Saya boleh fahami perasaan kamu!”
Jinyi:“Kakak saya ada seorang kawan yang tamat pengajian dengan subjek biologi, tetapi menjadi wartawan. Dia memberitahu kakak saya, dia mempunyai seorang teman yang baru sahaja tamat tingkatan lima, diperkenalkan oleh bapa saudaranya, juga menjadi wartawan.”
Hong:“Oh! Jadi empat tahun di universiti sia-sia sahaja?”
Cikgu Fang:“Kamu tidak rasa mereka berbeza? Walaupun apa yang kawan kakak kamu belajar tidak sama, tetapi dia berlatih di universiti, tahu bagaimana membuat report, menggunakan komputer, bercakap di hadapan orang, malah pernah bekerja di syarikat lain, saya percayai dia lebih berpeluang. Selain itu, dia lebih berpengalaman berkomunikasi dengan orang! Membaca tidak akan disia-siakan, kerana pengetahuan yang kamu miliki sentiasa berada di dalam otak kamu, siapa tidak ingin lebih berpengetahuan?”
Hong:“Cikgu, Saya tidak lagi bimbang tentang memilih subjek selepas dengar kamu cakap!”
Cikgu Fang:“Ya! Memilih subjek bukan sesuatu yang menakutkan, membuat pilihan yang baik, selepas memilih berusah belajar, selepas habis belajar baru merancang lagi.”

Ya Tuhan! Apakah subjek yang saya patut pilih?
Orang ramai selalunya rasa takut dan tidak aman kerana jalan hadapan yang tidak kenal pasti. Oleh itu, ramai orang yang sedang memilih subjek bertanya: “Ya Tuhan! Apakah subjek yang saya patut pilih?” Semasa berdoa, kita sering berkata: “Ya Tuhan! Saya menyerahkan masa hadapan di tanganMu…” Tetapi selepas berdoa, kita masih rasa bimbang, adakah saya patut pilih subjek apa? Seni? Sains?
Sebenarnya, kita boleh belajar menghadapi masa hadapan dengan hati yang tenang. Kristian patut berdoa dan mencari kehendak Tuhan sebelum melakukan sebarang keputusan. Perlu diketahui, kehendakan Tuhan tidak akan bertentangan dengan ajaran kitab, dan selepas membuat keputusan, ada keamanan dalam hati. Kita juga boleh berdoa dengan orang lain, agar kita lebih memahami bimbingan Tuhan.
Memilih subjek seni atau sains tidak bertentang dengan ajaran kitab, kita hanya perlu menumpu perhatian terhadap motivasi di sebaliknya. Contohnya: seorang pelajar memilih subjek sains kerana ingin menunjukkan kehebatannya kepada orang lain; seorang pelajar memilih subjek seni kerana pelajar perempuan lebih ramai, lebih senang mengejar…Tuhan mesti tidak suka motivasi ini semasa kita memilih subjek!
Tuhan mahu Kristian ada tingkah laku yang baik di dunia ini, menjadi cahaya dan garam, menjadi saksi Tuhan. Oleh itu, tidak kita apa yang kita lakukan, kita tidak patut memalukan Tuhan! Kita patut bertabah, tidak kita belajar subjek apa atau apa yang berkerja, patut mengikuti ajaran kitab, melakukan segalanya dengan sedaya upaya. Ramai orang walaupun bukan pendakwah atau paderi, tetapi kerana perlakuan yang baik, tingkah laku yang baik mengkagumkan orang ramai, orang di sekeliling nampak keagungan Tuhan melaluinya. “Kamu juga perlu bercahaya di hadapan orang, agar mereka nampak tingkah laku baik kamu, supaya bapa di syurga dimuliakan.” (Matius bab 5 kata 16)
Jangan lupa, menginjil dan menjadi saksi Tuhan di sekolah atau di tempat kerja!

Sumber:The Youth Way Fasa 75