Sepuluh sen yang berharga

Selepas tamat pengajian, saya berasa sangat gembira kerana ini merupakan kali pertama saya menjadi seorang guru gantian. Saya diatur untuk bekerja di sebuah kampung di Miao Li. Bapa sering menasihati saya bahawa “Pendidikan diibaratkan seperti penanaman pokok, dalam usaha untuk membiarkan pokok itu tumbuh tinggi dan sihat, bijih benih ialah elemen perdananya, selain itu, usaha menjaganya sejak anak pokok lagi haruslah dijalankan dengan penuh sabar dan teliti, aktiviti membaja juga amat penting. Sebagai seorang pendidik, perbuatan dan perkataan kita ialah baja yang terbaik untuk kanak-kanak. Sekiranya kita sendiri tidak dapat menjadi contoh yang baik, sudah tentu kanak-kanak akan mencontohi kita.”
Saya mengingati nasihat yang diberikan oleh bapa pada setiap masa. Dengan hati yang cemas saya membuat persediaan untuk setiap kelas. Satu bulan berlalu dengan cepat, saya sudah memahami latar belakang semua 25 orang pelajar dalam kelas saya, iaitu Kelas 1 Tahun 4. Saya juga berharap agar dapat mengenali semua ibu bapa pelajar dalam kelas saya, kecuali beberapa orang ibu bapa pelajar yang tidak dapat dihubungi walaupun saya sudah cuba berkali-kali.
Pada suatu hari, saya telah menyediakan dua soalan untuk menguji pelajar supaya lebih memahami pelajar saya, Soalan pertama ialah “ Adakah kamu berasa gembira sekiranya kamu menerima sijil ini?” Sijil itu dihiasi dengan bingkai kayu yang cantik. Akhirnya, semua 25 orang pelajar itu mengangkat tangan mereka. Seterusnya, saya mengeluarkan sekeping sijil lagi yang agak lama tapi belum kuning ,serta tidak dihiasi dengan bingkai kayu yang cantik. Saya bertanya lagi. Sekarang, semua pelajar tidak mengangkat tangan kecuali Ah Wang.
Pelajar lain amat terkejut apabila melihat Ah Wang mengangkat tangannya. Jadi, saya bertanya Ah Wang tentang sebabnya berasa gembira apabila menerima sijil tersebut. Ah Wang menjawab dengan wajahnya yang berkilau ,“Cikgu, keputusan saya tidak baik, saya tidak pernah menghadiri tuisyen, tidak pernah menerima sijil, jadi tak kira apa-apa sijil yang saya menerima, saya pasti akan menghadiahkannya kepada ibu saya.” Tiba-tiba, saya berasa amat terharu. Selepas penjelasan guru besar, barulah saya mengetahui bahawa bapa Ah Wang telah dipenjara akibat terlibat dalam kes jenayah selepas Ah Wang dilahirkan, ibunya tidak ada kebolehan untuk membesarkan Ah Wang lagi, jadi ibunya sedang berbincang dengan guru besar tentang rancangannya untuk menghantar Ah Wang ke Rumah Anak Yatim.
Saya tukar kepada soalan yang kedua, “Siapa mahu tolong saya? Saya mungkin akan bagi ganjaran.” Keputusannya, semua pelajar mengangkat tangan mereka. Saya berkata lagi, “Kerja ini agak berat, tetapi ganjaran juga akan lebih sedikit, ada sesiapa yang mahu tolong saya lagi? Sila jawab dengan jujur.” Kali ini, terdapat 9 orang pelajar yang mengangkat tangan. Saya meneruskan lagi, “ Pelajar yang tolong saya akan letih sangat, ganjaran pula hanya 10 sen sahaja, ada sesiapa yang mahu bantu saya lagi?” Pada ketika itu, semua pelajar ketawa apabila mendengar ganjaran itu, tetapi hanya Ah Wang seorang sahaja yang mengangkat tangannya lalu berkata dengan serius, “Saya mahu!” Tindakannya membawa kembali rasa ingin tahu saya. Saya bertanya, “Kenapa kamu mahu 10 sen ini? Bagaimanakah kamu menggunakan 10 sen ini?” Dia menjawab dengan tidak teragak-agak, “Saya akan menolong cikgu tidak kira apa-apa, sekiranya saya mendapat 10 sen ini, saya akan membeli roti untuk ibu saya. Ibu saya sentiasa bagi saya makanannya, dan dia seoarang sahaja yang tidak makan.”
Saya mengawal emosi diri sepanjang kelas ini agar air mata tidak mengalir keluar. Akhirnya, saya menasihati pelajar kelas saya, “Sijil, merupakan lambang kebanggaan, tidak kira bingkai kayu yang cantik, ataupun kertas yang sudah kuning, semua ini sebenarnya merupakan bukti kamu pernah mengambil tindakan, oleh itu ‘cuba sedaya upaya’ merupakan semangat kesukanan, dan juga merupakan satu pengajaran yang patut dipelajari oleh para pelajar sepanjang hayat. Walaupun mata wang sepuluh sen tidak banyak, tetapi kalau kamu menggunakannya dalam perkara yang bermakna, ia akan menjadi amat berharga.”
Para pelajar tidak mengeluarkan suara ketika mendengar nasihat saya, sebenarnya saya sedang menjerit dalam hati saya! Saya masih ingat kali pertama saya mendaki gunung pada waktu persekolahan rendah saya, saya sering menjerit dan menunggu untuk mendengar gema saya. Pada suatu kali, seorang lelaki tua berkata, “Jangan membazirkan tenaga. Kalau kamu benar-benar tiba di puncak gunung tidak mungkin ada gema.” Saya sangat risau keadaan saya menghadapi pelajar-pelajar ini adalah sama dengan situasi saya di puncak gunung itu. Namun demikian, tidak kira sama ada ada reaksi atau tidak, saya mahu kata, “Bapa, terima kasih, saya berasa sangat bahagia…”