Kehidupan dua raja

Alexander The Great dan Tuhan Yesus Kristus kedua-dua mereka meninggal dunia pada umur yang sama iaitu Umur 33.
Satu dilahirkan dan mati untuk dirinya sendiri.
Yang satu lagi dilahirkan dan mati untuk kita semua.
Seorang meninggal di atas takhta.
Yang satu lagi pula disalibkan di atas kayu salib.
Satu seolah-olahnya mati dengan penuh kegemilangan.
Yang satu lagi seolah-olahnya mati dengan penuh kesengsaraan.
Seorang adalah pemerintah terhandal dan berkuasa tinggi.
Yang satu lagi nampaknya keseorangan dan bergembala sendirian.
Seorang mengalirkan darah orang lain untuk membina kerajaan negara sendiri.
Yang satu lagi mengalirkan darah sendiri untuk menyelamatkan semua manusia.
Seorang menguasai seluruh dunia tetapi kehilangan segalanya apabila mati.
Seorang telah mengorbankan nyawaNya sendiri tetapi telah memenangi jutaan hati manusia setelah mati.
Alexander dan Tuhan Yesus Kristus kedua-duanya meninggal dunia pada umur 33.
Seorang mati di Babylon dan seorang mati di Gunung Calvary.
Satu berusaha upaya untuk mendapatkan segalanya untuk diri sendiri; manakala yang satu lagi mengorbankan semuanya demi orang lain.
Satu menakluki semua kerajaan Manakala yang satu lagi menakluki semua kubur.
Seorang merupakan manusia biasa tetapi menganggap dirinya sendiri sebagai tuhan manakala yang satu lagi ialah Tuhan Benar yang sanggup merendahkan diri untuk menjadi manusia biasa.
Satu itu hidup untuk peperangan manakala yang satu lagi hidup untuk memberkati semua manusia.
Alexander meninggal dunia dan pengeksploitasiannya pun binasa dan merosot.
Tuhan Yesus meninggal dunia tetapi dibangkitkan dari kematian dan menjadi raja segala raja.
Alexander dan Tuhan Yesus Kristus kedua-duanya meninggal dunia pada umur 33.
Satu menghambakan orang supaya kerja seperti kuda dan lembu manakala seorang lagi membebaskan ikatan manusia.
Satu membina takhta di atas tumpahan darah tetapi yang satu lagi membina kerajaanNya dalam suasana kedamaian.
Satu mempunyai kedudukan yang tinggi di dunia manakala satu lagi sudi merendahkan diri dari kedudukan yang tinggi.
Satu memenangi semua kekayaan duniawi tetapi hilang penikmatan syurgawi.
Satu lagi menyerahkan segala-galanya tetapi menguasai semua pada akhirnya.
Seorang binasa; tetapi seorang lagi kekal abadi selama-lamanya.
Yang merangkak hilang kesemuanya manakala yang rela memberi akan memenangi kesemuanya.
Semoga kita semua memahami hati Tuhan Yesus Kristus.