Suka atau tidak, ia hanya adalah satu fragmen

Kehidupan, bukannya semua akan berjalan dengan lancar. Kadang-kala anda akan terjatuh kerana kehalangan dan berada di sudut yang rendah. Tapi tidak kira apa-apa yang anda hadapi, situasi itu tidak akan kekal kepada selama-lamanya. Belajar menerima, memperbaiki dan melepaskannya, tidak kira anda suka atau tidak, ia hanyalah satu fragmen dalam kehidupan anda.
Terdapat seorang usahawan yang pandai dan berpendapatan lumayan. Walaupun menghadapi ekonomi krisis, maka dia masih boleh untung beberapa puluh ribu dalam satu bulan. Tetapi duit yang dia perolehi bukannya milik dia, tetapi adalah milik orang lain.
Rupa-rupanya beberapa tahun yang lalu, dia dan rakan-rakannya menceburi dalam bidang perniagaan bersama-sama tetapi gagal dan dia berhutang banyak. Oleh itu, dia bermula bekerja sendiri. Dia keluar kerja dari awal pagi samapai lewat malam, tetapi tiada sesiapa yang pernah nampak perasaan kecewa dia dalam keadaannya. Kini, hutangnya sudah timbul namun semangatnya tidak pernah dihancurkan, keyakinannya masih kekal. Mukanya masih ceria sentiasa.
Pada suatu hari, kawan-kawannya tertanya-tanya mengenai keadaannya, "Adakah anda tidak pernah kecewa? "
Dia menjawab kepada kawannya, "Suka atau tidak, ia hanya adalah satu fragmen dalam kehidupan dia. Situasi terburuk telahpun saya hadapi, tidak mungkin saya akan menghadapi situasi yang lagi buruk daripada situasi saya sekarang. Apa lagi yang saya harus rasa kecewa? Saya percaya bahawa selepas halagan ini, semua akan berjalan dengan lancar. Kenapa harus saya mengadu jikalau aduan itu tidak akan mengubah fakta? Saya hanya boleh belajar untuk menerima apa yang saya hadapi dan cuba mengubah sikap saya dengan menghadapi apa-apa pun masalah."
Wahai kawanku, kehidupan di dunia adalah begitu menarik. Tidak kira anda suka atau tidak, asalkan anda cuba menerimanya, ia akan hanya menjadi fragmen dalam hidupmu. Jangan membiarkan perasaan negatif mengebumikan segala kemungkinan yang akan berlaku dengan semangat kita yang ghairah.