Kebahagiaan tidak perlu berfikir banyak

Ayat ini dikata oleh seorang nenek tua yang hanya tahu menulis namanya sendiri, yang sedang tinggal di kawasan pergunungan dan memperolehi sedikit pendapatan daripada penanaman pic, tetapi perlu menyara 7 orang cucu.
Sudah pasti kita membaca banyak buku, mengenal banyak perkataan,serta mengetahui pengertian hidup. Tetapi, adakah kita gembira?
Nasib nenek yang menanam pic itu sangat malang. Dalam selang masa dua tahun , anak dan anak iparnya telah membunuh diri dan meninggalkan tujuh bayi, kanak-kanak dalam kebuluran.
Nenek tua itu tahu bahawa 'kehidupan itu memang penuh dengan kesukaran’. Namun begitu, beliau berpendapat bahawa “Manusia perlu sentiasa gembira, jangan berfikir terlalu banyak'. Ini adalah falsafah hidupnya yang biasa dan mudah.
Ramai orang suka untuk meneroka 'erti hidup' dan 'tujuan hidup'. Walau bagaimanapun, sudah beribu-ribu tahun, manusia masih tidak dapat mendefinasikan 'erti hidup' dengan tepat dan mencari satu jawapan yang sempurna.
Walaupun begitu, beribu-ribu tahun tanpa falsafah hidup yang sempurna, manusia masih tetap hidup dari generasi ke generasi dalam keadaan sebegini.
Dalam erti kata lain, manusia telah hidup dalam kekeliruan tanpa mengetahui 'erti hidup' yang sebenar dan 'tujuan hidup' yang sempurna.
Ramai ulama dan cendekiawan selalu mengingatkan dan merayu agar kita 'hidup bermakna dan bertujuan”. Apa maksudnya?
Nenek tua itu tidak belajar, tidak boleh membaca, serta tidak memahami apa-apa kebenaran hidup.
Walau bagaimanapun, saya berfikir bahawa dia mampu memahami dan dapat menghayati 'erti hidup' dan mempunyai 'matlamat hidup' yang tinggi. Tujuh orang cucu adalah 'makna kehidupan', 'tujuan kehidupan'nya.
Dia tidak khuatir akan 'memerintah dunia', tidak boleh memberi 'kesejahteraan rakyat', biarpun namanya tidak dikenang generasi muda. Dia cuma inginkan meningkatkan pendapatannya daripada penanaman pic agar pendapatannya cukup untuk membiayai ketujuh-tujuh orang cucunya.
Ini adalah 'erti hidup' yang biasa dan tulen.Oleh kerana kebiasaan dan keikhlasannya, dia sangat gembira walaupun miskin.
Mengapa kita tidak merasa gembira? Kerana kita terlalu megah, dan terlalu kompleks.
Cubalah kita belajar falsafah hidup nenek tua itu: Jika mahu kebahagiaan, janganlah berfikir terlalu banyak!