Karya terbaik peperiksaan menengah tinggi negara china

Dikatakan “integriti” telah dibuang oleh "pintar" ke dalam air, dia berenang bersungguh-sungguh,dan akhirnya datang ke sebuah pulau kecil. "Integriti" berbaring sambil berehat di pantai, menantikan sesiapa yang melalui tempat ini dapat menyelamatkan nyawanya.
Tiba-tiba, "Integriti" terdengar bunyi muzik kegembiraan dari jauh.Dia segera berdiri, memandang ke arah muzik. Dia terlihat ada sebuah bot kecil menuju ke arahnya. Bendera kecil di atas kapal terpapar perkataan "gembira", ternyata itulah bot gembira.
"Integriti" segera menjerit, "Wahai gembira, saya niat baik, bolehkan anda tarik saya kembali ke daratan?"
"Gembira” terdengar lalu berkata, " Tidak! Tidak! saya mempunyai integriti sudah tentu tidak menjadi gembira. Cuba anda lihat berapa ramai orang dalam masyarakat ini kerana kejujuran menjadi tidak gembira? Minta maaf, saya tidak dapat melakukan apa-apa kepada anda". Setelah berkata demikian, "gembira" pun beredar dari sini.
Tidak lama kemudian, "status" datang lagi.”Integriti” pun menanya, "Wahai “status”, saya “Integriti”. Bolehkan saya menaiki bot anda pulang ke rumah? ” " Status " tergesa-gesa menarik bot jauh, dan berkata: "Tidak! Tidak! “Integriti” tidak boleh menaiki bot saya. Agar susahnya saya memperoleh kedudukan. Dengan kejujuran anda, saya akan malang dan kemungkinan kedudukan saya juga sukar dikekalkan!”
“Integriti” kecewa melihat belakang "status", matanya penuh dengan hairan dan tidak faham.Dia menunggu lagi. Kedengaran suara irama yang tidak harmoni, dan kelihatan “Persaingan” menaiki sebuah bot datang. "Integriti" menjerit: " Persaingan! Persaingan! Bolehkan saya menumpang bot anda? " Persaingan” bertanya, "Kamu siapa? Apakah faedah yang dapat kamu berikan kepada kami?"
"Integriti" tidak mahu kata, kerana takut akan ditolak lagi. Tetapi "integriti"masih berkata, "Saya integriti ..."
"Anda integriti? Bukankah kamu sengaja memberi kami masalah? Sekarang persaingan begitu sengit, kami persaingan yang tak saksama mana berani mahukan integriti?" Terus beredar dari sini stelah berkata sedemikian.
Sedangkan “integriti” rasa dirinya terdesak,terdengar satu suara yang ramah dari jauh,”Wahai anakku, naiklah kapal.” Seorang jurumudi tua di atas kapal berkata,"Saya adalah penjaga masa."
"Mengapa anda mahu menyelamatkan saya?" Orang tua itu tersenyum dan berkata: "Hanya masa saja tahu betapa pentingnya integriti!”
Dalam perjalanan pulang, Penjaga masa tua itu menunjuk "gembira", "status", "persaingan” yang terbalik dan jatuh ke dalam air lalu berkata, "Tanpa “integriti”, kebahagiaan tidak bertahan lama, status adalah palsu, persaingan juga menjadi kegagalan."