Menjadi burung helang, jangan menjadi itik!

Setiap orang boleh dianggap sebagai pengurus besar dalam pekerjaan!
Selain menghabiskan tugasan, bahkan juga menyelesaikan sesuatu tugasan dengan baik!
Jadikan burung helang, usah menjadi itik! Andalah pemenang!
Adakah anda tahu bahawa di India ada sebuah kisah penciptaan dunia? Menurut cerita, Tuhan mulanya mencipta cengkerang kerang, diikuti oleh burung helang. Manusia mempunyai hak sama ada memilih kehidupan kerang yang keselesaan tetapi hambar atau kehidupan helang yang menarik dan merangsang.
Anda mungkin berkata "Pilihan ini adalah perkara yang mudah!". Jawapannya, sudah pasti ialah kehidupan helang. Tetapi sesuatu yang tidak dijangka berlaku, ramai orang tidak mahukan kehidupan helang bahkan kehidupan kerang.
Mereka inginkan kelebihan kehidupan helang tetapi tidak sanggup membayar balasan yang setara. Mereka mencari haiwan yang memenuhi kriteria mereka - "itik".
"Itik" hanya mengakak .
Lihatlah luaran, itik dan helang mempunyai banyak persamaan. Tetapi pada hakikatnya, mereka adalah dua haiwan yang berbeza. Jika anda tahu cara memerhati, dengan cepat anda dapat mengesan itik. Kedua-dua haiwan boleh terbang. Namun apabila helang mengelilingi di langit tinggi, itik hanya boleh berada di permukaan air
Satu ciri Itik yang sangat jelas adalah bunyi itik. Sepanjang hari kedengaran bunyi mengakak. Bangun pagi mengakak,sebelum makan pun mengakak;apabila itik lain mencuri makan, juga mengakak,ketika tidak melakukan satu perkara,itik mengakak lagi. Hanya mengakak, tiada apap-apa tindakan - ini adalah cara yang buruk.
Sekarang cuba kita lihat keadaan yang membolehkan kita lebih memahami personaliti itik.
Semasa tinggal di hotel, pernahkan anda mempunyai pengalaman lewat 15 minit daripada masa yang ditetapkan untuk bersarapan?
Jika anda bertemu itik, dia akan berkata: " Maaf, anda lewat. Anda tidak terlihat papan tanda di luar? Masa sarapan hanya sampai pukul sepuluh pagi, ga ga ga...." Sebaliknya, Si helang akan bertanya: "Malangnya,makanan gaya-bufet sudah tamat, saya boleh meminta dapur untuk melakukan sesuatu dengan cepat. Apa yang anda mahu makan?"
Pernahkah anda pergi pasar raya yang menjual bahan binaan? Kawasan kedai kira-kira 5,000 meter persegi, hanya ada seorang pembantu kedai. Tiada masa jurujual melahu, dia sibuk bercakap dengan seseorang atau bercakap dengan seseorang yang bersedia untuk membina bangunan. Jika pada masa ini anda secara sopan mengganggu perbualan mereka, apa yang akan berlaku?
"Minta maaf, saya cuma mempunyai satu masalah kecil. Di mana letakkannya cat kayu warna perang?"
Itik akan menjawab: "Anda tidak melihat saya sibuk dan hanya boleh melayan seorang pelanggan sahaja. Sila tunggu sehingga saya memanggil anda,ga..ga..ga .." Jurujual itik tidak lagi melayan anda.
Tolong bagi saya "helang"!
Beberapa bulan yang lalu menginap di hotel Atlanta. Saya mempunyai dokumen tempahan dan pengesahan hotel. Apabila saya tiba, hotel telah penuh ditempah. Wanita di kaunter memberitahu saya bahawa tempahan saya adalah tidak sah, kerana hotel telah penuh ditempah. Kemudian, dia membiarkan saya terus berdiri.
Saya menuntut hak saya. Wanita itu berkata, "Hotel sudah ditempah sepenuhnya, saya juga tidak dapat meluangkan satu bilik untuk anda,ga..ga...ga... " wanita itu terus mengabaikan saya.
"Oh," Saya berfikir kepada diri saya sendiri, "itik!". Kemudian saya meminta untuk melihat pengurusnya. Dia sangat marah dan berkata:" Pengurus pun akan berkata sedemikian." Sambil berkata, dia hilang di sebalik pintu. Pintu ini mestilah kolam itik, dia akan keluar dengan itik lain.
Saya meminta wanita itu membawa saya "helang". "Satu apa?" Dia mahu tahu apa yang saya tanyakan. Saya menjelaskan kepadanya, " Anda boleh cari seseorang yang mampu menyelesaikan masalah ini?"
Wanita itu memahaminya. Akhirnya pengurus datang ke hadapan, dia benar-benar adalah satu helang. Beliau berkata: " Kami di sini benar-benar sudah penuh ditempah. Semestinya tugas kita telah menjadi cuai, saya memohon maaf kepada anda, saya akan berfikir cara-cara untuk menyelesaikan masalah ini secepat mungkin dan saya segera menelefon untuk membantu anda mencari sebuah hotel yang sesuai. Yuran pengangkutan ke hotel akan kami tanggung. Sebelum itu, sudikah saya mempelawa anda makan malam bersama? "
Bukan semua burung tahu terbang.
Adakah anda mengenali helang? Helang akan melakukan perkara, itik hanya mengakak.
Kandungan percakapan itik adalah sebab sahaja, alasan, tidak masuk akal dan kemudian mengadu. Satu hari, itik akan dilucut jawatan. Jika syarikat itu mempunyai masalah, merekalah kumpulan pertama yang akan dipecat. Maka mereka akan berkata, "Tidak adil, saya fikir bos saya prasangka terhadap kami" Sebaliknya, helang akan disokong.
Yang penting, kita tidak harus menjadi seperti itik yang tidak membuat pencapaian dan hanya boleh mengakak. Kita perlu mengelakkan itik, di dalam jabatan dan dalam kumpulan syarikat. Sesetengah orang fikir kita boleh memberi itik sedikit dorongan. Tetapi anda tahu apa kesannya?Cuma seekor itik yang berkuasa.
Di sini saya telah menyenaraikan beberapa perbezaan antara itik dengan helang:
  1. Itik berkata: "Saya tidak boleh buat." Helang akan bertanya: "Bagaimana saya boleh melakukannya?"
  2. Itik jenis pesimisme; Helang adalah optimisme.
  3. Itik saling mengatakan keputusan negatif, dan sanggup membuka Perhimpunan Agung berkenaan hal itu; Helang kebanyakannya melaporkan keputusan positif.
  4. Itik tidak melakukan apa-apa perkara melainkan diminta, kebanyakan mereka tidak buat kerja walaupun sekali; helang akan terbang lebih daripada beberapa batu. Mereka akan membuat sesuatu lebih daripada yang diminta.
  5. Itik bekerja secara perlahan-lahan. Kriteria mereka ialah: "Saya datang untuk bekerja, bukan untuk melarikan diri dalam kesusahan." Helang pula " Menyelesaikan semua perkara secepat mungkin.”
  6. Itik cuma pandai berkata, lagi pandai mencari alasan untuk tidak melakukan kerja. Helang sentiasa belajar dan berusaha untuk sesuatu.
  7. Itik mencari alasan; Helang akan mencari penyelesaian.
  8. Itik tidak berani mengambil risiko. Helang walaupun ketakutan, tetapi mereka masih melakukannya. Helang ada sifat keberanian.
  9. Itik bekerja dari pukul 10:00pagi hingga 6:00 petang; helang bekerja dari pukul 6:00 pagi hingga 10:00 malam.
  10. Itik mendapati masalah dalam setiap peluang; Helang melihat peluang dalam setiap isu.
  11. Itik dalam bergosip di sebalik orang, mereka akan berasa gembira melakukan ini; Helang bercakap tentang perkara-perkara yang positif, kalau tidak, mereka akan berdiam diri.
  12. Itik mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan, namun melakukan kerja cuma hangat-hangat tahi ayam, iaitu tidak melebihi tiga minit; Helang bertindak tegas kerana dia amat yakin terhadap diri mereka.
  13. Itik mencurahkan semangat dalam persoalan, dan hanyalah bercakap tanpa tindakan; Helang mencurahkan masa untuk mencari penyelesaian dan akan mengamalkannya.
  14. Itik akan menanggung dendam; Helang tahu bagaimana untuk memaafkan.
  15. Itik menunggu suapan, jika makanan tidak cukup, dia akan menjerit; Helang tahu bagaimana untuk menjadi bertanggungjawab, dia hanya mendapat apa yang diperlukan.
  16. Itik suka perkara-perkara yang dimiliki; Helang berusaha mendapatkan perkara yang disukai.
  17. Itik amat teruja terhadap perkara yang remeh, dan berfikir berbuat sedemikian adalah baik; Helang tidak akan melakukan apa-apa perkara yang tidak masuk akal.
  18. Penghidupan itik hanya kolam kecil; Helang menjejak puncak gunung.
  19. Itik menyalahkan perkara yang tidak menyenangkan; Helang mengubah perkara yang tidak menyenangkan.
Jangan memelihara sifat itik!
Itik belajar apa daripada kumpulan itik? Belajar bagaimana untuk mengakak. Sebaliknya, helang akan menggesa orang di sekeliling. Pernahkan anda melihat cara helang mengajarnya terbang? Pertama, ibu bapa helang akan membuang bulu yang sebelumnya digunakan semasa membuat sarang, dan kemudian mengeluarkan rumput dari sarang agar menjadi kurang selesa. Seterusnya, ranting pokok juga dibuang oleh mereka. Anak helang hilang sarang yang hangat dan hanya membongkok di dahan kosong, tidak berapa lama anak helang akan berasa tidak selesa, dan terpaksa untuk belajar terbang. Jika anak helang takut,ibu bapa helang akan menolak anak helang keluar sarang.
Jika sayap anak helang tidak berkembang, ibu bapa helang akan terbang untuk menaikkan anak helang, dan letak kembali ke sarang. Berbuat demikian hanya untuk menolak anak helang keluar sarang lagi sehingga anak helang boleh terbang jauh.
Orang sekeliling helang terpaksa membesar. Helang tidak boleh bertolak ansur dan bertakung malas. Mereka mempunyai harapan yang tinggi terhadap alam sekitar, dan akan menggesa orang lain. Jadi pemimpin helang berpengaruh. Mereka berminat dalam perkara-perkara baru, mereka memerhatikan persekitaran, dan mahu untuk membuat perkara yang lebih baik.
Inilah sebab helang dihormati ramai, dan sering dijadikan lencana. Helang adalah model kami, pemenang hidup sesama hidup seperti helang.
Apakah jenis lencana kehidupan haiwan yang anda miliki?