Kebijaksanaan dalam ketenangan

Satu kes kecurian berlaku dalam satu muzium, ada sepuluh buah artifak yang berharga telah hilang dan dicuri, Walaupun begitu, nasib baik ada satu cincin permata yang bernilai tidak dicuri. Pihak polis menjalankan siasatan tetapi tidak mendapati sebarang denai. Pemilik muzium yang sentiasa tenang itu bercadang radio televisyen mengadakan satu temuduga dengannya. Jadi, temuduga wartawan dan pemilik muzium itu disiarkan dalam televisyen.
Wartawan bertanya, “Berapa buah artifak telah hilang dicuri dalam kes pencurian ini?”
Pemilik muzium itu menjawab, “Ada sebelas artifak yang hilang.”
Wartawan bertanya, “Adakah artifak-artifak ini berharga?”
Pemilik menjawab, “Ya, sangat berharga, terutamanya cincin permata itu.”
Tidak lama kemudian, pihak polis pun sudah mendapati denai dan menangkap pencuri itu. Cara mendapat denai adalah mudah. Beberapa pencuri ditangkap oleh polis semasa mereka bergaduh kerana saling berprasangka siapakah menyembunyikan artifak yang kesebelas, cincin permata itu.
Satu lagi cerita tentang seorang peniaga yang kaya ingin menjauhkan diri daripada pergolakan. Jadi, dia menukarkan harta dia menjadi emas dan perak dan menyembunyikan emas dan perak itu di dalam satu pemegang payung traditional china yang dicipta olehnya. Selepas itu, dia bersolek sebagai seorang residen biasa dan pulang ke kampung asalnya bersama dengan payung itu. Satu kemalangan berlaku dalam perjalanan ini, dia tertidur lelap dan payungnya hilang semasa dia terjaga! Peniaga kaya ini mula membuat siasatan dengan tenang, dia menemui bahawa bungkusan yang dia bawa tidak dirompak, jadi dia pasti payung ini bukan dicuri oleh pencuri handal, tetapi hanya diambil oleh penyeberang jalan yang biasa. Dia pasti orang yang ambil payung itu tinggal di tempat berhampiran. Jadi, peniaga ini pun tinggal di tempat itu, membeli alat membaiki payung dan mula membuat bisnes membaiki payung.
Dua tahun sudah berlalu, dia belum dapat payungnya. Walaubagaimanapun, dia mula mengetahui sesetengah orang akan membeli payung baru semasa payung mereka tidak berbaloi untuk dibaiki. Jadi, peniaga mula membuat bisnes “payung lama tukar payung baru”, dan banyak orang datang ingin menukar payung baru. Tidak lama kemudian, ada seorang dewasa datang tergesa-gesa dengan satu payung lama. Peniaga tahu payung ini ialah payungnya, pemegang payung itu pun masih sempurna, jadi peniaga memberi satu payung yang baru untuk orang itu. Selepas orang itu beredar, peniaga itu pun membawa bungkusannya dan meninggalkan tempat itu.