Bersyukur

Kebelakangan ini, layari laman web untuk mencari cerita mengenai bersyukur, secara tidak sengaja ternampak satu artikel.
Seorang wanita tunggal baru saja pindah masuk ke dalam rumah, dia ternampak sebelah rumahnya ada seorang penghuni yang miskin, seorang wanita dan dua orang anak lelaki. Suatu malam, kawasan tersebut terputus bekalan elektrik, wanita tunggal tersebut pun menyalakan lilin. Sebentar saja, dia terdengar ada orang mengetuk pintu. Rupa-rupanya, anak-anak pintu sebelah jiran yang mengetuk, saya nampak dia cemas, dan berkata, "Auntie, adakah rumah anda mempunyai lilin?" Wanita berpendapat bahawa, "Betulkah keluarga mereka miskin sehingga lilin pun tidak ada? Janganlah pinjam kepada mereka, nanti mereka bergantung kepada kami pula! "
Oleh itu, dia menjerit dengan kuat kepada kanak-kanak itu, "Tidak!" Apabila dia bersedia untuk menutup pintu, anak-anak miskin pun bersenyum manis dan berkata: "Memang saya tahu keluarga anda pasti tidak ada", sebenarnya anak-anak itu datang dengan dua batang lilin. Dia berkata: "Ibu dan saya takut anda tinggal berseorangan dan tiada lilin, jadi saya mengambil dua batang lilin untuk kamu."
Pada masa itu wanita itu menyesal, air matanya mengalir, kanak-kanak muda itu ketat dipegang dalam pangkuannya.
Bukankah pengalaman wanita tunggal itu pemaparan masyarakat kita pada masa kini? Kami takut untuk member bantuan, kerana takut diambil kesempatan oleh orang lain. Malah kita banyak menerima kebaikan daripada orang lain, dan sentiasa berasa semua itu apa yang kita patut dapatkan. Tidak tahu bila masyarakat kita menjadi semakin tidak ambil peduli. Jarak antara orang kelihatan semakin jauh. Kita tidak tahu bagaimana mengucapkan terima kasih, atau kita tidak mahu melakukannya? Ia benar-benar bernilai untuk renungan kita.
Apa itu sebenarnya bersyukur?


Mengikut Baidu dan penjelasan asal boleh dikategorikan kepada empat:
  • Sebelum dan selepas makan bersyukur Tuhan Allah
  • Bersyukur adalah sejenis falsafah terhadap orang lain, dan ia merupakan satu ilmu yang penting dalam kehidupan seharian. Seorang yang berilmu, tidak boleh rasa tidak puas terhadap apa yang sendiri tidak milik, tidak seharusnya membuta tuli meminta dan mengembangkan hawa nafsu sendiri. Belajarlah bersyukur, bersyukur tehadap apa yang sudah ada, bersyukur mempunyai anugerah daripada kehidupan. Dengan cara ini anda akan mempunyai pandangan yang positif terhadap kehidupan, sentiasa ada sikap yang sihat.
  • Bersyukur adalah anda akan rasa beban apabila orang yang tidak ada hubungan atau hubungan yang tidak erat dengan anda yang memberi bantuan kepada anda.
  • Bersyukur kepada orang lain dengan hati yang ikhlas.
Kenapa kita harus belajar bersyukur?


Seandainya kita masih hidup, kita tidak akan selalunya berjalan dengan lancar, kita mungkin akan menghadapi banyak kegagalan, tetapi kita perlu menghadapi dengan sikap berani. Apabila kita menghadapi pelbagai rintangan, kita membuta tuli mengadu tentang kehidupan, menjadi tertekan dan kecil hati? Atau menghadapinya dengan rasa terima kasih, walaupun jatuh tetapi memanjat balik? Penulis England Thackeray berkata: "Hidup seperti satu cermin, anda senyum, ia juga senyum, anda menangis, ia juga menangis." Berhidup dengan syukuran, kehidupan akan menawarkan anda cahaya matahari; Anda tidak bersyukur, hanya tahu membuta tuli mengadu, mungkin berakhir dengan apa-apa pun tidak ada! Apabila mereka berjaya, alasan untuk bersyukur memang banyak; jika gagal, alasan untuk tidak bersyukur, satu pun sudah cukup. Seperti apa yang kita tahu, kita haruslah bersyukur dalam kegagalan atau musibah hidup.
Bersyukur membenarkan kita mendapat ketenangan dalam dugaan, mendapat keberanian dalam cabaran, mendapat momentum menghadap ke hadapan. Tukar satu sudut baru untuk melihat kekecewaan dan kesedihan, sentiasa menghargai suasana yang bersyukur, boleh menjadikan sendiri sentiasa bersikap sihat, personaliti sempurna dan kepercayaan progresif.
Kesyukuran bukan semata-mata keselesaan dari segi psikologi, dan bukan mengelak diri daripada realiti, juga bukan kemenangan semangat Ah Q. Kesyukuran adalah satu cara hidup seperti menyanyi, datang dari semangat kasih sayang dan berharapan terhadap kehidupan.
Definisi bersyukur mengikut kamus Oxford boleh dikatakan sebagai: “Rasa gembira untuk maklum balas kepada orang yang memberi manfaat untuk kita.” Bersyukur adalah satu pengiktirafan. Pengiktirafan ini bermula dari hati kita. Kita hidup dalam alam semula jadi, alam telah memberikan kita begitu banyak hadiah. Jika tidak ada alam semula jadi, kita tidak mampu untuk teruskan kehidupan kita, ini adalah kebenaran yang senang. Bersyukur kepada cahaya matahari kerana kepanasan darinya. Bersyurkur kepada langit adalah satu pengiktirafan kepada biru tulennya. Bersyukur kepada padang rumput, kerana walaupun rumput dimusnah, dia akan tumbuh lagi. Bersyukur kepada laut, itu adalah satu pendengaran. Bersyukur kepada semua makluk, sememangnya, paling penting adalah kepada Pencipta alam semula jadi. Kita mempunyai seorang Pencipta alam semula jadi yang maha kuasa, menciptakan semua termasuk nyawa anda dan saya.
Bersyukur adalah satu balasan. Kita datang dari uterus ibu, dan ibu mengunakan susunya untuk menyuapkan kita. Yang paling hebat, ibu tidak mengharapkan balasan dari kita dan tidak pernah menyesal.
Walaubagaimana kemulia anda, atau bagaimana anda melihat rendah hati; walaubagaimana tempat hidup anda, atau macam mana pengalaman kehidupan anda yang unik, asalkan anda mempunyai hati yang bersyukur, dengan itu datanglah watak yang mesra, yakin, kuat, baik hati, dan sebagainya. Sememangnya, hidup anda akan penuh dengan pemandangan yang mengembirakan.
Bersyukur adalah satu jenis rasa bersyukur terhadap rahmat, satu kesyukuran yang lahir dari dalam hati yang tersirat. Berlajar besyukur adalah untuk menggilap debu minda supaya tidak kebas, bersyukur adalah mengingati bantuan dari orang lain yang tidak dapat dibalas.
Bersyukur adalah sejenis teknik falsafah, adalah ilmu pengetahuan yang penting dalam kehidupan seharian. Bersyukur boleh memusnahkan perasan dendam dalam kehidupan.
Bersyukur adalah sejenis sikap kehidupan, adalah sejenis watak, adalah ajaran penting dalam kehidupan. Jika kekurangan hati bersyukur antara satu sama lain, pastilan akan menjejaskan hubungan kita dengan orang lain. Jadi, kita haruslah belajar untuk bersyukur, ini adalah amat penting terhadap anak-anak pada zaman ini. Sebab, anak-anak adalah asas bagi sesebuah keluarga, mereka hanya tahu diri sendiri dan tidak tahu mencintai orang lain. Jadi, ingin mereka belajar bersyukur, sebenarnya perlu mengajar mereka menghormati orang lain. Ajar mereka ada hati yang bersyukur semasa menolong orang lain. Semasa anak-anak bersyukur atas bantuan orang lain, reaksi pertama adalah mereka akan terus berbuat demikian. Ini boleh menjadi satu panduan tindak laku yang baik kepada anak-anak, agar mereka boleh mencintai dan membantu orang lain sejak dari muda.
Bersyukur adalah asas untuk menghormati orang lain. Dalam system koordinat nilai-nilai moral, koordinat yang asal adalah “saya”, saya dan orang lain, saya dan masyarakat, saya dan alam semula jadi, segala hubungan asas adalah bermula dari saya. Menghormati adalah bermula dengan menghormati diri sendiri, menghormati orang lain, masyarakat, alam semula jadi, ilmu pengetahuan, selepas itu diri sendiri dan orang lain, masyarakat saling menghormati antara satu sama lain dan mencapai maklamat hidup yang bermakna dalam alam semula jadi yang hidup secara harmoni, mempersembah dan membangunkan perwatakan diri sendiri yang berdikari. Bersyukur adalah latar belakang orang yang rugi faktor bukan risikan, bersyukur adalah belajar untuk menjadi titik tumpuan; bersyukur adalah untuk membiarkan dunia menjadi berwarna-warni, bersyukur mengindahkan kita sendiri!
Bersyukur adalah satu perhubungan yang baik, tidak ada hati yang bersyukur, anak-anak tidak akan tahu menghormati ibu bapa, membantu orang lain. Biarlah anak-anak tahu berterima kasih kepada orang yang menyayangi dan membantu dirinya sendiri, ini adalah satu kandungan pendidikan moral yang penting.
Dalam kehidupan manusia, kita menerima didikan dari ibu bapa sejak dari muda, sehingga kita bersekolah, guru memberi ajaran, selepas kerja, ada juga kepimpinan, penyayang dan bantuan rakan, selepas tua, tidak dapat dielakkan untuk menerima wang daripada generasi muda, penjagaan mereka; secara amnya, sebagai satu anggota dalam masyarakat, kita hidup di dalam persekitaran sosial besar yang mempunyai pelbagai peringkat. Kita mendapatkan satu jalan hidup dan peluang pembangunan daripada persekitaran yang besar ini, bermaksud persekitaran sosial adalah kasih kurnia dari setiap orang.
Bersyukur, bermaksud seseorang mempunyai ilmu dan pengetahuan yang betul terhadap orang lain dan masyarakat. Membalas syukur adalah tanggungjawab yang dihasilkan dari pandangan yang betul ini. Tidak dapat mambayangkan, bagaimana masyarakat boleh terus berkembang jika ahli dalam masyarakat ini tidak bersyukur dan membalas syukur.
Dalam keadaan yang besyukur, orang boleh menghadapi perkara kecil dalam hidup dengan hati yang terbuka; Dalam keadaan yang besyukur, orang boleh bersikap toleran terhadap orang lain secara spontan dan berdisiplin; Dalam keadaan yang besyukur, orang akan berani menghadapi kesilapan dan saling membantu antara satu sama lain; Dalam keadaan yang besyukur, orang tidak akan merasa kesepian......
Dalam kehidupan kita, banyak perkara yang akan bertukar dan harus dihadapi, banyak kesukaran, halangan, dan juga kegagalan. Dalam waktu kesukaran, ada orang yang membantu kanda untuk meredakan hidup susah, ada orang yang akan memimpin haluan anda untuk maju ke depan; malah ada orang yang menggunakan bahu, tubuh badan untuk menguatkan enjin dalaman anda, agar anda dapat mendaki puncak kehidupan. Akhirnya anda akan mengatasi penderitaan, belayar cerah untuk kebahagiaan. Bolehkah anda tidak bersyukur? Boleh anda tidak membalas orang yang membantu anda?
Bersyukur adalah sikap berfikiran positif dan rendah diri, ia adalah tingkah laku yang spontan. Apabila salah seorang tahu bersyukur, kesyukuran itu akan menjadi satu tindakan kasih sayang, dilakukan dalam kehidupan. Hati yang bersyukur, adalah benih keamanan, kerana bersyukur bukan balasan yang mudah, ia adalah satu tanggungjawab, berdikari, harga diri dan mengejar satu sinaran dalam alam rohani hidup!
Dari perspektif pertumbuhan, ahli psikologi umumnya bersetuju dengan hukum demikian: perubahan hati, diikuti oleh perubahan sikap; perubahan sikap, diikuti oleh perubahan tabiat; perubahan tabiat, diikuti oleh perubahan watak; perubahan watak, diikuti oleh perubahan kehidupan, harapkan kesyukuran kita akan mengubah sikap kita, harapkan sikap ikhlas kita mengubah tabiat kita, harapakan tabiat kita yang baik membantu kita mengubah watak-perwatakan kita, harapkan watak-perwatakan kita yang sihat menjadikan hidup kita semakin indah!
Kebaikan bersyukuran
Bagi hidup yang bersyukur, kamu tidak akan selalu mengadu, dalam dunia ini tidak ada apa-apa perkara yang sempurna. Yang lebih penting daripada mengadu adalah kita berusaha untuk membuat perubahan dalam kehidupan kita. Hati bersyukur mampu memusnahkan fikiran yang sempit dan sikap yang suka memerintah, juga boleh membantu kita untuk menghadapi kesesakaan dan bencana alam. Selalu dengan hati yang bersyukur, kita dapat beransur-ansur memaafkan orang yang mempunyai dendam dalam hidup anda dan orang yang kesakitan hati anda, Ini menjadikan kehidupan kita memiliki sumber yang lebih mendalam, dan mempunyai hati yang lebih luas.
Bersyukur adalah asas dalam kehidupan kita, adalah satu manifestasi kualiti hidup, adalah asas yang baik bagi segala kehidupan. Bersyukur adalah kebijiaksanaan besar dalam kehidupan, membolehkan kita menikmati keindahan alam semula jadi, kebaikan hidup, mengekalkan minda kita sentiasa positif, sihat, sikap yang baik. Menpunyai kesyukuran dalam hati, perasaan cerewet terhadap orang lain dan persekitaran akan dikurangkan, digantikan oleh perasaan penghargaan dan berterima kasih.
Bersyukur adalah satu perasaan yang indah, motivasi dalam kerjaya, adalah kemuliaan seseorang. Bersyukur akan mngeratkan hati anda dengan perkara yang kamu harapkan, bersyukur akan membolehkan hidup anda mempunyai kepercayaan yang sempurna terhadap kehidupan dan segala perkara yang baik. Sentiasa ada hati yang bersyukur, kita dapat hidup di dunia ini yang bersemangat syukur ini, dunia ini akan jadi lebih baik dan sempurna, kehidupan kita juga akan menjadi lebih baik dan sempurna.
Dalam semua emosi, cinta adalah paling berkuasa, tetapi ia dikemukakan dengan wajah yang berbeza. Kesyukuran juga merupakan sejenis cinta, inisiatif untuk meluahkan perasaan berterima kasih, dan juga sentiasa menghargai kurnia Allah, dan apa yang diberikan oleh orang lain. Jika kita sentiasa bersyukur, hidup akan bahagia sekali. Jadi, ambilah cara yang diperlukan untuk mengendalikan kehidupan anda, supaya ia penuh dengan aroma.
Cerita bersyukur
Kos pembedahan = Segelas susu
Seorang budak lelaki yang hidup dalam kemiskinan perlu mengumpul wang untuk tuisyen, menjual barang-barang dari pintu ke pintu.
Pada waktu petang, dia berasa amat letih dan lapar kerana dia sukar untuk mendapatkan jualan dengan baik, dan juga berasa putus asa. Pada masa itu, dia mengetuk pintu, berharap pemilik rumah itu akan memberikannya segelas air. Seorang wanita muda buka pintu, dan memberikan kepadanya secawan susu panas pula, menyebabkan budak itu sangat bersyukur.
Beberapa tahun kemudian, budak itu menjadi seorang pakar bedah yang terkenal. Seorang wanita yang sakit berada dalam keadaan yang serius, doktor-doktor tempatan tidak berdaya mengubatinya, dia telah dipindahkan ke hospital di mana pakar bedah yang terkenal itu berada. Selepas pakar bedah itu menjalankan pembedahan untuk wanita itu, dia berasa terkejut mendapati bahawa wanita itu adalah wanita yang menolongnya beberapa tahun yang lalu apabila dia lapar dan sejuk. Pada ketika itu, susu yang panas itu memberikan keyakinan kepadanya.
Akhirnya, apabila wanita itu risau tentang kos perubatannya yang mahal, bil pembedahannya bertulisan sebegini: bayaran pembedahan = segelas susu. 

Video Bersyukur: 

Konklusinya:
Ada orang yang berfikir bersyukur adalah perkara sukar, kerana bertindak adalah lebih sukar daripada berkata saja. Jika mahu mempraktikan dalam realiti, pertama sekali anda mesti belajar untuk menyara diri dan juga berkongsi. Banyak orang tidak mahu bersyukur, mungkin kerana tidak puas hati dengan status sendiri atau faktor-faktor lain. Kami juga tidak boleh memaksa orang bersyukur selepas kita menghulurkan bantuan. Pembelajaran watak perlu bermula dari diri sendir. Orang Cina ada kata begini: menerima berkat kecil daripada orang lain, haruslah membalas balik dengan balasan besar. Jadi, kita mesti belajar bersyukur dalam hati dan juga bertindak. 
Akhirnya, berkongsi dengan anda satu puisi kesyukuran: 

Bersyukur terhadap orang yang menyakiti anda, kerana dia mengasah fikiran anda

Bersyukur terhadap orang yang menjatuhkan anda, kerana dia menguatkan kaki anda

Bersyukur terhadap orang yang menipu anda, kerana dia menambahkan ilmu dan pengetahuan anda

Bersyukur terhadap orang yang menghina anda, kerana dia membangkitkan harga diri anda

Bersyukur terhadap orang yang meninggalkan anda, kerana dia mengajar anda untuk berdikari

Bersyukur kerana gagal, kerana gagal menjadikan anda seorang yang mempunyai banyak cerita

Bersyukur kerana Berjaya, kerana Berjaya menjadikan hidup anda penuh dengan nyawa yang berwibawa dan mencatatkan segala yang cantik

Bersyukur ada tepukan dan galakkan, kerana ia memberikan anda banyak tenaga untuk mau dan segala keberanian

Bersyukur ada kecerdasan dan galakan, kerana ia membangunkan pengetahuan dan penjelasan anda

Selalu bersyukur, belajar bersyukur

Bersyukur terhadap semua orang yang membentukan anda

Bersyukur terhadap semua orang yang membolehkan anda membesar 

Daya tarikan jalan adalah lengkungannya 

Kehidupan anda menjadi lebih menarik dan indah selepas anda mengharungi segala perubahan dan menjadi lebih matang!